Jumaat, 8 Oktober 2010

RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tanggal 6 Oktober 2010, saya hadir ke Rumah Malaysia, kediaman rasmi TYT Duta Besar di Mohandiseen bersama rakan-rakan pegawai yang lain dalam Majlis Ramah Mesra Bersama YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang diadakan selepas solat Maghrib berjamaah di situ. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan itu hadir merasmikan Asrama Wilayah yang telah berlangsung pada siangnya di Asrama Wilayah Persekutuan Kaherah di Haiyyu Sabieik Madinat Nasr di sini.

YB Menteri banyak menyentuh tentang perkembangan Islam di Malaysia dalam ucapannya di hadapan hampir semua pegawai-pegawai dari KBMK, JPMK, HEP Negeri serta lain-lain agensi yang hadir bersama pada malam itu. Satu sesi dialog juga turut diadakan di hujung program.


 

 
Seperti biasa, majlis berakhir dengan jamuan makan malam bersama YB Menteri sebelum bergambar kenangan dan bersurai.

Tiada ulasan: