Isnin, 8 Mac 2010

RAMAH MESRA BERSAMA PEGAWAI KHAS YAB MB

Salam rindu dari kejauhan..

Tanggal 8hb Mac 2010, satu majlis ramah mesra bersama Ybhg.Ustaz Hasan Razak, Pegawai Khas Perhubungan Awam Dan Politik kepada YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman telah diadakan bertempat di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha'Asrama Darul Aman 3.

Sebenarnya, saya telah bertemu secara kebetulan dengan Ybhg.Ustaz dan ahli rombongan dalam penerbangan EgyptAir dari KLIA ke Mesir sewaktu pulang dari tugasan menghantar pelajar sakit tenat baru-baru ini. Turut bersama dalam rombongan ahli lembaga pengarah Kumpulan Ladang iaitu sebuah anak syarikat di bawah kerajaan negeri itu termasuklah Ybhg.Ustaz Abu Kasim Abdullah, Tuan Hj Salim dan lain-lain. Sebelum hadir dalam program ramah mesra yang diatur sebelah malam itu, semua ahli rombongan hadir di rumah saya untuk minum petang.

 
 
Alhamdulillah ramai pelajar Kedah yang ikut dalam program ramah mesra yang diatur khasnya penghuni-penghuni asrama. Ybhg. Ustaz juga sudi melayani beberapa soalan yang diajukan oleh anak-anak Kedah di sini. Jamuan makan malam diadakan di kediaman pegawai dengan hidangan "nasi mandi" dan lain-lain.





Semoga semua yang hadir berjaya mengambil iktibar dari ucapan dan penjelasan yang disampaikan oleh Ybhg,Ustaz khususnya pesanan-pesanan dari YAB Dato' Seri MB Ustaz Azizan Abdul Razak.

Tiada ulasan: