Jumaat, 29 Oktober 2010

PERJUMPAAN "KELUARGA" DI RUMAH NEGERI SEMBILAN

Tanggal 29 Oktober 2010, perjumpaan kelab KELUARGA telah diadakan kediaman Pegawai HEP Negeri Sembilan. Hampir semua ahli hadir dengan keluarga masing-masing disambut mesra tuan rumah Tn Hj Zain dan isteri. Yang paling seronok tentulah anak-anak yang tak sabar2 nak makan pelbagai juadah yang disediakan secara "potluck" yang memang dah disepakati ahli "KELUARGA" sejak awal dulu...

Selain yang diraikan pada malam itu, mereka yang menyambut hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan, turut diraikan adalah mareka yang akan berlepas ke tanah suci Mekah kerana menunaikan ibadah haji pada tahun seperti Peg HEP Pahang dan isteri, Dato' Prof Madya Dr Hasan Basri,Pengarah DMS dan juga En Daud Pembantu Kewangan di Pejabat Pegawai HEP Selangor.












Kepada mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran, moga sentiasa dalam rahmat  serta kasih sayang Allah selalu dan kepada yang menyambut ulang tahun perkahwinan, moga yang bertambah hanya kebahagiaan...dunia n akhirat, dan kepada yang jadi tetamu Allah di tanah suci Mekah, semoga memperolehi haji yang mabrur. Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah dan semua yang memberokan komitmen  hadir. Moga jumpa lagi.

Khamis, 28 Oktober 2010

KERETA AVANZA...KEMALANGAN!

Tanggal 27hb Oktober 2010, hari saya sampai dari Malaysia, sebelah malamnya, ketika kereta "hak kerajaan" - Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Toyota Avanza dipandu pelajar dalam perjalanan membeli barang-barang keperluan untuk dua rumah tamu yg juga milik Kerajaan Negeri Kedah di sini, kereta Avanza yang cukup setia itu telah terlibat dalam kemalangan yang agak terok dengan sebuah kenderaan dipandu warga tempatan.



Walaupun keadaan kenderaan kita itu kerosakannya agak besar, tetapi syukur Alhamdulillah kerana semua yang berada di dalamnya selamat. Waktu kejadian malam itu, saya sedang berehat di rumah setelah kepenatan dalam penerbangan.

DI MALAYSIA 20 - 27 OKTOBER 2010

Setelah berlalu lebih 8 bulan, Allah takdirkan rezeki saya untuk balik sekejap ke tanah air. Saya dibenarkan majikan untuk pulang menghantar seorang pelajar 'banat' dari Iskandariah yang memang dah lama menanti tarikh sesuai untuk pulang ke tanah air bagi terus mendapat rawatan di sana. Alhamdulillah, setelah sekian lama menerima rawatan di Mesir akhirnya keadaan 'stabil' yang dinanti-nanti tiba jua.

Saya bertolak pulang dengan anakanda "Jannah" yang menjadi amanah saya ini bersama beberapa orang pelajar lain yang kebetulan balik Malaysia pada malam yang sama. Saya menaiki penerbangan EgyptAir yang memang tak perlu transit kat mana-mana sebagai langkah bagi mengelak sebarang masalah. Alhamdulillah saya selamat sampai ke KLIA tanpa masalah dan secara kebetulan saya bertemu Ybhg.Pengurus Besar YINK dan sama-sama pulang ke Alor Setar dalam penerbangan yang sama. Ramai ahli keluarga yang menyambut di airport khasnya keluarga Jannah selain keluarga saya sendiri. 
















Selain saya lapor diri masuk ofis di YINK, saya sempat bertemu YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, memberi laporan dan sempena kedatangan Aidil Adha, saya juga mengambil kesempatan memohon 2 ekor lembu untuk ditumbangkan pada Aidil Adha akan datang. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Seri kerana berkenan meluluskan permohonan.









Saya juga sempat selesaikan beberapa masalah lain termasuk ke Lembaga Maktab Mahmud  bertemu Ustazah Rokiah Ketua sektor Lembaga Maktab Mahmud, dan Us Ridzuan Penolong SU Jabatan Zakat dan Us sofiyuddin Pegawai Agihan Jabatan Zakat ng Kedah selain sempat jenguk dan jumpa kawan-kawan lama di Maktab Mahmud Alor Setar dan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah khasnya di Bahagian Pelajaran. Sayangnya, ketika saya cuba bertemu Ybhg. Dato' Pengarah, saya difahamkan Dato' berada di luar Kedah.










Semasa saya berada di Kedah juga selain bertemu dan melepaskan rindu dengan Mama. Ayah dan adik, abang, kakak serta anak-anak saudara, saya juga sempat menunaikan hasrat Mama untuk menziarahi beberapa keluarga saudara mara saya di  Alor Setar dan kawasan yang berdekatan dengannya. Saya sempat bawa Mama dan Kak Mi ke rumah P Cik Rahman Cik Mariah di Alor Setar, Pak Ngah Mat Mak Ngah Siah di Kubang Jawi, Pak Lang Mansor Mak Lang Yam di Buloh Lima dan Pak Teh Zan Mak Teh Norehah di Desa Seraya dan Mak Njang Midah di Taman Jalan Gangsa. Selain itu, saya juga sempat menerima pelawaan rakan-rakan lama bermain badminton di Dewan Dato' Syed Omar di sebelah malam di samping melayan oghang ghumah dan anak-anak melaui skype.















 
Saya selamat sampai pada pagi 27hb.Oktober disambut oleh Pembantu Tadbir PHEPKTT di airport setelah dihantar adik saya Syeikh Mohd Naim yang juga bertugas satu bumbung dengan saya di JHEAIK selain Mama, Kak Mi dan Abang Kadir sekeluarga yang bersusah payah menghantar ke airport.


 


Sehingga kita berjumpa lagi Mama....Mudah-mudahanAllah panjagkan umur kita semua. Aameen.