Isnin, 12 April 2010

KEPULANGAN SEORANG HANZALAH

Tanggal 11 April 2010 seorang pelajar yang sama--sama tinggal di Asrama Darul Aman 3 dan merupakan salah seorang imam tahfiz di sini, akhirnya mengambil keputusan pulang ke tanah air. Hanzalah yang secara kebetulan dilahirkan seorang ibu yang berbangsa Cina dan berkemampuan berbahasa Cina itu dijadual berlepas ke China dalam tempoh dekat ini. Seperti yang dijelaskan ibunya kepada saya, tujuan Hanzalah ke sana selain menyebarkan ilmu khususnya ilmu Al-Quran, juga adalah untuk mendalami ilmu taichi .

Petang  keberangkatannya, Hanzalah yang bertandang ke rumah saya buat kali terakhir diraikan dengan jamuan mee bandung oleh mamanya di sini. Selain doa agar beliau yang juga murid kesayangan Syeikh Asyraf Hasaneen yang juga merupakan satu-satunya pelajar dari Malaysia setakat ini yang tamat dan mendapat ijazah dari syeikh dalam bacaan dan hafazan Al-Quran dalam satu masa itu terus istiqamah dan berjaya dalam menuntut ilmu, saya juga nasihatkannya agar dia juga turut mengajar di samping belajar. Saya diberitahu Syeikh Asyraf bahawa Hanzalah juga mendapat ijazah dari beliau kerana khatam  dalam Ilmu Hadis seperti Alarbaeen Lil Imam Al-Azhari Syeikh Saleh Al-Jaafari dan juga Alarbaeen Lil Imam An-Nawawi RA.





Menurut ibunya, Hanzalah akan melanjutkan pelajaranya ke Madinah selepas pulang dari China. Buat Hanzalah, selamat maju jaya...semoga berjaya menjadi Ulama Ulul Albab....

Tiada ulasan: