Isnin, 18 Mei 2009

LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

Serentak dengan kedatangan saya ke Mesir, satu lawatan kerja diketuai Pengurus Besar dan enam kakitangan YINK tiba dalam penerbangan yang sama. Tuan Haji Mohd. Zuhdi Haji Saad selaku Pengurus Besar YINK bersama enam kakitangan dari unit pentadbiran YINK dan Pusat dakwah telah diraikan dalam majlis yang dihadiri bersama oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Prof. Dr. Jamil bin Hashim di Dewan Asrama Darul Aman 3 di Haiyyu Sabeik. Majlis Ramah Mesra bersama Pengurus Besar YINK ini telah dipengerusikan oleh YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dan turut dihadiri exco dan ahli-ahli MKKK.

Turut kelihatan Pengarah JPMK dan Pengurus Besar YINK

Tuan Haji Mohd. Zuhdi Haji Saad sedang menyampaikan ucapan

Antara mahasiswa yang hadir


Antara mahasiswi yang turut bersama

Tuan Hj. Mohd. Zuhdi dalam ucaptamanya telah menjelaskan berkenaan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMK yang telah membuat resolusi yang antara lain memutuskan secara hitam putih bahawa pengurusan aset, bangunan dan semua yang berkaitan pelajar di Timur Tengah termasuk di Mesir adalah di bawah kendalian dan pentadbiran YINK. MMK juga membuat keputusan meletakkan Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah Mesir di bawah pentadbiran YINK sepenuhnya berbanding pegawai sebelum Ini yang diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Dan oleh kerana pegawai sekarang adalah salah seorang Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, maka surat perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan terpaksa diperolehi terlebih dahulu bagi tujuan peminjaman pegawai. Inilah di antara sebab kelewatan pegawai baru tiba bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh ustaz Zakaria.


Jamuan makan tetamu VIP di rumah pegawai

VIP wanita yang hadir diraikan


Tuan Hj. Mohd zuhdi sangat mengharapkan agar kerjasama diberikan sepenuhnya kepada pegawai yang dilantik kerajaan. Apatah lagi pegawai lantikan kali ini adalah atas perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sendiri. Beliau juga mengarahkan pegawai agar melihat dan meningkatkan aspek kebajikan pelajar termasuk yang sedang berada di Muhafazah (Cawangan). Beliau sangat menyokong aktiviti peningkatan ilmu diadakan di Dewan Asrama Darul Aman dan mengharapkan agar aktiviti sedia ada ditambah untuk manfaat anak-anak Kedah di Mesir ini. Beliau juga menyentuh tentang peranan Program Al-MuttaqinTV yang dibiayai oleh YINK untuk kemudahan semua pelajar Kedah meningkatkan kemahiran dan ilmu selain manfaat dalam medan dakwah yang menjangkau liputannya ke seluruh dunia.



Bergambar ramai dengan kakitangan YINK sebelum program ziarah


Beberapa pertemuan dengan pimpinan pelajar di Kaherah, Tanta dan Iskandariah telah juga diadakan. Selain itu ahli rombongan juga telah di bawa melawat beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Kaherah seperti Makam Imam Syafie, Masjid Amru Ibnu Al-Ash, Qalaah Salahuddin Al-Ayubi, Muzium Tentera Mesir, Masjid Sultan Hasan( masjid pengajian Empat Mazhab), Masjid Rifaie, Masjid Saiyyidina Hussien dan beberapa tempat bersejarah lain di Fayyum, Gizah dan Iskandariaah.



Berbincang dengan penghuni Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu 'Aasyir

Tn. Pengurus Besar YINK melihat kesan kerosakan

Bergambar bersama sebahagian penghuni Asrama Darul Aman 2




Meninjau pejabat MKKK bersama YDP Ust. Abu Bakar

Melihat aset YINK di Studio Al-Muttaqin TV

Mendengar taklimat operasi Al-Muttaqin TV


Bersama orang kuat Al-Muttaqin TV Us.Aidil Azwal dan Us.Hadi


Melihat dengan teliti sebelum disahkan

Hari terakhir saya telah membawa Tuan Pengurus Besar meninjau penginapan pelajar di Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu ‘Aasyir. Setelah solat Asar bersama sebahagian besar penghuni asrama, beliau berpeluang melihat sendiri kesan kerosakan yang dilapurkan berlaku di asrama tersebut. Selain itu, beliau juga berkesempatan menjenguk bilik pentadbiran MKKK yang berada di tingkat bawah bangunan yang sama. Sebelum malam menjelang saya mengiringi beliau meninjau bilik operasi Al-MuttaqinTV yang terletak di tingkat bawah Asrama Darul Aman 1 yang terletak di Haiyyu Sabiek selain menjengah ke Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir di tingkat bawah Asrama Darul Aman 3 bagi tujuan perakuan penerimaan dokumen pentadbiran dan kewangan oleh pegawai baru..

Tiada ulasan: