Sabtu, 2 Oktober 2010

KBMK, JPMK, JPA, HEP NEGERI BERSAMA PELAJAR BARU PERUBATAN ISKANDARIAH

Tanggal 1hb Oktober 2010, saya ke Iskandariah lagi dalam satu tugasan rasmi bersama rakan-rakan pegawai dari Kedutaan Besar, Jabatan Penuntut Malaysia, JPA, HEP Negeri selain dari MARA sendiri.Program yang diatur KBMK ini adalah dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MARA Iskandariah yang bertindak menyediakan tempat serta logistik lain.


Antara yang hadir termasuklah Kuasa Usaha Sementara KBMK En Shaiful Anuar,  Setiausaha Kedua KBMK Tn Hj Shamsul, En Hazam dari JPA,  Ustaz Abdullah Attase Agama JAKIM, En Johari dari MPOB, Pn Zakiah mewakili JPMK selain Us Ahmad Hanif Peg HEP Johor. Oleh kerana majlis perasmian bermula selepas zohor, saya keluar awal ke sana bersama Us Hanif. Kami masing-masing membawa keluarga kerana majlis bersama Peg HEP Negeri hanya bermula sebelah malam. Saya menumpang lojing di Rumah Johor dengan ihsan Us Hanif setelah selesai majlis pada malam itu. Kebanyakan Pegawai HEP Negeri lain berada di luar kawasan atau mempunyai tugasan yang tak mengizinkan merka hadir bersam ke Iskandariah. Alhamdulillah, dengan ihsan Pengarah MARA Iskandariah Tn Hj Ishak, jamuan makan tengahari disediakan untuk semua yang hadir sekaligus menjadi jamuan sempena Aidilfitri. Selain nasi, turut disediakan sebagai juadah termasuklah laksa johor, satay ayam dan kuih muih serta teh tarik.












Bercakap dengan semua pelajar perubatan yang datang dari pelabagai latarbelakang keluarga memerlukan pendekatan lebih bijaksana. Saya melihat kebanyakan pelajar tanpa penaja seperti yang hadir malam itu, rata-rata dari keluarga yang tinggal di bandar. Dari cara mereka berpakaian dan bergaul, jelas kebanyakan mereka, hidup dalam zon selesa. Bila kenangkan banyak yang ibubapa mereka terpaksa bayar setiap tahun, saya cukup sedih dengan sebahagian anak-anak persendirian ini yang tidak bersungguh-sungguh dalam palajaran. Peluang saya boleh bercakap dengan sesekali saya tidak siakan...saya 'basuh' mereka...sekurang-kurang, saya dah sampaikan ingatan serta terangkan apa ruanglingkup yang boleh kita sebagai Peg HEP Negeri boleh bantu.




Bangun besok paginya, anak-anak saya serta Us Hanif dah tak sabar-sabar nak mandi laut. Bersama oghang ghumah serta Us. Hanif, saya bawa anak-anak mandi laut buat kali pertama dan terakhir. Sebenarnya, anak-anak saya tak pernah pijak pantai Iskandariah maupun lautnya, walaupun dah beberapa kali ikut saya ke sana.






Keluar dari Rumah Johor Iskandariah, saya dan Us Hanif serta keluarga masing-masing singgah berhari raya di rumah Pegawai Atase Iskandariah Ustazah Norzakiah. Kami disambut mesra Ustazah Zakiah dan suami. Kami dihidangkan makan nasi arab serta kuih muih yang cukup istimewa. Setelah bergambar kenangan, kami meninggalkan Iskandariah pulang ke Kaherah.




Sebelum sampai ke Madinat Nasr,  kami singgah di rumah En Wan Tarmizi, Pegawai MATRADE di Mohandiseen. Kebetulan beliau mengadakan rumah terbuka pada malam itu. Setelah 'marhaban' dan makan-makan di samping berbual dengan rakan-rakan, saya dan Us Hanif membawa keluarga masing-masing pulang dengan badan yang memang letih, tapi cukup merujakan.


 

 
Sampai di Madinat Nasr, kami sama-sama singgah di Rumah Sabah bagi menghadiri jemputan Ustaz Sablee Pegawai HEP Sabah yang turut mengadakan Rumah Terbuka pada malam yang sama. setelah makan lagi dan mengambil gambar kenangan, masing-masing berpisah dan pulang ke rumah setelaah bersalam-salaman.

 
 

Semuanya akan menjadi sejarah...

1 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam ust, semoga maju jaya di sana :)