Jumaat, 9 April 2010

MAKLUMAN PENTING !!

Merujuk beberapa panggilan telefon yang diterima bertanya tentang status borang permohonan pinjaman Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman (YINK), adalah dimaklumkan kepada pemohon-pemohon berkenaan bahawa semua borang permohonan bagi tujuan permohonan pinjaman YINK yang telah dihantar ke Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah telah pun disemak dan disahkan serta DIPANJANGKAN ke YINK.

Sukacita juga dimaklumkan kepada pemohon-pemohon pinjaman YINK dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi  Universiti - Universiti di Jordan juga telah disahkan pihak Pejabat Pegawai HEP Kedah Timur Tengah dan telah diterima sendiri oleh pegawai YINK di Syria baru-baru ini.

Pekeliling berkenaan permohonan pinjaman YINK telah dilekatkan di papan kenyataaan Pejabat HEP Kedah Timur Tengah memaklumkan tarikh tutup permohonan pada 15Mac 2010 dan atas rayuan beberapa pelajar khasnya dari muhafazah, pihak pentadbiran telah bersetuju melewatkan tarikh tutup permohonan sehingga 27Mac yang lalu iaitu sebelum keberangkatan rombongan Kerajaan Negeri Kedah ke Syria

Dukacita dimaklumkan, pihak pentadbiran Pejabat HEP Kedah Timur Tengah tidak lagi dapat menerima borang-borang permohonan yang terlewat dari tarikh seperti tersebut di atas. Sebarang kesulitan yang timbul adalah sangat dikesali.

Tiada ulasan: