Isnin, 5 Julai 2010

SELAMAT KEMBALI - FROM H7 TO H10

Tanggal 3 Julai 2010, detik perpindahan pun tiba buat semua penghuni rumah transit yang telah berbulan-bulan meninggalkan Asrama Darul Aman 2 yang dikosongkan untuk dibaikpulih oleh kontrakror yang dipilih Kerajaan Negeri Kedah.  Sementara bangunan asrama yang dibaikpulih dengan kos RM1 juta itu selesai dibaiki, semua penghuninya ditempatkan sementara di bangunan 7 tingkat yang disewa sekitar LE 40 ribu sebulan.


Meja, katil dan almari dilerailkan satu persatu oleh pekerja-pekerja yang dihantar oleh pihak kontraktor. Kitab-kitab dan barang-barang kecil dimasukkan ke dalam kotak dan dilabelkan. Semua barang diangkut secara berperingkat-peringkat dengan lori. Saya telah awal-awal lagi berpesan supaya semua penghuni mengambil langkah perlu untuk menjaga barang masing-masing dari hilang khususnya wang, pasport maupun dokumen-dokumen penting lain. Saya juga mengarahkan agar sebaik sahaja kotak-kotak buku dipindahkan, penghuni juga hendaklah ikut berpindah untuk memastikan kotak-kotak buku yang bukan sedikit jumlahnya itu selamat. Terdapat kes sebelum ini, kotak-kotak kitab yang dilaporkan hilang ditemui di Atabah dan kitab-kitab yang hilang terpaksa dibeli sekali lagi oleh pemiliknya sendiri dengan  nama pemilik tertulis kemas di dalamnya.


 

 




 


Semoga semua penghuni Asrama Darul Aman 2 sama ada yang balik dari rumah transit  maupun yng bakal masuk menjadi penghuni baru dapat sama-sama memastikan asrama ini terjaga, bersih, selamat dan sentiasa sedap dan sejuk mata memandang...Pohon agar semua peralatan asrama dijaga dengan baik...."Rumahku Asramaku, Asramaku Rumahku...!"

Tiada ulasan: