Sabtu, 2 Januari 2010

MUHASABAH TAHUN BARU

Salam rindu dari kejauhan...


Tahun baru muncul lagi ....1431 Hijrah dan 2010 Masihi..... 1430  maupun 2009 pula telah berlalu pergi, semuanya kini hanya tinggal kenangan...Manis ataupun pahit sudah tidak boleh diubah lagi. Peristiwa yang berlalu itu akan tetap kekal dalam lipatan memori ....Memori sebuah kehidupan. Ia adalah sejarah!!!


Maka, bertuahlah orang-orang yang bertuah...Beruntunglah mereka yang beruntung, yang menempa sejarah hidupnya dengan tinta emas., melakukan kebaikan demi kebaikan...kebajikan demi kebajikan.., melaksanakan suruhan  tanpa rasa jemu dan bosan. Pertamanya, sebagai hamba Tuhan yang Esa yang patuh taat beramal, ikhlas dan taqwa. Keduanya sebagai khalifahNYA ..sebagai anak, suami, ayah, isteri, ibu maupun sebagai pejawat awam, kakitangan biasa, kerajaan maupun swasta, pegawai tinggi atau pemimpin besar, semuanya...sholeh dan sholehah belaka!!!


Sebaliknya...Malanglah orong-orang yang malang itu.... Mereka yang rugi serugi-ruginya...Bila umur yang berlalu hanya diisi dengan kejahatan, maksiat, dosa dan kezaliman sedangkan masa yang berlalu dalam kehidupan ini tidak dapat ditebus lagi.! Mereka adalah orang-orang yang setelah melakukan kesalahan, sedikitpun tidak sesal dengan kesalahan yang dilakukan...Bahkan terkadang berbangga pula  dengan dosa yang mereka lakukan...Nauuzubillahi min zalik.


Semoga kitalah orang-orang yang bertuah itu...yang Allah panjangkan umurnya dan baik pula amal perbuatannya. Minta dijauhkan Allah dari terjerumus bersama mereka yang telah diberi umur yang panjang tetapi buruk pula amal perbuatannya...!

Apa ertinya harta yang banyak melimpah ruah..., kalau kita miskin ilmu, amal dan pahala. Apa gunanya pangkat jawatan glamour dan kemuliaan kalau kita hina dina dan tiada tempat  di hadapan Allah di sana nanti!!!


Justeru...Andai kiranya kita pernah terjebak dengan perangkap nafsu lalu terkhilaf melakukan dosa.., bersegeralah Istigahfar dan kembali pohon keampunanNYA. Kita tiada jalan lain kembali padaNYA melainkan dengan taubat yang nasuha. Usah bertangguh untuk berubah menjadi baik..untuk menjadi mukmin yang sholeh kerana mungkin hari ini adalah hari terakhir kita di dunia yang fana ini!


Jom berhijrah.....Siiruu 'ala barakatillah..!

AIN EL SOKHNA

Salam rindu dari kejauhan..

Kebetulan tanggal 2 Januari adalah hari lahir puteri sulung saya , Aufa yang ke 15. Selain ada kakak-kakak yang rapat dengannya yang tinggal di syaah atas ghumah saya sediakan kek hari lahir dan datang meraikan bersama di ghumah dengan hadiah untuknya, saya seisi keluarga ikut bersama beberapa rakan Pegawai Negeri rehlah ke Ain El Sokhna juga sebagai hadiah hari lahir untuknya.


 Kotak kek bernama....

 
 Antara yang berbesar hati meraikan..

 

Hadiah Hari Lahir..
Sebenarnya inilah kali pertama saya bawa keluarga keluar dari Kaherah untuk betul-betul rehlah sejak saya bertukar ke sini bulan Mei tahun lalu. Rehlah ini dianjurkan Unit Rehlah KELUARGA yang dipengerusikan oleh Ustaz Farid Pegawai HEP Pahang sebagai aktiviti pertamanya sejak Kelab Keluarga Pegawai Negeri Mesir KELUARGA ditubuhkan baru-baru ini. Turut bersama termasuklah Peg.HEP Negeri 9, Peg. HEP Selangor, Peg. HEP Johor serta Peg. HEP Pahang yang ke sana bersama keluarga masing-masing. Ikut turut serta Ustaz Hakimi penuntut PHD di Universiti Kyoto Jepun sekeluarga yang sedang menumpang di Rumah Tamu Johor. Walaupun penyertaan tidak sepenuhnya dari kalangan ahli kerana ada komitmen lebih penting , namun program rehlah ini tetap cukup meriah khususnya untuk anak-anak saya yang begitu teruja buat kali pertma dapat mandi laut walaupun di musim sejuk.... :)


 
Ain El Sokhna adalah salah sebuah kawasan pelancongan pinggir Pantai Laut Merah yang terletak lebih kurang 40km ke Bandar Suez. Saya dan lain-lain ahli rombongan melalui lebuh raya Muqattam /Keherah ke Ain El Sokhna yang dimiliki Angkatan Tentera Mesir sepanjang 110 km. Oleh kerana lebuh raya tiga lorong itu diuruskan pihak tentera, saya dapati lebuh raya itu begitu cantik dengan landskap dan permukaan jalan yang begitu baik. Ada R&R yang menyediakan kemudahan seperti tandas, surau, stesen minyak di samping kafe di sepanjang lebuh raya yang merentasi padang pasir itu. Setiap kereta yang masuk ke lebuh raya ini dikenakan bayaran TOL sebanyak LE 5 sahaja.

Banyak hotel-hotel dan chalet yang ditawarkan untuk pelancong di Ain El Sokhna ini. Namun, musim sejuk di Mesir menyebabkan kedatangan pelancong agak berkurangan ke Ain El Sokhna . Pun begitu, harga hotel masih juga  tinggi dan yang lebih berbeza dari pusat-pusat pelancongan pantai di negara kita, ialah setiap yang ingin menggunakan pantai sama ada untuk bersiar-siar atau mandi manda dan lain-lain dikenakan bayaran dengan jumlah tertentu. Pada awalnya saya dan lain-lain masuk ke kawasan sebuah hotel yang agak luas dan punya kolam renang. Ketika anak-anak ada yang dah masuk ke laut, kami dikejutkan dengan setiap kepala mesti membayar LE50...selain harga bilik pula LE300. Bayangkan keluarga saya sahaja dah  hampir LE500, untuk jalan-jalan dan celup kaki kat laut sahaja.Apa lagi, semua anak-anak dikerah semula menaiki kereta untuk mencari lokasi yang lebih munasabah harganya.Akhirnya setelah melalui lebih 10km mencari dan setelah mendapat petunjuk dari oghang Kaherah kami berpuas hati dengan setiap kepala LE10 siap dengan kemudahan tandas dan tempat makan di Sadat Beach. Sebelum sampai ke situ, saya singgah solat dan tukar lampin Ahmad di sebuah masjid berdekatan. Cantik dan bersihnya masjid tu..!





Bersama Ustaz Hanif sekeluarga depan Masjid Al-Aziz
 
Pintu masuk utama Sadat Beach
 
Yuran masuk pantai caj berasingan

Gambar kenangan sekeluarga waktu baru sampai
Hari itu semua ahli rombongan setuju untuk masing-masing membawa menu sendiri dari rumah. Konsep "Pot Luck" digunakan untuk semua berkongsi bentuk makanan pelbagai latar belakang selain susah sama susah dan senang sama senang. Tengah hari tu ...ada ayam masak kicap,  rendang udang, kari ayam, ayam goreng,   goreng sotong, sup, nasi jagung ,nasi putih selain pelbagai kuih dan buah-buahan. Meriahnya bila ramai-ramai keluarkan dan hidangkan makanan sama-sama...Dan, anak-anak tentulah menjadi orang yang paling seronok....Tak sabar-sabar makan dan turun ke pantai, main laut.....


Makan tengah hari
 
 Mereka yang penat memasak....
 
 Ibu-ibu dan anak-anak...

 
Kumpulan bapa...
 
Teruja kanak-kanak
 
Pertama kali Ahmad bertemu laut 
 
 Musim sejuk macam musim panas.. :)

 
Aufa bersama anak Us.Halim dan Us.Hanif
Keluar dari Ain El Sokana , hari dah petang dan dalam perjalanan matahari pun tenggelam. Memang perjalanan malam di lebuh raya tengah padang pasir tanpa kelibat cahaya lampu di kiri dan kanan jalan mendatangkan satu macam perasaan....Apalagi bila kenderaan yang menggunakan jalan yang sama agak kurang pada waktu malam...Ya Allah selamatkanlah perjalanan ini...Malam itu, sebaik sampai di hujung lebuh raya, saya singgah solat di masjid yang kelihatan menaranya terang bergemerlapan ketika saya keluar dari lebuh raya.


 Malam makin hampir

 
Matahari di sebalik bukit
 
 Gurun pasir sejauh mata memandang
 
Subhanallah..cantiknya langit..
 
Akhirnya dia pun tenggelam!!
Hari itu, saya kira tercapai sudah objektif rehlah  yang  diatur iaitu selain hadiah hari lahir, ia juga banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru selain dapat merapatkan hubungan ukhuwwah dan mengeratkan silaturrahim.


Jumaat, 1 Januari 2010

PERTANDINGAN MEMASAK 2009

Salam rindu dari kejauhan..

Tanggal 28hb Disember 2009 yang lalu, saya membawa keluarga ke Dataran Haiyyu 'Asyir kerana menerima jemputan pihak Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Cairo di bawah bosnsya En.Johari Minal yang menganjurkan Pertandingan Memasak 2009 sebagai salah satu kaedah memperkenalkan minyak kelapa sawit di kalangan rakyat Malaysia di sini khasnya dan warga Mesir amnya.

Ramai mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil bahagian termasuk dari Thailand selain dari negeri-negeri di Malaysia seperti dari Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor ,Kedah dan lain-lain. Menariknya kerana pertandingan kali ini turut disertai pasangan suami isteri Pegawai HEP Johor Ustaz Hanif dan oghang ghumahnya Puan Roha. Setiap kumpulan diberikan wang modal LE250.00 oleh penganjur untuk menyediakan resepi asli dalam pertandingan itu.


 Bersama Encik Johari MPOB dan Ustaz Farid Pegawai HEP Pahang

 
  Antara VIP perempuan yang hadir

 
 Tetamu warga Mesir bertanya resepi....

 
Wakil Negeri Kedah, Wan Izzat / Nur Fariha dan Musfirah / Asma'

 Bersama Pegawai Johor dan isteri

 "Ikan Terbang.."
 
Rendang Merpati

Selain pertandingan memasak, penganjur turut mengadakan pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak di kalangan anak-anak pegawai KBMK dan Agensi2 yang ikut bersama memeriahkan hari itu. Teruja anak-anak saya dapat sekotak pensil warna percuma...Apa lagi, warna je la! Semua anak-anak yang ikut serta kemudian diberikan hadiah oleh pihak penganjur. Muhammad anak kedua saya tak sangka dia mendapat tempat kedua pertandingan itu.!


Peserta pertandingan mewarna..

Mesti cermat dan hati-hati..

Teruja menerima hadiah
 
3 terbaik pertandingan mewarna

Dua pasangan mahasisiwi mewakili Negeri Kedah pada pertandingan yang sengit itu dan setelah dinilai pengadil profesional yang berkecuali, akhirnya pasangan Wan Izat Aiman dan Nur Fariha Izzati wakil Negeri Kedah diisytiharkan sebagai pemenang!


Johan membawa pulang LE500.00
Semua tetamu dan pengunjung akhirnya dihidangkan dengan pelabagai juadah yang semuanya dimasak oleh para peserta pertandingan kecuali nasi dan air minuman yang disediakan percuma oleh penganjur... Terima kasih daun keladi!