Selasa, 13 Julai 2010

GILIRAN BANIN KUIN PULA

Tanggal 13hb. Julai 2010, setelah banat KUIN diraikan dengan jamuan makan tengahari sempena kepulangan kumpulan pertama KUIN baru-baru ini., hari ini tiba giliran banin KUIN pula sebagai melunasi apa yang saya janjikan kepada mereka tempoh hari.

Oghang ghumah sediakan menu "gulai ikan kembong" , " ayam goreng berempah"  dan "sayur campur"selain ulam gergir dan buah anggur. Selain anak-anak banin KUIN yang kini tinggal 9 orang setelah 5 berlepas pulang baru-baru ini, turut bersama makan tengahari hari itu Us Man Syria.

 
 

 
Selesai makan, saya menerima kejutan dipersilakan menerima tanda ingat dari ketua pelajar KUIN yang datang ke Mesir kali ini, Akhi Shahrizan.

 
Buat anak-anak KUIN, moga berjaya dan terus berjaya....



Tiada ulasan: