Isnin, 30 November 2009

LAWATAN D.O PADANG TERAP

Salam rindu dari kejauhan...

Hari raya ketiga, Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3 menerima tetamu dari Malaysia. Tuan Haji Mat Noh Pegawai Daerah Padang Terap yang tiba bersama keluarga. Sebenarnya saya telah maklum lebih awal kedatangan beliau ke sini sewaktu saya pulang ke Malaysia tempohari. Saya berjumpa beliau secara kebetulan di bilik Pengurus Besar YINK Tn Hj Zuhdi.

Awalnya, saya dah mengaturkan makan malam untuk beliau sekeluarga di rumah saya. Oghang ghumah pun dah siap hidang dua hidangan. Namun, bila saya ke tingkat 11 untuk menjemput mereka turun makan malam, rupanya  masing-masing dah belayaq... Akhirnya dari makan malam jadi makan pagi...


Silalah Tn Hj...raya-raya korban ni makan daginglah kita!



Makanlah apa yang ada kak...


Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Mat Noh sekeluarga


Selamat jumpa lagi tuan..



Kebetulan Tn Hj Noh ada sepupunya di sini iaitu Us. Firdaus Hat Pegawai HEP Amanah Raya. Maka, jenuhlah mereka dibawa berjalan termasuk ke Pyramid, Faiyyum, Iskandariah selain membeli belah di Khan Khalili.

MENJADI TETAMU SYEIKH ASYRAF

Salam rindu dari kejauhan...

Hari raya ketiga, saya sekeluarga ke rumah Fadhilatus Syeikh Asyraf salah seorang guru yang setia mengajar  anak Kedah di Asrama Darul Aman 3 setiap minggu. Beliau yang bertugas di Masjid Al-Azhar mengajar anak-anak Kedah ilmu berkaitan  Al-Quran dan Tajwid juga merupakan Guru dalam Tarikat Jaafariah yang diasaskan seorang ulama Al-Azhar yang terkenal iaitu Fadhilatus Syeikh Soleh Al-Jaafari.



 


Kebetulan pada hari itu, ramai murid-muridnya yang hadir ke rumah baru dibelinya. Saya cukup terharu bila beliau menjemput saya (sebenarnya memaksa saya) duduk di tempat duduknya. Turut bersama murid-muridnya yang saya lihat merupakan gabungan warga Asia Tenggara, Asia dan Afrika itu ialah Imam Dua Masjid Al-Azhar. Tak lama setelah bersama-sama membaca aurad dan selawat, hadirin dihidang dengan jamuan nasi Arab yang menyelerakan.



 

 

 

Sebelum pulang, saya mengambil beberapa keping gambar bersama Syeikh Asyraf dan murid-muridnya yang saya lihat cukup patuh. Jazakumullah Kahiran Kathira...

Ahad, 29 November 2009

AIDIL ADHA 1430 DALAM KENANGAN

Salam rindu dari kejauhan...



Tenggalam matahari 9 Zulhijjah, saya bersama pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK dan anak-anak Kedah di sini menyambut tiba lebaran dengan penuh kesyukuran. Bertakbir beramai-ramai sememangnya sudah menjadi tradisi tiap tibanya malam hari raya ....Aidil Fitri dan Aidil Adha..Malam itu, sekali lagi saya hadir "Malam Gema Takbir" dan perutusan hari raya yang berakhir dengan jamuan nasi himpit  dan lontong.


 "Pra khutbah raya"

 
Antara yang hadir

Jam tujuh pagi hari raya, saya sekeluarga bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, pegawai-pegawai rumah negeri serta sebahagian anak-anak Malaysia di sini, menunaikan solat sunat Aidil Adha di Dataran Haiyyu 'Asyir. Program anjuran JPMK itu mendapat kerjasama penuh pegawai-pegawai rumah negeri di Mesir. Selesai solat dan khutbah raya, semua yang hadir dijamu makan pagi dengan tetamu VIP di rumah Pegawai Terengganu manakala pelajar-pelajar pula di bahagian bawah Asrama Terengganu dan Pahang.



Ustaz Abdullah Atase JAKIM menyampaikan khutbah sebenar
 
Sebahagian pelajar yang solat raya bersama
 
Muslimat yang setia bersama

 
Di rumah pegawai Terengganu

 
Sesak...tak cukup kerusi


Pelajar sarapan di Dataran

 
Yang penting...ada bahagian..."Muhammad,Wiam dan Mubarak"

 
Muhammad tiada dalam gambar


Bersama sebahagian siswa Kedah

 
Bersama siswi Kedah

 
Bersama TYT Dato Malik Duta Malaysia ke Jordan dan En. Hazam dari JPA

Korban hari raya pertama melibatkan sejumlah lembu, unta dan kambing. Secara khususnya seekor lembu tajaan Petronas disembelih paling awal untuk dimasak bagi juadah makan tengah hari disusuli lembu KBMK, lembu ISMA dan kambing-kambing Persatuan Pelajar Perubatan. Unta perubatan pula disembelih selepas solat Jumaat dan makan tengah hari.


Lembu Petronas


Melapah kambing


Saksi korban


Bismillah Allhu Akbar


Semuanya kerana Allah

Memang meriah Dataran 'Aasyir pada raya haji kali ini. Sehari suntuk saya di sana, bersama rakan-rakan pegawai dan anak-anak Malaysia menjayakan ibadah korban dan majlis kenduri. Saya cukup bangga melihat anak-anak Kedah yang semuanya menjadi tonggak di "gedohok". Memang gulai tulang, kurma kambing dan daging cicah air asam yang istimewa hari itu dimasak dan disediakan "tukang masak Kedah".



Bersama pegawai KBMK dan pegawai negeri
 


Topi tajaan Petronas

Orang kuat di gedohok

 
Antara kru gedohok Kedah

Semoga ruh dan semangat "korban" dapat dihayati kita semua untuk menggapai CintaNYA!!!!


Hari raya kedua, awal pagi lagi sekitar 6.30 ramai anak-anak Kedah sudah berkumpul di perkarangan Asrama Darul Aman 2, haiyyu 'Asyir. Kita tumbangkan tiga ekor lembu termasuk dua hasil sumbangan YAB MB selain tiga ekor kambing. Hasil pengalaman tahun-tahun yang lalu, kita tak menghadapi masalah. Apalagi tukang sembelihnya, 'oghang lama Kedah..Pak Tam Syaari".



 Penuh semangat bekerjasama
 
Sedia...! 
 
Sembelih!!! Allahu Akbar...Allahu Akbar..Allahu Akbar!! 
 
 Minum sebelum dikorbankan....

 
Bersama pegawai Selangor dan Pak Tam Syaari 
 
Saudara Hadi ketua chef gedohok
 
Melapah.. 
 
 Perkakas dalam...
 
 Kebanggaan negeri Kedah

Alhamdulillah kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang dari sembelih, lapah, timbang, masak sampailah ke jamuan kenduri yang diadakan di Asrama Darul Aman Tiga. Seperti biasa jamuan VIP diadakan di Kediaman Pegawai manakala jamuan siswa di Kafetaria sementara siswi pula di Dewan At Tasamuh Wal Ikha'. Walaupun tidak semua jemputan dapat hadir tetapi suasana tetap meriah.



Bersama anak-anak Amanah Raya
 
Kafetaria untuk siswa
 
Terima kasih sangat..!
 
Siswi di Dewan


Musim sejuk lagi sedap makan... :)
 
Tn. Haji Zain..Pegawai N9 dan YDP Sabah
 
 Isteri pegawai dan keluarga
 
Bersama Pegawai Pahang, Johor, Terengganu dan Petronas
 
Bersama sahabat dari Turki dan Monggolia
 
Bergambar kenangan dengan isteri pegawai dan isteri mudir Markaz Nil
 
Mudir Markaz Bahasa "Nil"...Mr Turgud Turki
 
Bersama Kuasa Usaha Sementara En.Saiful Anuar Mohamed dan keluarga
 
Kenangan bersama Us Halim Pegawai Selangor dan keluarga

Saya ingin merakamkan penghargaan  dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Rumah Terbuka Kedah sempena Hari Raya Aidil Adha kali ini. Kepada  YAB Dato Seri MB, terima kasih daun keladi kami anak-anakk Kedah di sini sangat menghargai pemberian YAB Dato' Seri. Begitu juga kepada MKKK, HEWI serta semua anak-anak Kedah yang ringan tulang membantu terutamanya "oghang-oghang penting" saya di gedehok yang bertungkus lumus memasak sejak hari raya pertama lagi!! Abah bangga dengan kalian!