Jumaat, 25 Jun 2010

PERJUMPAAN - KELUARGA - KALI KE 5

24 Jun 2010, malam Jumaat yang berkat, seusai solat Maghrib, saya bersama rakan-rakan Pegawai HEP Negeri seperti Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Pahang termasuk Pengarah DMS Prof Madya Dr. Hasan Basri serta keluarga masing-masing berhimpun di kediaman Pegawai HEP Pahang untuk menyempurnakan perjumpaan KELUARGA kali ke 5 seperti yang diputuskan dalam perjumpaan yang lalu yang selamat diadakan dengan jayanya di kediaman Pegawai HEP Johor. Pegawai HEP Sabah Us Sabli dan Pegawai HEP Melaka En.Roslan tidak dapat bersama kerana sibuk melayan rombongan kerajaan negeri masing-masing yang baru tiba dari tanahair.

Perjumpaan kali ini sebenarnya penuh makna bagi saya dan isteri kerana  telah diraikan dengan potongan kek dan cenderamata dari KELUARGA kerana baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17 pada 2 Jun yang lepas. Turut diraikan Us.Hj.Kamal Pegawai HEP Terengganu yang menyambut hari lahir baru-baru ini selain Us.Hj.Abdul Halim Pengerusi KELUARGA sendiri yang juga baru menyambut kelahiran cahayamata. Turut diraikan sebenarnya, Pegawi HEP Melaka yang akan berlepas pulang ke Malaysia besok setelah menamatkan tugas beliau di sini. Sayangnya, beliau tidak dapat bersama atas komitmen lebih penting dengan rombongan kerajaan negeri.




Selain hidangan  secara potluck yang disediakan keluarga masing-masing seperti biasa, saya tumpang mengadakan sedikit kenduri kawarik yang dimasak sahabat lama saya Ustaz Halim sutuh, kakitangan di pejabat Pegawai HEP Pahang yang memang terkenal pakar sup kaki kambing itu. Selesai solat Isya' berjemaah di surau Asrama Pahang, majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi KELUARGA dan diikuti majlis tahlil yang disempurnakan oleh Pegawai HEP Terengganu sebelum yang hadir dijemput menjamu selera. Mengakhiri majlis malam itu, diadakan acara potong kek dan penyampaian cenderahati kepada semua yang diraikan.














Untuk tujuan rekod, beberapa orang ahli KELUARGA akan pulang bercuti panjang di Malaysia termasuk Peg.HEP Pahang sekeluarga, Peg.HEP Terengganu sekeluarga dan juga Pengarah DMS dan keluarga. Perjumpaan kali ke 6 pula belum diputuskan. Kepada Us. Farid Pegawai HEP Pahang yang sudi menjadi tuan rumah, terima kasih daun keladi dan diucapkan selamat bercuti!!..Beliau akan pulang bercuti pertengahan Ramadhan nanti.

Tiada ulasan: