Isnin, 20 April 2009

BERTUKAR KE YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

19/4/2009 – Saya akhirnya melaporkan diri kepada Pengurus Besar YINK Tuan Haji Mohd Zuhdi Haji Saad sebagai pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah pertama yang ditempatkan secara pinjaman ke YINK untuk tujuan bertugas di luar negara setelah mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Saya dipinjamkan ke YINK sebagai Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir selama dua tahun mulai 01 Februari 2009 hingga 31 Januari 2011.

Saya juga telah diarah berangkat ke Mesir pada 09 Mei 2009 untuk segera memulakan tugas di sana. Saya telah dipertanggungjawabkan dalam pengurusan bangunan asrama, hal ehwal pelajar timur tengah (Mesir, Jordan dan Syria) selain kewangan di Mesir.

Kepada Allah SWT saya berserah diri, bersyukur atas segala nikmat dan limpah kurnia dan pohon taufiq dan hidayah sentiasa.

Kita hanya mampu merancang. Allah tentukan segala!

1 ulasan:

PENSYARAH AKADEMIK ILMU PENDIDIKAN IPGK PERLIS berkata...

Selamat berangkat syeikh, moga kita berjumpa lagi di masa hadapan. ana doakan moha ante sejahtera di sana. maaf ana tak dapat ke airport malam tadi, tak sanggup rasanya melihat ante berangkat.Wassalam.