Isnin, 20 September 2010

BERSAMA DELEGASI PENANG KE KBMK

Tanggal 19hb September, saya membawa sahabat lama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Us Ridhwan yang tiba bersama penuntut-penuntut baru dari Pulau Pinang selaku pegawai pengiring. Beliau sampai bersama seorang lagi pegawai Jabatan Agama selain turut diiringi Pengurus Besar Lembaga Zakat Pulau Pinang.

Sebelum bertolak ke KBMK pagi itu, saya sempat bergambar kenangan di hadapan Asrama Negeri Pulau Pinang bersama ahli rombongan termasuk alfadhil Ustaz Mutalib Maarof yang juga kebetulan menziarahi anak-anak Negeri Pulau Pinang. Beberapa hari sebelum itu, saya sempat menjemput mereka bersarapan di rumah bersama teman-teman pegawai pengiring dari Negeri Kedah, Cikgu Ismail, Us Din dan Us Sofiyuddin.




Buat sahabat lama dari Pulau Pinang...sehingga kita berjumpa lagi.

Tiada ulasan: