Isnin, 10 Mei 2010

KURSUS BAHASA ARAB - UNIVERSITI INSANIAH MARKAZ FAJR, EGYPT

Tanggal Jumaat 7 Mei 2010, saya makan tengahari lebih awal bersama Dr. Bakhir di rumah sebelum membawa beliau solat Jumaat di Masjid Tantawi mendengar khutbah yang disampaikan bekas Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar Fadhilatus Syeikh Mu'thi Baiyumi. Saya memang selalu ke situ setiap Jumaat kalau saya tidak berada di luar Kaherah.

Seperti dijanjikan petang itu saya ke air port bersama Dr Bakhir untuk menyambut sejumlah 34 pelajar-pelajar Uni. Insaniah atau KUIN yang tiba dengan penerbangan Kuwait Airways penerbangan sama yang dinaiki Dr Bakhir sewaktu beliau tiba ke sini beberapa hari yang lalu. Setelah menunggu agak lama, akhirnya penantian saya dan Dr Bakhir pun berakhir juga....Mereka selamat sampai!! Wajah-wajah yang sudah letih kerana lama dalam penerbangan, bertukar ceria sebab akhirnya mereka dapat juga memijak bumi Anbiya' dan Auliya' yang banyak kali disebut Allah dalam AlQuran ini. Sebaik tiba di Haiyyu 'Asyir serta mengambil beberapa keping gambar kenangan  dekat Rumah Pahang, pelajar-pelajar KUIN yang bertuah ini  diagihkan makan tengahari yang ditaja oleh Pak Tam Syaari. Pelajar perempuan ditempatkan  di Rumah Pahang manakala pelajar lelaki di Rumah Sarawak. 








Hari berikutnya, saya setia membawa Dr Bakhir bertemu dengan anak-anak KUIN di Surau Rumah Pahang untuk sesi taklimat. Hampir tiga jam, taklimat dan soal-jawab bersama para peserta. Kebanyakan perkara dari proses perjalanan, pendaftaran kursus dengan pihak markaz, yuran pengajian, pengangkutan ke markaz, penginapan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan disentuh oleh Dr Bakhir. Sebagai Pegawai HEP Kedah, saya dijemput Dr untuk memberikan ucapan dan peluang itu diambil untuk menyentuh beberapa perkara yang perlu diketahui selain mengambil peluang mengucapkan ahlan wa sahlan kepada mereka.



Hari pertama para pelajar ke Markaz Fajr, masing-masing kelihatan begitu bersemangat. sebaik sampai di markaz pelajar perempuan dibawa ke bangunan yang dikhaskan untuk "banat sahaja", manakala pelajar lelaki dipersilakan ke bangunan lelaki. Saya dan Dr Bakhir  yang sebelum itu  disambut Ustaz Walid kenudiannya dibawa Ustaz Ahmad Ketua Bahagian Pengajian Bahasa melawat beberapa kelas yang pembelajarannya sedang berlangsung. Kami juga dibawa melawat Markaz Fajr Lil Banat. Cuma dilarang mengambil gambar dalam kelas yang dilawati. Setelah saya menjelaskan tujuan kenapa saya mahu mengambil gambar, saya akhirnya dibenarkan hanya mengambil gambar pelajar-pelajar perempuan KUIN yang ketika itu sedang menjalani ujian tahdid mustawa dan sebahagian yang lain sedang mengisi borang kemasukan.












































 
 
Saya dan Dr Bakhir juga berbincang panjang dengan Mudir Markaz iaitu  Dr. Walid  Al Johary yang turut mengambil kesempatan menunjukkan perkembangan markaz itu secara talian / internet melalui LCD yang dipaparkan di dinding pejabatnya. Tewas dengan pujukan Dr Bakhir, akhirnya Dr Walid memaklumkan pengurusan tertinggi markaz bersetuju yuran pengajian pelajar dikurangkan sebanyak USD800. Bermula dengan USD 6800 dan berakhir dengan persetujuan hanya USD 6000 sahaja yang mesti dibayar oleh 34 peserta / pelajar KUIN yang ikut kursus di markaz itu.











Semoga para peserta kursus Bahasa Arab KUIN di Markaz AlFajr akan benar-benar dapat menguasai Bahasa Al Quran ini apabila pulang ke Malaysia Julai nanti seperti yang diharap-harapkan.

Khamis, 6 Mei 2010

KEDATANGAN DEKAN FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI INSANIAH

Tanggal 4 Mei 2010, sekitar jam 2.30 petang saya ke Haiyyu 'Asyir menjemput Pak Tam Syaari dan langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah bagi menyambut Ybhg.Prof Madya Dr Mohd Bakhir Abdullah Dekan Fakulti Bahasa Arab Uni Insaniah atau KUIN.

Beliau menaiki penerbangan Kuwait Airways yang kebetulan tiba ke Kaherah bersama rombongan pelajar Uni Malaya yang datang ke sini untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Ain Syams dekat sini. Kebetulan saya bertemu Prof Madya Dr Hasan Basri yang datang menjemput kumpulan pelajar UM ini. Masing-masing kelihatan begitu bersemangat, apalagi semua kos ditanggung oleh UM.

 

 
Prof Madya Dr Mohd Bakhir sebenarnya datang awal untuk menguruskan kemasukan sejumlah 34 pelajar KUIN untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di Markaz Fajr sebuah pusat mempelajari Bahasa Arab yang terkenal sejak sekian lama di Mesir ini. Dari air port, saya membawa beliau ke rumah Pak Tam Syaari yang sudah siap menyediakan makan tengah hari. Tak sangka petang itu, saya dan Dr. Mohd Bakhir dijamu pelbagai jenis makanan Arab termasuk kabab, kuftah, ayam bakar, sup burung merpati selain aish, dan nasi.



Dr.Mohd Bakhir saya tempatkan di Tingkat 11, Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3. Hari kedua saya memberikan komitmen mengiringi beliau ke Markaz Fajr untuk berbincang dengan pihak pengurusannya berkaitan kursus tersebut. Sebelum itu, saya, bersama Pegawai HEP Pahang dan Pegawai HEP Sabah meraikan Prof Madya Dr Mohd Bakhir di sebuah Restoran Syai di Haiyyu Sabiek.. Markaz Fajr Li Taklimil Lughah li Ghairin Natiqina Biha terletak di Haiyyu Thamin. Agak lama juga saya dan Dr Bakhir berbincang dengan Dr Walid Al Johary , seorang sarjana berkelulusan Fakulti Undang-Undang yang cukup gigih mengusahakan markaz itu. Kami difahamkan di markaz itu terdapat beberapa orang guru berpengalaman yang sudah sampai ke tahap memiliki Phd. Pulang dari markaz, perut dah lama berbunyi...Alhamdulillah "oghang ghumah" dah siap menghidangkannya di atas meja.






Hari ketiga, saya mencari kesempatan membawa Prof Madya Dr Mohd Bakhir ke kompleks Haiyyu 'Aasyir yang menempatkan rumah-rumah negeri seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sarawak. Saya yang dah awal-awal berbincang dengan Peg HEP Pahang tetapi tak berjaya mencairkannya, mengesyorkan agar Dr Bakhir menggunakan bisanya untuk bercakap sendiri dengan Us Farid. Alhamdulillah atas skill tersediri Dr Bakhir dan hubungan yang lama antara mereka berdua akhirnya Us farid bersetuju menerima banat Insaniah di dua rumah tamu Pahang    Manakala pelajar lelaki pula ditempatkan di Rumah Tamu Sarawak setelah confirm Rumah Kedah yang sedang dibaikpulih belum boleh dimasuki dalam tempoh terdekat ini.



Besok saya akan ke air port bersama Dr Bakhir menyambut ketibaan pelajar-pelajar berkenaan.

Selasa, 4 Mei 2010

BERSAMA "HAMIL IL QURAN" DI SYUBRA

3 Mei 2010. Malam yang dijanjikan pun tiba, bertemankan Akh Subki, Setiausaha Agung Malis Kebajikan Keluarga Kedah serta anak sulung lelaki saya Muhammad, saya memandu ke Syubra, lokasi terletaknya institusi pengajian ilmu AlQuran iaitu Maahad Al-Qiraat Syubra Al-Azhar As-Syarif yang telah berjasa melahirkan para huffaz dari negara kita dan lain-lain.

Perjalanan ke Syubra selepas maghrib memang melelahkan disebabkan kesesakan lalulintas. Sememangnya di sini, malam adalah waktunya masyarakat Arab keluar bersantai dan membeli belah . Mandub pelajar Kedah Syubra Akh Muaz, anak TuanGuru saya di Maahad Mahmud Ustaz Husin menanti di Ramsis berhampiran Stesen keretapi. Bayangkan, dari Ramsis lebih setengah jam,  baru sampai ke Dewan DPM Syubra tempat perhimpunan berlangsung.




Banyak yang saya sentuh dalam ucapan menjelaskan beberapa persoalan termasuk masalah nama pelajar Syubra tahun satu yang masih juga belum naik nama mereka sehingga masuk waktu peperiksaan dan juga masalah pelajar banat Maahad Qiraat di Mansurah yang dihalang masuk peperiksaan oleh Mudirah Maahadnya yang cukup tegas itu. Pihak JPMK telah bertemu akhirnya dengan Syeikh Al-Azhar yang telah mengarahkan agar fail-fail pelajar ini diproses dan membenarkan semua mereka menduduki peperiksaan Dur Thani pada Julai nanti. Selain itu saya juga turut menerangkan tentang masalah pinjaman YINK dan juga bantuan Jabatan Zakat selain memberikan semangat dan motivasi agar anak-anak Syubra yang memang sedia cemerlang dalam keputusan tahun lalu dapat meneruskan rentak kecemerlangan.




Sebelum jamuan makan "nasi mandi" dari peruntukan yang disediakan untuk majlis itu, semua yang hadir telah sudi bergambar ramai kenang-kenangan. Turut serta dalam majlis, Pengerusi DPM Syubra Akh Naim pelajar tahun akhir dari Pulau Pinang.



Terima kasih untuk DPM Syubra, Mandub pelajar Kedah Syubra dan anak-anak Kedah Syubra yang turut bersama. Sehingga jumpa lagi.. :)