Rabu, 16 September 2009

MAJLIS IFTHOR PERDANA 2009

Salam Ramadhan dari kejauhan...

Antara program akhir Ramadhan 1430, Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah mengadakan Majlis Ifthor Perdana 2009. Alhamdulillah kerana kita mendapat tajaan penuh Manyalawi for Engineering & Contracting bagi menjayakan ifthor perdana ini. Mr. Manyalawi adalah kontraktor bangunan Asrama Darul Aman 3, bangunan yang saya duduki sekarang. Program ini diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Tabung Derma, salah satu dari badan-badan di bawah MKKK.

Gotong royong di Darul Aman - Haiyyu 'Aashir

Antara 'tenaga' yang sudi menyumbang...

Lentur buluh biar dari rebungnya...

Exco bertanggungjawab Badan Kebajikan dan Tabong Derma MKKK

Selain kita menjemput anak-anak Kedah di seluruh Mesir untuk berbuka bersama, kita juga mengundang VVIP dan VIP yang terdiri dari Kuasa Usaha Sementara KBMK, Pengarah JPMK, pegawai-pegawai KBMK, JPMK, JPA, Rumah-rumah negeri, Agensi-agensi serta ahli keluarga masing-masing.

Antara kumpulan pelajar 'furuk' terawal yang sampai...dari Zaqaziq

Bersama kumpulan pelajar perubatan yang baru 3 hari sampai..ahlan wa sahlan!

Bersama sebahagian pegawai yang hadir...JPA, KBMK dan Peg. Selangor dan Johor

Tetamu lelaki VVIP dan VIP berbuka dengan tamar dan sedikit kuih setelah bertahlil beramai-ramai bersama pelajar-pelajar di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha'. ManakalaVIP wanita berbuka dan solat Maghrib di rumah tamu tingkat 11.


Mengaminkan doa tahlil.

Selamat berbuka...jamuan ringan sebelum solat

Meriah di bilik jamuan ringan VIP...

Selepas solat Maghrib berjemaah, semua pelajar diedarkan makanan berat berupa nasi tomato dan ayam masak merah. Pelajar lelaki menikmati jamuan mereka di Dewan, sementara pelajar perempuan pula di tingkat-tingkat kediaman mereka masing-masing.

Sebenarnya jamuan ini disediakan oleh urusetia masakan MKKK yang ditentukan Badan Kebajikan dan Tabong Derma yang memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam masak memasak...urusetia yang dibantu secara gotong-royong oleh rakan-rakan mereka ini bertungkus lumus membuat persediaan sejak dari malamnya lagi di Asrama Darul Aman 2 Haiyyu 'Aasyir...kemudian berpakat pula menyediakan masakan pada paginya..Saya melihat kesungguhan mereka bekerja..Benar kata orang..yang berat menjadi ringan..yang sukar menjadi senang..dengan kesepakatan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua...bukan sahaja kerja dapat disiapkan lebih cepat,bahkan ia mengukuhkan lagi silaturrahim dan ukhuwwah yang sudah sedia terjalin.....Ni yang Abah sayang ni...

Meja utama

Mereka yang memilih duduk di kerusi yang disediakan

Antara pegawai yang santai melepak ..makan sambil borak beramai-ramai

Kaum Ibu dan anak-anak...lebih selesa duduk

Berbalik kepada kisah jamuan tadi...Para tetamu VVIP dan VIP, lelaki dan wanitanya, beserta keluarga masing-masing, dijemput menikmati jamuan nasi di tingkat atas sekali 'sutuh'...Suasana berlainan sekali di atas "bumbong bangunan" yang disiapkan sedemekian rupa..dengan pemandangan yang indah..ditambah pula tiupan angin sepoi-sepoi bahasanya..menjadikan jamuan malam itu sungguh menyelerakan..di samping nasi tomato dan ayam masak merah yang disediakan oleh MKKK, para tetamu juga turut 'dihadiahkan' nasi mandi beserta seekor kharuf tajaan Mr Manyalawi..selain sedikit 'halawiyat' dan buah-buahan pencuci mulut.

Nasi Mandi dan "Kharuf"

Masak Merah dan Acar

Ada buah-buahan dan 'halawiyyat'

Suasana berbeza daripada berbuka di rumah sendiri, mau pun di hotel-hotel terkemuka..anak-anak bebas berlari kerana ruangnya yang luas..para ibu pula senang bersila mengadap jamuan sambil berborak dengan rakan-rakan...Nampak benar mereka berpuas hati dengan hidangan dan 'persembahannya' pada malam itu...

Bergambar kenangan di " Puncak Rumah Kedah"

Mereka yang bernama isteri dan ibu...

Bersama Mr. Manyalawi dan Us. Zulkifli, Attache baru JPMK

To Mr Manyalawi, thanks a lot for the donation. Buat semua jemputan..terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis ini..maaf jua dipohon di atas segala kekurangan...Untuk semua anak Abah, baik banin maupun banatnya, khususnya AJK dan Urusetia pelaksana - MKKK...Tahniah! Abah ucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang kalian tunjukkan...Allah jualah sebaik-baik pemberi ganjaran..amin... Moga keberkatan Ramadhan tahun ini akan bertambah buat kita semua...Moga kitalah orangnya beruntung itu..kerana berjaya menggapai janji-janji Allah SWT pada bulan yang agung ini...aaamin ya Rabbal 'aalamin.

Untuk semua anak Abah di sini....,Sekali lagi... Abah bangga dengan kalian..!!


Tiada ulasan: