Isnin, 30 Ogos 2010

BERBUKA DI RUMAH MALAYSIA - 28 / 8 / 2010

Tanggal 28hb Ogos 2010, saya sekeluarga dan lain-lain rakan pegawai HBS serta teman-teman dari Agensi-agensi Malaysia di sini hadir memenuhi jemputan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar malaysia Kaherah (KBMK) En Shaiful Anuar Muhammad yang mengadakan Majlis Ifthor di "Rumah Malaysia" iaitu kediaman rasmi TYT Duta Besar Malaysia di sini. Boleh dikatakan hampir kesemua jemputan hadir bersama keluarga masing-masing dengan pelbagai juadah berbuka dalam Majlis Ifthor berkonsepkan "Potluck" itu.

 
 




Selain berbuka, solat jamaah Maghrib dan Isya', juga turut diadakan solat sunat Tarawih berjamaah dan juga Tazkirah. Solat Tarawih dan sesi Tazkirah dipimpin Atase Agama KBMK iaitu Ustaz Abdullah Mat.






Kepada YBhg. En Shaiful diucapkan Jazakumullah Khairan Kathiran. Semoga Allah SWT memberkati kita semua dan mengganjari amalan kita dengan pahala berlipatkali ganda di bulan suci lagi mulia ini.

Sabtu, 28 Ogos 2010

ZIARAH PELAJAR SAKIT DI ISKANDARIAH

Tanggal 27 Ogos 2010, saya bersama isteri dengan ditemani Akhi Zahran Pemangku YDP MKKK, serta Akhi Suhaib Ar Rumi dan 3 orang banat HEWI berlepas ke Iskandariah sekitar jam 9 pagi untuk menzirahi seorang pelajar perempuan 'banat Kedah' yang sedang sakit di sana Turut bersama dalam kereta yang saya pandu sendiri pergi balik ke bandar pelancongan terkenal di Mesir itu, Pak Din seorang warga Negara Indonesia yang dikatakan mahir dalam ilmu perubatan berkaitan  makhluk halus. Terdahulu Akhi Zahran ke Haiyyu Asyir menjemput Pak Din dengan motornya.

Tiga jam memandu dengan kelajuan standard 110 km - 120 km sejam, saya sampai ke sana dengan selamatnya. Ukhti Khatijah Ahmad, Mandubah Iskandariah terpaksa ke sebuah masjid tidak jauh dari rumah yang dituju iaitu "Bait Ithar Hanani" kerana saya tersilap masuk lorong. Saya sangat simpati melihat keadaan pelajar yang kelihatan hampir hilang ingatan dan kerasukan jin  itu. Terkejut mendengar suara garau keluar dari mulutnya....... cukup untuk difahami ada benda asing dalam tubuh kasarnya. Sesekali dia menjadi ramah dan ketawa keanakan dan dalam waktu yang lain dia lansung tidak boleh bercakap walau sepatah....Yang keluar adalah suara "harimau" . Pendek kata, dalam tubuh kasarnya banyak dengan jin-jin yang menumpang...




Pak Din berikan air yang didoakannya pada banat yang sedang hebat diuji ini. Hampir dua jam  juga saya di rumah yang dikatakan banyak jin itu. Sebelum melangkah pulang, sekali lagi Pak Din melakukan rawatan terhadap pesakitnya. Rawatan di tempat tidur dalam bilik pesakitnya itu turut  ditemani 'oghang ghumah' dan ahli-ahli bait yang lain.
 

Jarak kurang lebih 250 km dari Iskandariah ke Haiyyu Sabiek menyebabkan perjalanan pulang tiga jam mengheret saya dan lain-lain berbuka puasa dalam perjalanan. Alhamdulillah kerana sebelum keluar dari Iskandariah saya sempat membeli 'nasi mandi' di salah sebuah 'Hadhramot" di sana. Pengalaman berbuka puasa di tepi lebuh raya Alexandria - Cairo cukup indah untuk dikenang.




Sama-samalah kita doakan agar pelajar ini segera kembali pulih.

Rabu, 25 Ogos 2010

PERJUMPAAN MANDUB MUHAFAZAH SELURUH MESIR - 24 OGOS 2010

Jam 9 pagi , bertempat di bilik mesyuarat Asrama Darul Aman 3, saya bersama-sama Pemangku YDP MKKK Us Zahran bertemu Mandub Muhafazah seluruh Mesir.




Sebelum meninggalkan mesyuarat untuk diteruskan PemangkuYDP, saya berkesempatan merakamkan penghargaan terima kasih bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah kepada semua mandub yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam menjayakan segala perancangan pihak pentadbiran PHEPKTT sepanjang mereka menjalankan amanah sebagai mandub dan khasnya dalam menjayakan Majlis Ramah Mesra Bersama YAB MB baru-baru ini. Saya juga sempat membuka sesi soal jawab bersama mereka.

Ahad, 22 Ogos 2010

FADHILATUS SYEIKH ASYRAF HAMED HASSANIN MOHAMED KE MALAYSIA

21 Ogos 2010, saya menjemput Fadhilatus Syeikh Asyraf, salah seorang ulamak Azhar dan guru yang setia mengajar anak-anak Malaysia khasnya dari Kedah di rumahnya yang terletak berhampiran Universiti Al Azhar - Darrasah dan menghantar beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Bersama beberapa orang murid Syeikh yang rapat, malam itu Syeikh bertolak ke Malaysia untuk lawatan ke beberapa negeri di sana. Syeikh dijadual akan berada di Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Perlis dan Kedah. Selain menjadi imam jemputan, beliau juga dijadualkan menyampaikan tazkirah dan ceramah.





Semoga Fadhilatus syeikh selamat pergi dan balik.

Jumaat, 20 Ogos 2010

11 - 19 OGOS 2010 - LAWATAN YAB MB KE ARAB SAUDI

AL-MADINAH AL-MUNAWWARAH





Istimewa juadah berbuka di Masjid Nabawi




Maqam Rasul SAW
Raudhah
Masjid Quba'

Di kebun kurma bersama TuanGuru Hj Rahim
Bersama Tn.Hj Abdul Rahman Ismail dan Tn Syeikh Zainol Jamal
Maqam Syuhada'- Uhud


Di atas "bukit pemanah"

Bersama pelajar Universiti Islam Madinah
Menanti saat berbuka di 'sahah Masjid Nabawi'

Ramah mesra YAB MB bersama pelajar Madinah




Tidur selepas subuh di Masjid Nabawi


MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Dalam perjalanan ke Mekah selepas niat Umrah di Miqat Bir Ali



Berbuka dalam perjalanan ke Mekah

Bersama Tuan Guru Hj Rahim dan Tn Syeikh Ismi Anuar

Baru sampai - ketika solat tarawih di penghujung


Sa'ie 







Menunggu berbuka di Masjidil Haram



Tamar, Qohwah Saudi dan Air Zam Zam

Mercu tanda terbaru berhampiran Masjidil Haram

Di atas bumbung Masjidil Haram


Di Jabal Rahmah



Di Miqat - Masjid Ji'ranah



Suasana selepas solat tarawih




Ybhg.Tn Hj Abdul Rahman dan YB.Yusof Husin


Minum di D'Saji - Restoran milik Felda dan Tabung Haji di Sofwah Tower


Dalam teksi ke Airport Jeddah



Salah satu mercu tanda
 

Sebelum "check in" di Airport Jeddah


Bersama seorang usahawan dari Kelantan

Sejurus sebelum menaiki pesawat



Matahari hampir tenggelam

Juadah "selamat pulang"....Alhamdulillah

Bergaya dengan jubah dari Saudi