Jumaat, 21 Mei 2010

SALAM IMTIHAN - Selamat Memberikan Yang Terbaik...


Demam Imtihan baru sahaja bermula...Bagi mereka yang dah bersiap sedia dengan segala kekuatan dan lengkap dengan strategi penuh tersusun menghadapinya, inilah detik yang dinanti-nantikan selama ini.... Ke kuliah dengan istiqamah... sudah, muzakarah dan mutalaah.... sudah, kelas tutorial ....sudah, group study pun...sudah!! Study sorang-sorang lagi-lagilah sudah....!!! Teringat pertemuan terakhir dengan YAB MB Ustaz Azizan ...,katanya :" Ana kalau baca buku habis ( kulit ke kulit ) masuk kali ke4, konpom najah!!"

Bagi kumpulan pelajar-pelajar berdisiplin dan gigih ini, inilah masanya mereka akan mencurahkan apa yang tersimpan di minda dan ingatan yang sarat setelah sekian lama memindahkan ilmu dari para pensyarah dan kitab-kitab ke dalam dada. Walaupun ini bukanlah matlamat akhir sebuah perjuangan dalam menuntut ilmu, tetapi kecemerlangan tetap satu tuntutan Islam yang cukup jelas dalam hidup sementara ini.

Namun, bagi kumpulan pelajar yang cuai dan culas dalam pelajaran, detik menghadapi musim peperiksaan adalah satu mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi! Kalau boleh mereka ingin lari..lari dari menemuinya. Ketika musim pengajian baru bermula dulu, mereka ini gagal tangani masalah pengurusan diri. Mereka gagal disiplin ke kuliah..mereka tiada jadual waktu...mereka lebih banyak melayan nafsu tidur, berehat, bersantai, makan, chatting di laman sembang, FB, YM dan lain-lain dari mengejar kecemerlangan dalam merealisasikan mahasiswa cemerlang ilmu, akdemik dan akhlaq yang tinggi. Kata nasihat dan semangat yang diberi ibarat mencurah di daun keladi!! Mereka bakal menyesal lagi....Andai gagal kembali bangkit dan segera melakukan pusingan U di minit-minit terakhir ini.

Ibarat berlari dalam satu pertandinagn marathon...semua pelari sebenarnya sedang menghampiri garisan penamat...Semuanya sedang melakukan pecutan akhir!!  Buat semua khasnya anak-anak Kedah di Mesir, Syria dan Jordan, Abah ingin ucapkan SELAMAT....SELAMAT MEMBERIKAN YANG TERBAIK!! BIT TAUFIQ WAN NAJAH...

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian!!

Kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya..
Yang pipih pun tak datang melayang..
Yang bulat juga tak datang bergolek...

ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها ** إن السفينـة لا تجري على اليبس

Maksudnya ( Kamu mengharapkan perlepasan - kejayaan, kecemerlangan, sedang kamu tidak mengikut jalannya.*** Sesungguhnya kapal tidak berjalan(berlayar) di atas daratan.!!

Abah doakan semoga semuanya akan berjaya cemerlang...berjaya dalam menghadiahkan kebahagiaan buat ibu ayah yang selama ini berkorban segalanya untuk kita di sini. Perit, jerih susah payah mereka akan hilang bila mendengar kita cemerlang!!! Moga cemerlang dunia akhirat!!!

Khamis, 20 Mei 2010

SILALAH...SILA!!

Hari ini, Khamis tanggal 20 Mei 2010. Setelah menemani Pegawai HEP Selangor Ustaz Halim yang ziarah ofis, saya merai beliau sarapan pagi di kafe sebelah dan kemudian membawanya melawat "Rumah Transit"untuk melihat kesesuaian bangunan 7 tingkat itu yang beliau cadangkan sebagai rumah sementara pelajar-pelajar Selangor yang akan berpindah keluar menjelang bulan Julai nanti. Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju dua blok Asrama Darul Ehsan di Haiyyu Asyir akan dibaik pulih segera.

Sehingga tengah hari, saya sibuk menandatangani ratusan sijil-sijil penghargaan pelajar yang dihantar Setiausaha Agung MKKK Akh Subki. Kemudian saya dihubungi bakal doktor Ukht Insyirah bekas pelajar cemerlang di Maktab Mahmud Alor Setar yang maklumkan nak datang ziarah dengan kawan serumahnya Hannnan puteri YDP MAIK Dato' Syeikh Uzir...Silalah...Sila.! Tak lama saya dihubungi pula ketua kumpulan banat KUIN Ukht Liza yang memang hari ini bercuti dan tak ada kursus kat markaz juga maklumkan nak datang ziarah Abah dan Mama...Silalah...Sila!

Sebenarnya anak-anak banat KUIN ini sejak pagi lagi dibawa HEWI MKKK ke Kuliah Banat untuk merasai pengalaman sebenar siswi azhar ke kuliah. Mereka pun sebenarnya sudah selesai sessi taaruf dengan senior junior mereka di Tingkat 10 Asrama Darul Aman 3 Haiyyu Sabiek ini yang tentu berbeza dengan suasana di Rumah Pahang di Haiyyu 'Aasyir. Setelah singgah ziarah  sekejap di pejabat sekankang kera saya di bawah, saya bawa mereka ke kediaman pegawai yang luas.....Mereka disambut Mama dan Dr. Insyirah dan Dr.Hannan yang dah sampai lebih awal. Meriahnya ruang tamu rumah saya dengan semua yang datang. Alhamdulillah sebab ada senior seperti Ukht Hamidah , Aripah dan Fauzimah yang tolong "oghang ghumah" sedikan laksa, juadah mengejut untuk semua tetamu.....









Ketika melayani semua yang hadir, secara kebetulan saya menerima sms dari Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah, Prof.Madya Dr Bakhir dan juga panggilan telefon dari Timbalan Dekan, Dr Abdul Ghani yang bersusah payah menghubungi saya dari saudi Arabia. Seolah-olah mereka tahu saya sedang bersama dengan anak-anak KUIN......

Akhirnya, sekali lagi...Ahlan Wa Sahlan buat semua anak-anak...Semoga berpuas hati dengan layanan Abah dan Mama sekeluarga.  Jumpa lagi!!!

Selasa, 18 Mei 2010

BERTEMU PUTERA PUTERI UNIVERSITI INSANIAH

Tanggal 17hb Mei 2010, sebaik pulang dari airport menghantar Dr. Abdul Ghani Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN dan lain-lain ahli rombongan Era Edar yang selamat berlepas ke Jeddah, Saudi Arabia, saya langsung ke Kompleks Haiyyu 'Asyir. Masih teringat titipan salam Dr. Mohd Bakhir yang belum disampaikan. Dan ditambah pula dengan pesan Dr.Abdul Ghani.....saya tidak boleh bertangguh lagi. Tambahan pula, Us.Farid Peg.HEP Pahang baru menghubungi saya memaklumkan kemungkinan banat KUIN yang menumpang di dua Rumah Tamunya terpaksa dipindahkan kerana ada rombongan "orang besar Yayasan Pahang"akan sampai bulan depan....Lagipun, saya belum sempat bertanya khabar langsung selepas anak-anak KUIN ini masuk ke Markaz Fajr tempoh hari...

Setelah kepulangan "orang-orang besar" KUIN di sini, siapa lagi yang tinggal kalau tidak saya sebagai wakil kerajaan Kedah untuk melihat kepentingan kebajikan dan mashlahat rakyat Kedah di sini. Ini memang sudah tanggungjawab saya. Setelah sampai di Haiyyu 'Aasyir, sebelum naik ke Rumah Sarawak, saya menjenguk Asrama Darul Aman yang sedang giat di"pulihkan". Tinggal tingkat bawah sahaja yang melibatkan juga "Rumah Tamu" yang nampaknya masih belum siap sepenuhnya. Namun, secara kesuluruhannya, bolehlah dikatakan hampir 97% siap. Nampaknya, anak-anak saya di Rumah Transit terpaksalah bersabar dan bertahan lagi di situ....Apa yang pasti, saya sesekali tidak akan 'memberi izin menduduki' kerana atas kapasiti Peg.HEP sahaja tidak mencukupi rasanya untuk saya berbuat demikian. Saya tak sanggup menganmbil risiko. Saya juga telah menghubungi pihak berautoriti JKR Kedah supaya mengambil langkah yang perlu....Saya masih lagi menanti keputusan mereka.

Di Rumah Tamu 2 Sarawak saya disambut meriah banin-banin KUIN yang begitu bersemangat bercakap Arab Fusha...Masing-masing dengan skill tersendiri. Saya juga bertaaruf dengan mereka yang rupanya datang dari pelbagai negeri juga. Ada yang datang dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan , Pulau Pinang selain dari Kedah sendiri.. Saya menyampaikan salam  Dr Bakhir dan Dr Ghani dan seterusnya mengambil peluang membakar semangat anak-anak muda ini. Alhamdulillah mereka yang nampaknya cukup bersemangat! Saya juga dijamu secawan milo bujang yang cukup manis...





Saya naik ke Rumah Tamu Pahang setelah agak lama banat-banat KUIN menanti. Saya melihat mereka juga tak kurang semangat dari banin-banin KUIN bila saya bercakap Bahasa Arab dengan mereka. Cuma barangkali mereka agak lebih malu kerana mungkin tak biasa dengan "Abah" mereka ini. Saya jelaskan kepada mereka sebab saya memilih bercakap lebih banyak dalam Bahasa Arab kerana ingin membantu mereka sepertimana saya membantu anak-anak Kedah yang lain yang saya sering galakkan bertutur dalam Bahasa AlQuran ini. Rupanya banat KUIN yang ikut Jaulah ini juga terdiri dari multi negeri kerana selain dari Kedah ada banat yang datang dari Thailand, Johor, Pahang, Pulau Pinang etc.




Saya juga menyampaikan pesan dan salam Dr Bakhir dan Dr Abdul Ghani kepada mereka. Setelah mengambil persetujuan mereka tentang isu kemunkinan berpindah, saya juga mengambil peluang memberikan sedikit nasihat dan semangat agar mereka bersungguh-sungguh mengikuti tiap yang dicurahkan guru di markaz itu di samping memberanikan diri bercakap dalam Bahasa Arab walaupun salah. "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"!! Saya juga berjanji akan membawa "Mama - Oghang Ghumah" menziarahi mereka di lain waktu.

Isnin, 17 Mei 2010

MA'ASSALAAAMAH YA DUKTURRRR....

16 dan 17 Mei 2010, dua hari berturut-turut saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Hari pertama, saya ke Terminal Satu, Mathor Qodim menghantar kepulangan Ybhg.Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah yang menaiki pesawat Kuwait Airways. Turut menghantar beliau ke air port, Pak Tam Syaari dan juga Prof Madya Dr Ali seorang pensyarah KUIN warganegara Mesir yang kini pulang bercuti. Dr.Ali telah berkhidmat di KUIN sejak 10 tahun yang lalu juga merupakan bekas Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN sebelum jawatan itu diserahkan kepada Dr. Bakhir.

Untuk tujuan rekod, hari ini juga buat kali pertama setelah setahun bertugas di Mesir ini, saya ke Qism Syurthah atau Balai Polis. Dalam perjalanan ke air port, saya singgah di Balai Haiyyu Sadis naik ke tingkat satu membawa dua pelajar banat Kedah untuk membuat pengecaman laptop yang hilang di bangunan asrama tidak berapa dulu. Tiga  orang pencuri yang bertanggungjawab terhadap hampir 80 buah laptop dan puluhan telefon tangan yang hilang sejak tahun lepas di beberapa buah asrama dan rumah milik pelajar-pelajar Malaysia akhirnya tertangkap juga. Urusan saya jadi lebih mudah di Qism Mabahis atau CID itu kerana turut ditemani Dr.Ali.






Hari kedua 17 Mei pula saya bersendirian ke Terminal Tiga, Mathor Gadid menghantar rombongan ERA EDAR MARKETING yang menaiki penerbangan EgyptAir ke Saudi Arabia untuk melakukan ibadah umrah sebelum pulang ke Malaysia. Rombongan yang diketuai Ybhg Dr Jamaluddin serta isteri Ybhg.Dr Aisyah itu turut diiringi Ybhg Dr Abdul Ghani, Timbalan Dekan Universiti Insaniah.



 


Semoga sepanjang berada di Perlembahan Nil ini, pihak Ybhg Prof Madya Dr.Mohd Bakhir dan para tetamu dari ERA EDAR berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Terima kasih di atas segala perkongsian. Semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang ditaburkan dengan pahala berlipatkali ganda. Sehingga jumpa lagi!

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010



16 Mei tiba lagi ....Tarikh keramat buat semua warga guru Malaysia. Sambutan Hari Guru diadakan tidak lain untuk menghargai para guru yang cukup berjasa dalam membangunkan manusia sejak sekian lama. Ia juga diadakan untuk mengasuh anak-anak kecil yang masih di bangku sekolah sehinggalah remaja yang belajar di Poli dan universiti maupun pegawai yang sedang bekerja di pelbagai sektor...kerajaan atau swasta..bahawa generasi guru adalah sekumpulan insan terhormat yang mulia sejak zaman berzaman...Dimuliakan "Insan Berilmu" ini dalam kitab suci mahupun dalam sabda Nabi!

Gurulah yang bertungkuslumus mengenalkan kita sejak mula kita ke sekolah mengeja, membaca dan mengira...Gurulah yang bersusahpayah dengan sabarnya membimbing dan mendidik kita...Gurulah yang  tak jemu-jemu membakar kekuatan api perjuangan untuk terus bersemangat mencari dan mencari ilmu...Walau beban yang digalas guru bertambah berat dari hari ke hari, namun generasi mulia ini terus mengerah keringat menabur jasa kepada pembangunan tamaddun manusia! Betapa besarnya jasa mereka!

Sesungguhnya mulialah mereka yang memuliakan guru yang pernah menitiskan ilmu dalam hidupnya walaupun sedikit..Walau barangkali ketika dirinya terlalu hingusan ketika dia sedang belajar di peringkat Tadika atau di Sekolah Rendah Kebangsaan..! Kerana guru tetap guru...Islam sangat memandang tinggi kepada golongan yang mewarisi tugas Nabi ini! Berkahlah hidup mereka yang sentiasa menghormati dan menyanjungi guru dalam hidupnya...Terpujilah mereka yang sentiasa ingat ketika dia sudah berada di puncak, bahawa dia tidak akan pernah sampai ke situ jika dia tidak diajar guru!

Malangnya, terkadang kita bertemu jenis manusia tidak lagi hormati guru..yang dulu pernah mengajarnya ilmu! Kerana hari ini barangkali dia sudah tinggi...sedang belajar di universiti...dia sudah mau dapat MA atau Phd. Dia lupa bahawa ia tidak akan sampai di atas kalau tidak pernah bermula di bawah!!!! Nada bercakapnya sudah hilang hormat pada guru ...Kadang-kadang, sampai hati, dengan gaya sombong dan lupa diri, disindir-sindir gurunya sendiri!

Buat teman-teman guru...marilah kita memahami, bahawa Allah akan sentiasa memuliakan guru  yang berjuang ikhlas menitiskan ilmu, menjadi murabbi, muaaddib, muaallim maupun mudarris yang mengajar manusia menjadi manusia berjiwa hamba pada Allah Maha Pencipta ,...menjadi khalifahNya di dunia sementara ini.

Guru...Terima kasih tidak terhingga di atas segala ilmu dan kemahiran yang dikau berikan...Selamanya diri ini tidak akan lupa segala jasa-jasamu guru...Ya Allah Engkau muliakanlah semua guruku....Tinggikanlah darjat mereka..Ampunilah dosa-dosa mereka dan masukkanlah mereka  ke dalam syurgaMU...

Jumaat, 14 Mei 2010

RAMAH MESRA DAN AGIHAN ZAKAT BERSAMA ERA EDAR MARKETING - MALAYSIA

Tanggal 12 Mei 2010, satu Majlis Ramah Mesra Dan Agihan Zakat bersama ERA EDAR MARKETING SDN. BHD telah diadakan di Dewan At Tasamuh Wal Ikha' Asrama Darul Aman 3 yang dihadiri Pengarah Urusannya Ybhg. Dr. Jamaluddin Mat Piah dan Pengarah Eksekutifnya  Ybhg.Dr. Aishah Azizan. Turut hadir dalam majlis itu, Dekan Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Insaniah Ybhg. Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah, Timbalan Dekan  Ybhg. Dr. Abdul Ghani Din serta Pensyarah Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah Ybhg. Prof Madya Dr Syaaban Zainal Abidin.

Atas persetujuan Ybhg. Dr. Jamaluddin, seramai 100 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi penerima zakat pada malam itu dengan 80 orang pelajar adalah dari kalangan anak-anak Kedah sendiri. Selebihnya adalah terdiri dari kalangan pelajar yang diambil dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang serta  Wilayah Persekutuan termasuk seorang dari Pattani.







Pihak ERA EDAR MARKETING SDN.BHD yang bertapak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah Darul Aman ini juga telah turut menaja majlis jamuan pada malam itu dengan tetamu VIP dihidangkan hidangan malam masakan Che Li di kediaman pegawai, manakala pelajar-pelajar yang terpilih sebagai penerima zakat mendapat hidangan malam yang ditempah khas dari Restoran Hadhra Maut terkenal di awwal Abbas Aqqad.






Memulakan majlis malam itu, saya selaku tuan rumah mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban kepada para tetamu dan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak semua pelajar termasuk dari luar Kedah di atas kesudian pihak ERA EDAR MARKETING beramah mesra dan bersama meringankan beban anak-anak di sini dengan menghulurkan bantuan zakat kepada mereka yang tidak memperolehi sebarang biasiswa maupun pinjaman dari mana-mana pihak.



Dalam ucapan balasnya, Ybhg. Dr Jamaluddin selaku Pengarah Urusan menceritakan sedikit sebanyak perkembangan syarikat yang diasaskan Allahyarham Prof.Dr.Hj.Azizan ini di samping menggalakkan pelajar untuk mendekati bidang perniagaan atau sekurang-kurangnya menyumbang bila pulang nanti untuk bersama memberikan galakan kepada orang lain untuk memperjuangkan perniagaan HALAL ini. Dengan memberikan perbezaan syarikat judi besar yang mula berkembang dari asalnya sebuah syarikat kecil, kemudian boleh begitu besar dan berjaya..., beliau melontarkan persoalan ; kenapa perniagaan HALAL tidak boleh berjaya? Justeru, sikap tidak ambil peduli dan tidak memberi sokongan kepada perniagaan HALAL adalah sebahagian jawapan kepada persoalan mudah itu. 

Setelah turut memberikan sedikit motivasi kepada para pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam pelajaran, untuk tujuan rekod, beliau kemudiannya menyampaikan sejumlah LE 10,000.00 kepada wakil pelajar dengan Pemangku YDP MKKK Akhi Nazrul menjadi wakil pelajar lelaki dan Tim.Pengerusi HEWI Ukhti Nadiah Ahhmad menjadi wakil pelajar perempuan. Selaku pegawai yang menerima amanahnya, saya kemudiannya mengagihkan  wang zakat itu kepada semua yang hadir pada malam itu.


Bagi pihak pejabat pegawai dan kerajaan, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan pihak ERA EDAR yang jauh datang dari Malaysia dan kemudian sudi untuk berkongsi kepayahan sebahagian anak-anak kita di sini. Semoga Allah ganjari berlipatkaliganda pemberian itu dan Allah berkati dari baki harta yang ada dan Allah bersihkan segala harta yang dikurniakan...semakin betambah makmur, semakin bertambah berkat dari dunia sampai akhirat. Aameen.

ERA EDAR MARKETING SDN BHD. yang memiliki kilang bertaraf The First Homeopathic Manufacturer In South East Asia ini boleh dihubungi di Telefon 04-91999044 Faks 04 9199912 juga boleh dicapai melalui http://www.eraedar.com.my dengan Email : eraedar@eraedar.com.my


Rabu, 12 Mei 2010

SAMBUTAN HANGAT.....

Walaupun kelas-kelas pengajian kitab dari Masyayikh telah ditangguhkan kerana demam peperiksaan yang makin kian terasa, namun saya melihat yang terus mendapat sambutan hangat sehingga Dewan At Tasamuh Wal Ikha', Maktabah serta Bilik Mesyuarat penuh ditempah untuk kelas tutorial yang diadakan sebagai usaha memberikan bimbingan kepada para pelajar khususnya pelajar-pelajar di tahun satu dan dua. Saya juga merasa bersyukur melihat kesedaran yang tinggi di kalangan anak-anak kita yang mengambil inisiatif membuat halaqah-halaqah atau study group untuk perbincangan sesama sendiri selain kelas-kelas tutorial.

Sejak lama sudah sebenarnya, hampir setiap hari kelas-kelas ini diadakan. Seronok mendengar hikayat "ogahng ghumah" yang ikut menjadi pembimbing kelas tutorial bahawa anak-anak yang ikut serta dalam kelasnya termasuk dari lain-lain negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan etc. Turut hadir dalam kelasnya juga adalah anak-anak lelaki selain majoritinya anak-anak perempuan...










Semoga kesungguhan yang ditunjukkan akan mendatangkan hasil lumayan...Moga kejayaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan..InsyaAllah.

Selasa, 11 Mei 2010

YANG DITANGGUHKAN SEMENTARA...

Kemeriahan kuliah-kuliah pengajian "syeikh-syeikh Arab" di Rumah Kedah suatu yang sudah  menjadi sebutan di kalangan anak-anak Malaysia khasnya dan amnya sebahagian anak-anak serantau seperti Indonesia dan Singapura. Bahkan ada di kalangan pelajar yang mengikuti kuliah pengajian di Rumah Kedah ini, datang sejauh Madinat Buuth serta Iskan Thullab Al-Azhar dan ada pelajar Mesir sendiri yang ikut bersama kuliah-kuliah pengajian yang disampaikan para Masyayikh terutama kuliah Fadhlatus Syeikh Muhammad Ibrahim Alkittani ulamak yang tersohor dari Iskandariah."syeikh-syeikh Arab" yang lain ialah Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk, Fadhilatus Syeikh Usamah Sayyid Mahmud , Fadhilatus Syeikh Asyraf Hasaneen , Fadhilatus Syeikh Saad Jawish serta Fadhilatus Syeikh  Dr. Ahmad Mamdouh dari Darul Ifta'.

Namun, oleh kerana tempoh untuk peperiksaan semester kedua menjelang tiba, maka semua kuliah-kuliah pengajian termasuk kuliah-kuliah yang disampaikan "syeikh Melayu" juga telah ditangguhkan sehingga selesai peperiksaan Julai akan datang.   Tanggal 11 Mei 2010 Selasa malam Rabu baru-baru ini, kebanyakan Masyayikh yang menyumbang ilmu di sini telah hadir dalam kuliah terakhir Fadhlatus Syeikh Muhammad Ibrahim Alkittani yang berlangsung selepas solat isyak. Turut hadir Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk dan Fadhilatus Syeikh Saad Jawish yang masing-masing turut menyampaikan beberapa nasihat akhir. Sebelum itu, Fadhilatu Syeikh Dr Ahmad Mamdouh telah menyampaikan kuliahnya yang terakhir selepas solat maghrib sebelum ditangguhkan.Majlis jamuan makan malam telah diadakan di kediaman pegawai bagi meraikan para masyayikh.







Bersama fadhilatus Syeikh Ahmad Mamduh
 


Sebahagian pelajar Arab yang hadir


 
Malam sebelum itu,  semasa kuliah terakhir Fadhilatus Syeikh Usamah Sayyid Mahmud beliau telah membawa seorang ulamak Jordan yang juga seorang pakar Aqidah iaitu Fadhilatus Syeikh Dr. Said Abdul Latif Fudah yang turut diberi ruang menyampaikan kuliah pada malam tersebut. Turut serta hadir pada malam itu Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk. Jamuan keraian makan malam juga telah diadakan di kediaman pegawai.






Bagi pihak pejabat pegawai dan mewakili semua anak-anak Kedah di sini, saya ucapkan  Alhamdulillahi Bihi Tatimmus Solihat Wa Jazakumullah Khairan Kathiran....Wa Ila An Naltaqi Qariban!! Bi Iznillah....