Khamis, 29 Oktober 2009

MAJLIS KONVOKESYEN GRADUAN MALAYSIA UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR TAHUN 2009

 Bersama sebahagian anak-anak Kedah yang berjaya bergelar graduan..

Tanggal 25 Oktober suasana begitu meriah dengan wajah-wajah ceria para graduan yang menerima ijazah masing-masing dari wakil Fadhilatus Syeikh Azhar dalam majlis gilang gemilang Konvokesyen Graduan Universiti al-Azhar Mesir yang dianjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah di Dewan Persidangan Al-Azhar, Madinat Nasr, Kaherah.

Walaupun ramai juga graduan yang telah pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian di tahun akhir mereka baru-baru ini, namun dalam majlis itu, seramai lebih 350 graduan telah menerima scrol ijazah masing-masing termasuk beberapa graduan dari Singapura, Thailand dan Kemboja.

Saya bersama Ustaz Sablee, pegawai Sabah telah diamanahkan sebagai Jawatankuasa Teknikal yang banyak bertanggungjawab berkaitan siaraya dan lampu dewan selain membantu lain-lain jawatankuasa. Kami juga bertanggungjawab memastikan lagu kebangsaan Mesir dan lagu "NegaraKu" dimainkan tepat pada masanya. Berada dalam bilik sistem siaraya atau bilik kawalan utama di dewan yang cukup besar itu dan berkomunikasi memberikan arahan kepada petugas warga Mesir yang sedia kita fahami feelnya memberikan pengalaman berbeza yang agak unik.


Kepada anak-anak Malaysia khususnya para graduan dari negeri Kedah yang saya kira teramai menerima ijazah pada hari bersejarah itu, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga langkah anda semua akan lebih diberkati selepas ini. Pulanglah kerana ramai yang sedang menanti....Teringat pesan Dato'Seri Menteri  Besar Ustaz Azizan sewaktu beliau datang merasmikan Asrama Darul Aman 3.tak lama dulu," Habaq kat Depa...Ngaji pulun-pulun..Balik mai tolong Kedah!!"

2 ulasan:

PRO ISLAM berkata...

Saya sangat2 bersetuju dengan pesanan YAB MB Ustaz Azizan. Mempertahankan kemenangan adalah sangat susah dari mendapat kemenangan.

PRO ISLAM berkata...

Tahniah kepada depa semua yang telah berjaya mendapat ilmu dari bumi Ambia'. Semuga ilmu depa memberi menafaat kepada rakyat Kedah.