Khamis, 9 September 2010

KEPULANGAN FADHILATUS SYEIKH NURUDDIN MARBU ALBANJARI

8hb September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431, saya berkonsi kesedihan anak-anak murid fadhilatus Syeikh Nuruddin yang berangkat pulang ke Indonesia setelah hampir sebulan di Mesir. Sepanjang berada di sini Syeikh Nur dan isteri tinggal di Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3 dan mengajar anak-anak rantau Asia Tenggara khasnya dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura pelbagai disiplin ilmu pada setiap selepas Asar dan selepas solat Tarawih.

Beberapa hari sebelum kepulangan beliau, saya telah menjemput beliau bersama pimpinan MKKK dan kakitangan ofis saya ifthor bersama. Turut ifthor bersama -sama pada petang itu termasuklah Ustaz Man Syria. Syeikh Nur naik ke rumah saya sebaik habis menyampaikan kuliah yang berlangsung di Dewan At Tasamuh Wal Ikha', manakala isteri Syeikh Nur pula turun dari tingkat 11, tingkat yang menempatkan Rumah Tamu. 



Hari terakhir kuliah Syeikh Nur...ramai anak-anak murid yang diulit kesayuan kerana terpaksa berpisah dengan guru yang dikasihi. Ramai yang menanti di perkarangan asrama untuk bersalaman dan berpelukan dengan Syeikh Nur buat kali terakhir. Syeikh Nur dan isteri kemudiannya, saya hantar sendiri ke airport bersama isteri dengan diiringi dua tramco / van yang sarat dengan murid-murid rapat beliau.







Bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah, Yayasan Islam Kedah serta anak-anak Kedah di sini, saya ucapkan  berbanyak-banyak terima kasih kepada fadhilatus Syeikh Nur atas kesudian memilih Rumah Kedah sebagai tempat berhenti sekaligus tempat menyampaikan kuliah sepanjang berada di sini. Hanya Allah SWT yang berhak membalas segala jasa dan budi yang telah Tuan Syeikh curahkan..Semoga Allah panjangkan usia fadhilatus Syeikh Nuruddin dan kita dapat jumpa lagi.. Aameeen.

3 ulasan:

halim nasir berkata...

Kalau la ana ana turut berada di sana...........

halim nasir berkata...

Kalau la ana turut berada di sana..............

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Tentu anak-anak sini juga tak lepas peluang "menadah" dari ustaz..