Khamis, 29 Julai 2010

MESYUARAT ADHOC MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YAB MB KALI KE 2

Tanggal 28 Julai 2010, telah diadakan Mesyuarat Adhoc Majlis Ramah Mesra Bersama YAB MB bagi kali yang kedua di Dewan AtTasamuh Wal Ikha' Asrama Darul Aman 3 Haiyyu Sabiek. Turut hadir selain ahli-ahli jawatankuasanya, termasuklah Pengarahnya, Akhi Rushdan Abdul Rahman selain Pemangku YDP MKKK Akhi Zahran dan juga Pembantu Tadbir di PHEPKTT Akhi Fairuz.





Rangka kerja yang lebih jelas serta komitmen yang lebih tinggi mudah-mudahan akan melicinkan segala perancangan yang telah disusun. Sebelum menyerahkan mesyuarat untuk terus dipimpin Pengarahnya, saya menjelaskan panjang lebar perubahan-perubahan akhir dan maklumat terkini dari Pejabat YAB MB selain menjelaskan sebarang persoalan yang ditimbulkan oleh AJK.

Rabu, 28 Julai 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA ALHIKMAH - 27/7/2010

Tanggal 27 Julai 2010, saya menghadiri mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Al-Hikmah yang diadakan di Bilik Mesyuarat ARMA di Abbasiah. Jawatankuasa Al-Hikmah telah diputuskan pembentukannya dalam Mesyuarat Antara Ketua-Ketua Agensi secara sebulat suara. 



Jawatankuasa Al-Hikmah ini melibatkan pegawai-pegawai KBMK, JPMK, JPA, MARA selain Pegawai-Pegawai HEP Negeri. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan mendekati dan menyelami serta cuba menyelesaikan masalah para pelajar di sini khususnya dalam masalah sosial dan akhlak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JPMK Prof Madya Dr Jamil Hashim.

Mesyuarat bersetuju untuk semua Jawantankuasa turun ke Mansurah sempena "Hari Bertemu Pelanggan JPMK di Mansurah" pada 29 Julai nanti.

BERTEMU PENGARAH JPMK

Tanggal 26hb Julai 2010, saya ke KBMK bersama teman-teman pegawai HEP lain seperti Us Ahmad Farid Pegawaai HEP Pahang, Us Abdul Halim Saljadi Pegawai HEP Selangor, Us Ahmad Hanif Pegawai HEP Johor dan En.Yahya Pegawai HEP Wilayah Persekutuan.

Kami berbincang panjang lebar dengan Pengarah JPMK Prof Madya Dr.Jamil Hashim berikutan keputusan terbaru pihak Universiti Al Azhar yang menetapkan tarikh "imtihan qabul" bagi pelajar-pelajar baru pada tahun ini pada 15 September akan datang. Oleh kerana kebanyakan negeri menghadapi masalah pelajar baru yang akan tiba selepas 15/9, pihak JPMK diminta merayu untuk melewatkan tarikh peperiksaan itu sekurang-kurangnya hujung September.





Alhamdulillah, Dr Jamil bersetuju membuat rayuan kepada pihak Al-Azhar dan ini tentu saja sangat melegakan banyak pihak khususnya bagi negeri-negeri yang telah pun confirm  penerbangan ke sini selepas 15hb September.

CATATAN : PIHAK AZHAR BERSETUJU MENANGGUHKAN IMTIHAN QABUL KE 
SUATU  TARIKH BARU YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.

Selasa, 27 Julai 2010

BAZAR SELERA JELAPANG & SUKAN MAHABBAH 2010

Tanggal 22, 24 dan 25 Julai 2010, PHEPKTT telah bersama-sama MKKK di bawah Badan Ekonomi dan Badan Sukan menganjurkan "Bazar Selera Jelapang" dan serentak dengan itu telah diadakan juga "Sukan Mahabbah 2010" bertempat di Kompleks Haiyyu 'Aasyir.

Sejumlah 14 gerai telah turut serta mengambil bahagian dalam menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi berlauk, nasi ayam, char koey teow, chicken chop, apam balik dengan pelabagai variasi rasa seperti coklat, pisang n keju, mee kuah, bakso, laksa, laksam dan lain-lain. Gerai MKKK pula diserahkan monopoli jualan pelbagai jenis minuman termasuk yang paling mendapat sambutan paling hangat pengunjung adalah "air batu campur" atau ais kacang.




Sejak hari Khamis, saya berkampung di Hayyu 'Asyir bersama dengan MKKK menjayakan program yang meriah ini. Saya serta anak-anak, Muhammad, Mujahid  dan Ziyad juga telah turut serta dalam pertandingan ping pong individu dan juga beregu semata-mata untuk memeriahkan pertandingan yang diadakan. Cukup jelas, kurangnya di kalangan anak-anak Kedah mereka yang tinggi kemahiran dalam permainan ini.






Setelah bercuti sehari pada Jumaat, bazar dan sukan disambung pada hari  Sabtu dan Ahad . Saya melihat sambutan yang cukup hangat dari anak-anak Kedah termasuk dari luar Kaherah yang balik beramai-ramai memberikan sokongan kepada program persatuan ini. Paling banyak penyertaan dan paling hangat sambutan adalah untuk pertandingan futsal diikuti sepak takraw. Pertandingan futsal telah diadakan di dataran, manakala sepak takraw diadakan di perkarangan Rumah Pahang. Ping pong pula diadakan di Surau asrama Darul Aman 2. Saya turut serta bermain futsal dalam team yang diberi nama "Abah FC" tanpa pengetahuan saya.
















Walaupun sakit-sakit badan, pengalaman bermain dalam perlawanan dan berpeluang pula menjadi penyerang dan penjaring cukup merujakan. Sayangnya pasukan saya tewas di suku akhir setelah mengharungi enam perlawanan. Dua pasukan terbaik kejohanan akhirnya berentap di perlawanan akhir yang dimenangi oleh pasukan PMRAM. Petang hari terakhir itu juga, Muhammad anak lelaki sulung saya berentap di pertandingan akhir ping pong perseorangan dan kemudian berjaya menjadi johan. Manakala selepas solat Maghrib, saya dan Muhammad bergandingan bertanding merebut tempat pertama dan kedua. Saya dan Muhammad berjaya mendapat tempat pertama.

Selepas solat Isya' berjamaah di surau, saya diiringi Us. Zahran Pemangku YDP MKKK merasmikan acara penutup. Setelah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah dan adhoc yang bertungkuslumus menjayakan dua program serentak yang diadakan, serta kalungan penghargaan kepada semua ahli / penghuni asrama yang turut begitu komited memberikan sokongan, saya dengan terharu kemudian menutup program tiga hari suntuk itu. Majlis malam itu diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.







Tahniah kepada semua...Terima kasih semua...Moga jumpa lagi di tahun hadapan!!!

Sabtu, 24 Julai 2010

Penangguhan Daurah Saifiah & Pembacaan Hadis Mukhtasar Abi Jamrah

MAJLIS PENANGGUHAN PENGAJIAN INTENSIF MUSIM PANAS BERSAMA MASYAIKH AL-AZHAR
( الدورة العلمية الصيفية المكثفة مع مشايخ الأزهر الشريف )

TARIKH  :  24 JULAI 2010
HARI      :  SABTU
MASA     : 6.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN AT-TASAMUH WAL-IKHA’ , ASRAMA DARUL  AMAN 3,HAIYU SABIEK,MADINAH NASR, KAHERAH.

PENGISIAN MAJLIS:

1. SAMBUNGAN PEMBACAAN HADIS MUKHTASAR IBN ABI JAMRAH OLEH FADHILAH SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM ABD BA’ITH  AL-KITTANI AL-HUSAINI.

2. UCAPAN TENAGA PENGAJAR DAURAH SAIFIYYAH
I. FADHILAH SYEIKH JAMAL FAROUQ  AD-DAQAQ  AL-HASANI
II. FADHILAH SYEIKH FATHI ABD RAHMAN AHMAD HIJAZI
III. FADHILAH SYEIKH TOHA HIBISYI
IV. FADHILAH DR. ABDULLAH RABI’
V. FADHILAH DR. AHMAD MAMDUH

3. UCAPAN TETAMU JEMPUTAN
I. FADHILAH SYEIKH AMRU WIRRDANI ( Darul Ifta’ Misriyyah )
II. FADHILAH USAMAH MAHMUD SAYYID AL-AZHARI
III. WAKIL KULIAH USULUDDIN UNIV. AL-AZHAR, KAHERAH

4. JAMUAN MAKAN MALAM UNTUK TETAMU JEMPUTAN





 
 


MULAHAZAH : DAURAH AKAN KEMBALI DISAMBUNG SELEPAS RAMADAHAN

ANJURAN : PEJABAT PEGAWAI HEP KEDAH TIMUR TENGAH
                  MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA KEDAH (MKKK)
                  DI BAWAH BIMBINGAN  MASYAIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF.

Jumaat, 23 Julai 2010

"Dia Pilihanku atau Pilihan Keluargaku..."

Tanggal 22 Julai 2010, saya dan isteri dijemput BAKAN Perlis sebagai ahli panel dalam program "Talkshow" sempena IMTINAN 10 yang dianjur HEWI persatuan anak negeri "Indera Kayangan" itu. Kehadiran ramai banin dan banat malam itu agak mengejutkan kerana jumlah ahli BAKAN Perlis sebenarnya cukup kecil di Kaherah ini. Rupanya, program malam itu turut disertai anak-anak dari BAKAN Selangor dan Melaka.




"Dia Pilihanku atau Pilihan Keluargaku" yang menjadi tajuk pilihan yang dibincangkan malam itu, mungkin menjadi faktor penarik ramai turut serta pada malam itu. Namun sebagaimana biasa, jumlah siswi masih tetap dominan berbanding siswa dalam program seperti ini. Banyak pengalaman yang saya dan isteri kongsi dengan sidang hadirin pada malam bersejarah itu....Program ala-ala 'Semanis Kurma' satu program "Talkshow" di sebuah stesen tv di Malaysia itu, cukup untuk indah dan manis dikenang suatu hari nanti bila saya dan 'oghang ghumah' sudah tiada di Lembah Nil ini lagi.

Tahniah buat YDP dan HEWI BAKAN Perlis. Semoga perkongsian malam itu memberi sedikit sebanyak panduan untuk semua...

Khamis, 22 Julai 2010

MESYUARAT ADHOC MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YAB MB 21/7/2010

Tanggal 21 Julai 2010 , sekitar jam 9 malam diadakan mesyuarat kali pertama ADHOC Jawatankuasa Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Dato' Seri MB yang diadakan Dewan Attasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3 di Haiyyu Sabiek. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWt kerana mendapat sokongan sepenuhnya anak-anak Kedah di sini yang memberi komitmen menerima perlantikan sebagai jawatankuasa majlis yang besar dan cukup bermakna itu.

Jawankuasa yang diketuai Pengarahnya Akhi Rushdan Abdul Rahman itu, turut disertai gabungan 'orang lama' yang kaya dengan pengalaman serta 'orang baru' yang cukup gigih menimba pengalaman. Malam itu, mesyuarat dihadiri selain semua AJK, turt sama YDP MKKK, semua Mandub atau wakil Mandub dari semua Muhafazah selain Pembantu Tadbir PHEPKTT Akhi Fairuz.






Kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan yang akan bersama-sama menyumbang keringat  samada dari kalangan ADHOC maupun ahli biasa MKKK, yang bersatu hati demi untuk menjayakan lawatan YAB MB kali ini amnya dan memastikan kelancaran dan kejayaan Majlis Ramah Mesra Bersama YAB MB khasnya,  bagi pihak PHEPKTT diucapkan jutaan terima kasih.

Mesyuarat malam itu diakhiri jamuan malam yang dipesan dari kafe  sebelah kepada semua yang hadir


Rabu, 21 Julai 2010

KUMPULAN TERAKHIR KUIN BERANGKAT! MA'ASSALAMAH...

Demikian suatu ketetapan yang telah menjadi sunnatullah yang menjadikan tiap sesuatu itu di bumi ini berpasang-pasangan....
Ada siang adalah malam, ada pagi ada petang, ada atas ada bawah, ada pejam ada celik, ada lelaki ada perempuan....ada awal ada akhir, dan....bila ada pertemuan pasti ada perpisahan!!!
20 Julai 2010, saya dan isteri bersama beberapa orang pelajar mengiringi kumpulan terakhir pelajar-pelajar KUIN ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Mereka menaiki pesawat Egyptair yang berlepas dari Terminal 3 Mathor Gadid. Terharu melihat ramai rakan-rakan mereka di Asrama Darul Aman 3 dan 2 yang menghantar dan bersalaman serta berpelukan sebelum berpisah. Jelas masing-masing telah saling mengenali dan menjadi mesra. Namun demikian satu ketetapan..Tiap pertemuan pasti disudahi dengan perpisahan. Walau kekadang ia menyakitkan, namun itulah hakikat kehidupan!









Sebelum mereka masuk untuk check in, saya diminta Akhi Shahrizal yang menjadi Pengarah Jaulah untuk menyampaikan sepatah dua pesanan. Di samping berpesan supaya masing-masing cuba untuk jadi berbeza apabila sampai ke tanah air nanti dari yang lain-lain kerana telah menerima kursus bahasa di sini dengan selalu mempraktikkah bahasa, bergaul dengan rakan-rakan lain dalam Bahasa Arab serta cuba untuk menjadi yang terbaik dalam skor peperiksaan nanti kerana telah memiliki almaharat almukhtalifah fillughah, saya juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberi dan memohon maaf atas segala kekurangan yang timbul dari pihak saya.


Setelah sesi bergambar, masing-masing berpelukan dan bermaafan sebelum berangkat masuk....






Untuk anak-anak KUIN, selamat maju jaya dan jumpa di sana nanti Insyaallah...Jangan lupa ke rumah Abah di 76 Jalan Telok Wanjah 05200 Alor Setar. (berhadapan Menara Zakat) .