Jumaat, 4 Jun 2010

MESYUARAT SEMINAR GERAK USAHAWAN SISWA UNTUK PELAJAR-PELAJAR IPT MALAYSIA DI MESIR

Tanggal 3 Jun 2010. saya menumpang kereta Pegawai HEP Wilayah Persekutuan En. Yahya ke Asrama Malaysia Abbasiah untuk menghadiri Mesyuarat Seminar Gerak Usahawan Siswa Untuk Pelajar-Pelajar IPT Malaysia Di Mesir kali k 2 yang diadakan di Bilik Mesyuarat ARMA. Turut bersama menumpang Estima Peg WP termasuk Peg HEP Perak dan Peg HEP N9.

Mesyuarat turut disertai Pengurus Besarl Institut Pembangunan Pengurusan Johor iaitu anak syarikat di dalam Kumpulan Johor Corporation Tn.Hj.Zamri yang diberi peluang menjelaskan panjang lebar berkaitan program berkenaan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Prof Madya Dr Jamil Hashim itu turut dihadiri Pegawai-Pegawai JPMK, Pegawai HEP negeri-negeri selain Peg HEP MARA..







Seminar ini dicadangkan pada 31 Julai, 1 dan 2 Ogos akan datang, dengan tiga lokasi dipilih iaitu Kaherah, Iskandariah dan Mansurah. Setiap rumah negeri akan membekalkan 60 orang pelajar untuk ketiga-tiga lokasi  dalam seminar itu dengan 20 pelajar di setiap lokasi. Pelajar yang menyertai seminar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran, bahkan semua kos ditanggung oleh pihak penganjur termasuk di akhir program peserta-peserta akan diberikan sijil-sijil penyertaan.

Kepada anak-anak Kedah yang ingin menyertai seminar sehari suntuk ini, bolehlah segera menghubungi pejabat pegawai untuk tujuan pendaftaran dengan memberikan nama, no. kad pengenalan dan no. telefon. Untuk perhatian anak Kedah , tempat adalah terhad dengan hanya 20 peserta di Kaherah, 20 di Iskandariah dan 20 di Mansurah.  Kepada anak-anak  selain Kedah yang mempunyai pegawai HEP, sila hubungi pegawai berkenaan. Manakala bagi negeri-negeri seperti Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak yang tidak mempunyai pegawai HEP, bolehlah menghubungi BAKAN untuk urusan pendaftaran.

Rabu, 2 Jun 2010

PERJUMPAAN "KELUARGA" KALI KE 4 -

Tanggal 29 hb. Mei 2010, Sabtu yang cerah, saya bersama isteri menumpang kereta  Pegawai HEP Pahang yang turut membawa isteri beliau ke Pusat Bowling Antarabangsa Cairo mengikuti pertandingan bowling persahabatan antara ahli KELUARGA. Pertandingan ini juga diatur untuk meraikan perpisahan dengan En.Roslan, Pegawai HEP Melaka yang akan bertukar balik ke Bandar Melaka tidak berapa lama lagi. Turut memeriahkan pertandingan termasuklah Peg HEP Wilayah Persekutuan, Peg. HEP Johor dan isteri, Peg. HEP Selangordan isteri dan juga Peg. HEP Perak yang baru menjadi ahli KELUARGA.











Malam Ahad, semua ahli KELUARGA hadir di rumah Peg.HEP Johor, Ustaz Ahmad Hanif termasuk ahli-ahli baru KELUARGA seperti Peg.HEP Perak Us.Muhaimin dan juga Prof Madya Dr. Hasan Basri. Peg.HEP Sabah Us.Sabli yang juga SU Agung KELUARGA tak dapat turut serta malam itu kerana sedang berada di Iskandariah untuk satu tugasan rasmi.

Konsep 'pot luck' terus menjadi pilihan dengan masing-masing membawa juadah dari rumah sendiri untuk dikongsi beramai-ramai. Syukur Alhamdulillah, rezeki cukup murah dan makanan sangat makmur sekali. Dari kuih muih, kek, buah, mee kuah, mee sup sampailah ke nasi berlauk...semua ada!












Satu sesi taaruf ringkas telah diadakan sebelum jamuan makan, dengan peg HEP Perak yang masih muda trang tang tang bangun memperkenalkan dirinya. Kemudian disusuli majlis potong kek oleh pasangan Us.Fared Peg HEP Pahang dan isterinya Ustazah Ramiza yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11 baru-baru ini. Turut diraikan adalah beberapa kanak-kanak yang menyambut hari lahir pada  April dan Mei termasuk anak saya Mubarak. Ceria sakan kerana bukan sahaja dapat potong kek, dapat hadiah lagi!!











Oleh kerana SU Agung tak dapat hadir, mesyuarat yang selalunya berlangsung di hujung perjumpaan terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan minit mesyuarat lalu. Bagaimanapun, keputusan telah diambil untuk mengadakan perjumpaan KELUARGA kali ke 5 di kediaman Pegawai HEP Pahang, Us Fared di Haiyyu 'Asyir pada 25 Jun akan datang dengan pelawaan  dari beliau sendiri.

Selasa, 1 Jun 2010

MENCARI SITI KHADIJAH

Ketika wanita-wanita muslimah zaman ini kelihatan masih tercari-cari ikon  wanita sejati untuk dijadikan idola kehidupan, sedang sebahagian lain pula begitu berbangga menjadikan wanita barat sebagai kiblat dan qudwah, mereka ini bagai terlupa kepada seorang insan mulia yang telah diabadikan sebagai wanita terbaik bernama Siti Khadijah Binti Khuwailid RA. Sesungguhnya, dialah wanita pilihan yang sejati sebenarnya..!

Siti Khadijah RA jauh sebelum bergelar isteri kepada Rasulullah Muhammad SAW, telah dikenali sebagai wanita yang cantik berketurunan mulia yang cukup indah budi pekerti. Bahkan, Siti Khadijah RA digelar "At Tohirah" atau wanita yang suci!! Suci sejak lama sebelum menjadi isteri Nabi SAW.

Sucinya hati, sucinya nurani, sucinya peribadi sesuci cinta dan kasih sayangnya kepada Nabi Muhammad SAW, apabila Siti Khadijah RA yang kaya raya ini sedikitpun tidak menjadikan hartanya yang banyak itu untuk jadi sombong dan bangga diri atau bersikap "tuan" kepada suami yang dulunya sekadar pekerja biasa dalam syarikat besar import eksport miliknya sendiri..... 

Bayangkan kasih sayangnya yang cukup tulus jauh sebelum Nabi SAW diangkat menjadi Nabi. Nabi  SAW mengahwini Siti Khadijah ketika usia Baginda mencecah 25 tahun, sedang Baginda diangkat menjadi Nabi hanya ketika berumur 40 tahun. Sirah menceritakan bagaimana Siti Khadijah  RA mewakafkan segala-gala miliknya pada perjuangan suci suaminya sejak mula lagi. Sepertimana beliau tidak pernah merungut ketika ditinggalkan sewaktu Nabi SAW ke Gua Hira' bertahannuth bersendirian mencari hakikat diri dan Tuhan, seperti itulah beliau tabah menyediakan segala keperluan Nabi SAW untuk ke sana bila sampai masanya.

Ketika Nabi SAW pulang setelah diangkat menjadi Nabi dan menerima wahyu pertama dari Jibril AS, Nabi SAW pulang dalam keadaan kecut muka dan ketakutan; "zammiluuni..zammiluuni.." "Selimutkan aku... selimutkan aku!!" pinta Nabi SAW pada isterinya. ...., Siti Khadijah RA isteri cerdik dan bijaksana, cepat-cepat selimutkan Nabi SAW dan berikan kata semangat kepada suaminya yang tercinta itu sambil berkata; " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya. Kerana sungguh engkau suka menyambung silaturahim, menanggung keperluan orang yang lemah, membantu orang yang tidak punya, menjamu dan memuliakan tamu dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran.” (HR. Muttafaqun ‘alaih)..."

Dalam satu kisah, suatu hari isteri Nabi (yakni Siti ‘Aisyah RA) berkata, “Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi SAW seperti cemburuku pada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya, akan tetapi Nabi SAW selalu menyebutnya.” (HR. Bukhari)

Suatu ketika, Siti ‘Aisyah RA berkata kepada Rasulullah SAW setelah Nabi menyebut-nyebut nama Siti Khadijah RA, “Seakan-akan di dunia ini tidak ada wanita lain selain Khadijah?!” Maka Nabi SAW pun bersabda kepada ‘Aisyah, “Khadijah itu begini dan begini.” (HR. Bukhari)

Dalam riwayat Ahmad pada Musnadnya disebutkan bahawa yang dimaksud dengan “begini dan begini” adalah sabda Nabi SAW: “ Dia beriman denganku ketika semua orang kufur, dia membenarkan aku ketika semua orang mendustakanku, dia memberikan aku hartanya ketika semua orang mengharamkan (menghalangi) aku dan Allah memberiku rezeki berupa anak darinya.” (Mazin bin Abdul Karim Al Farih  dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Sesungguhnya Siti Khadijah RA dengan segala apa yang telah diabadikannya dalam kehidupan sebagai isteri kepada Rasulullah SAW,.... bermula dari cinta sucinya, keikhlasannya, kasih sayangnya, ketabahannya, ketaatannya hinggalah perjuangan dan pengorbanannya telah melayakkannya menjadi wanita yang dirindui syurga...Sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, Jibril AS mendatangi Nabi SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah, inilah Khadijah yang datang sambil membawa bejana yang di dalamnya ada lauk atau makanan atau minuman. Jika beliau datang, sampaikan salam kepadanya dari Rabb-nya, dan sampaikan berita kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, yang di dalamnya tidak ada suara hiruk pikuk dan keletihan.”

Justeru, para muslimah...saudari-saudari sekalian, malanglah andai kita masih tidak ingin menjadi wanita bertuah seperti SITI KHADIJAH RA.... seorang Wanita Yang Dirindui Syurga!!

Untuk tujuan rekod, saya telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk MENCARI SITI KHADIJAH di Markaz PERWAKILAN Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada 26 Mei 2010. Catatan di atas adalah termasuk tambahan kepada isi ceramah yang telah saya sampaikan.

Menandatangani Buku Pelawat

Isteri yang setia menemani bersama SU PERWAKILAN Puan Ida

Sorrylah..kalau agak emosi!!

Menerima "tanda ingat" dari oghang besaq  PERWAKILAN Puan Noni

Semoga ia sebuah perkongsian bermanfaat dari dunia sampai akhirat...Wallahu A'lam.