Selasa, 21 September 2010

ANAK-ANAK PERUBATAN JPA "BALIK KAMPUNG"

Tanggal 20hb September 2010, awal pagi saya dikunjungi anak-anak baru tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Fakulti Perubatan yang sedang mengikuti kursus induksi yang berlangsung di Dewan Asrama Malaysia Abbasiah anjuran JPA. Semua anak-anak bakal doktor yang berasal dari Negeri Kedah itu dalam program khas "pulang ke kampung:" yakni dihantar melawat "Rumah Negeri" masing-masing.

Selain mereka diiring pelajar "senior", mereka turut disambut dan dihantar untuk diraikan di kediaman saya oleh pimpinan MKKK dan HEWI. Selain memberikan ucapan mengalu-alukan kedatangan mereka ke bumi bertuah ini, sesi dialog juga turut diadakan. Kunjungan pelajar JPA ini juga disertai beberapa orang pelajar tajaan Jabatan zakat Negeri Kedah Darul Aman.






Kepada semua bakal doktor, selamat berjuang mencipta kejayaan gemilang buat mereka yg tersayang...

Tiada ulasan: