Rabu, 10 Jun 2009

KEDAH MENJADI TUAN RUMAH

Tanggal 9hb Jun Selasa, Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir mendapat penghormatan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Antara Ketua-Ketua Agensi Kedutaan Besar Malaysia Kaherah KBMK Bil 4/2009. Ahli-ahli Mesyuarat yang hadir antara lain adalah Kuasa Usaha Sementara, Menteri Penasihat KBMK, SU 2 KBMK, Pengarah JPMK, Atase-atase Pendidikan JPMK, Atase Agama (JAKIM) KBMK, Pegawai MARA, JPA, MPOB serta Pegawai-pegawai Anak Negeri iaitu, Selangor, Pahang, Melaka, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Sabah selain dari Negeri Kedah sendiri.



Mesyuarat yang lazimnya diadakan di KBMK telah di bawa ke luar dari bangunan kedutaan dan Kedah dipilih sebagai tuan rumah atas semangat turun padang seperti yang dimaklumkan Pemangku TYT Duta atau Kuasa Usaha Sementara En. Mohd Puzi Dahaman, yang bertindak selaku pengerusi dalam mesyuarat tersebut.


Saya bersyukur kerana mempunyai pembantu dan kakitangan yang cekap dan efisien, menyediakan semua keperluan dalam bilik mesyuarat dari kebersihan, keceriaan, peralatan seperti papan putih dan LCD sehinggalah kepada jamuan tengah hari yang menyelerakan di kafetaria. Ahamdulillah mesyuarat berlangsung dengan tanpa sebarang masalah dan nampaknya ahli mesyuarat berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh Kedah. Kita menyediakan sarapan pagi dengan minuman dan dua jenis kueh serta makan tengah hari yang cukup istimewa. Pejabat Pegawai menaja hidangan buah-buahan pencuci mulut, manakala KBMK membuat pembayaran tunai untuk hidangan pagi dan tengah hari.



Banyak perkara yang dibicangkan serta banyak input baru yang saya perolehi selain ramai juga pegawi-pegawai baru yang kali pertama saya temui. Mesyuarat berakhir hampir jam 1.30 petang dengan jamuan tengah hari di Kafetaria Asrama Darul Aman 3. Kepada semua yang terlibat menjayakan tugasan ini, terima kasih daun keladi! Jazakumullah Kahairan Kathiran...

Tiada ulasan: