Rabu, 3 Mac 2010

TAFAQQUH BERSAMA FADHILATUS SYEIKH NURUDDIN MARBU ALBANJARI ( 16 FEB - 2 MAC 2010 )

Salam rindu dari kejauhan..

Bermula 16hb Februari sehingga 2 Mac 2010 Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Fadhilatus Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari kembali menyemarakkan semula taqwim pengajian turath anak-anak Kedah di Lembah Nil ini. Sebagaimana lazim sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bila tiba bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW Rabiul Awwal, Syeikh Nur pasti akan sampai di Kaherah dan mencurahkan ilmunya kepada anak-anak Al-Azhar di sini. Syukur Alhamdulillah kerana destinasi Syeikh Nur tetap di Rumah Kedah..



Setiap kali Syeikh Nur bertandang ke sini sama ada dalam bulan Rabiul Awwal maupun dalam bulan Ramadhan, sambutan yang diberikan anak-anak Malaysia di sini terhadap kuliah yang disampaikannya memang sangat memberangsangkan sekali. Beliau konsisten menyampaikan kuliahnya pada setiap lepas Asar dan Isyak setiap hari dan kuliah khas untuk muslimat pula pada setiap Jumaat.




Manakala dalam perkembangan yang berkaitan, bermula pada tanggal 22hb Februari Fadhilatus Syeikh Asyraf Hamid Hasanain memulakan pengajian kitab Hadis 40 - Alfawaid Aljakfariyyah yang diadakan setiap malam Selasa selepas solat Maghrib. Beliau telah diraikan pada malam perasmian kuliah pertamanya menggunakan kitab yang baru itu dalam jamuan makan malam di kediaman pegawai.


Semoga semua kita tidak terkecuali dari mendapat curahan ilmu para ulama dan memperolehi doa dan nasihat-nasihat Ugama dari mereka. Sesungguhnya bertuahlah hidup mereka yang mendampingi para ulama yang ikhlas dan amanah dalam mencurahkan ilmu mereka...Dan, malanglah bagi mereka yang memencilkan diri dari para ulama!!.....Sesungguhnya ulamalah pewaris para Nabi!..

Tiada ulasan: