Sabtu, 3 Julai 2010

DARI "RUMAH TAMU PAHANG" KE "RUMAH TAMU KEDAH"

Awal Julai, semua banat KUIN yang menumpang teduh di Ramah Tamu Pahang di Haiyyu 'Asyir sejak sampai dari Malaysia bagi mengikuti Program Jaulah Lughah Arabiah di Mesir tempohari, akhirnya berpindah ke Rumah Tamu Kedah di Asrama Darul Aman 3 Haiyyu Sabiek. Pegawai Pahang memaklumkan bahawa Rumah Tamu itu mesti dikosongkan untuk persedian menerima rombongan Kerajaan Negeri Pahang.

Dengan ditemani Ketua Asrama Darul Aman 3 Akhi Aminuddin, Saya ke "Haiyyu Thamin" menyewa sebuah lori bersaiz sederhana di "port lori" di  situ sebelum ke "Haiyyu Sabiek" dan dengan bantuan banin KUIN yang saya lihat cukup bertanggungjawab terhadap banat mereka, semua barang milik 19 banat KUIN itu seperti beg-beg pakaian, kotak-kotak buku dan lain-lain diangkut dan dipindahkan ke lori dengan pantas.
Selain beberapa orang banat yang menumpang saya pulang ke "Sabiek" dengan kereta, baki banat KUIN yang lain ditemani banin menaiki bas dari "'Asyir" ke Asrama Darul Aman 3 yang menjadi kediaman transit mereka sebelum berangkat pulang ke Malaysia tak berapa lama lagi. Kesemua mereka sebenarnya sedang menanti tarikh keberangkatan pulang secara berperingkat-peringkat dengan rombongan terakhir akan balik pada 21hb Julai nanti. Kursus Bahasa Arab di Markaz Fajr juga telah tamat dan masing-masing sudah pun menerima sijil.





Setelah banat KUIN selesai masuk ke "Rumah Tamu" di tingkat 11, saya menjemput banin KUIN yang berpeluh-peluh mengangkut beg dengan bantuan beberapa orang ikhwah penghuni Asrama Darul Aman 3 bertandang ke rumah saya. Selain berbual dan bertanya khabar, mereka diberi  peluang melepaskan gian bermain ping pong sebelum sama-sama menjamah sedikit hidangan ringkas yang disediakan "oghang ghumah". Meja ping pong milik peribadi saya itu memang saya bawa ke sini untuk tujuan riadah dan silaturrahim.






Khamis, 1 Julai 2010

JADUAL DAURAH SAIFIAH


Mai...Jangan tak mai!! Bayaran pun tidak dikenakan....

Daurah Saifiah

 
Menuntut Ilmu merupakan tujuan utama kedatangan para mahasiswa ke bumi Anbia' ini. Berita gembira buat para pencinta ilmu di bumi barakah ini, Pengajian Intensif Musim panas diteruskan lagi pada tahun ini. Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah ( PHEPKTT ) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah
( MKKK ) di bawah Badan Ilmiah dan Pengetahuan ( BIP ) berbesar hati menganjurkan pengajian ini di bawah bimbingan para Masyaikh Al-Azhar Asy-Syarif. Berikut adalah maklumat majlis  pembukaan Pengajian Intensif Musim Panas ( Daurah Saifiyyah ) dan Muhadhoroh Ilmiah bersama Fadhilah Syeikh Muhammad Ibrahim Abd Baa'ith Al-Kittaani.. Turut mengeringi beliau adalah penyelaras program dari Pejabat Rektor Al-Azhar, Fadhilah Syeikh Jamal Farouk.

Tarikh    : 29/06/2010
Hari       : Selasa
Waktu    : 6 petang
Tempat  : Dewan At-Tasamuh Wal- Ikha' , Asrama Darul Aman 3, Haiyyu Sabiek , Madinah Nasr, Kaherah.

Majlis Pembukaan ini telah dapat ditonton secara langsung menerusi http://www.almuttaqin.tv.


 

 
 
 

 
Maklumat susulan berkaitan jadual dan tenaga pengajar akan dimaklumkan selepas ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Mohd Khairul Abdan bin Baharudin : 011-8441325