Khamis, 9 September 2010

KEPULANGAN FADHILATUS SYEIKH NURUDDIN MARBU ALBANJARI

8hb September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431, saya berkonsi kesedihan anak-anak murid fadhilatus Syeikh Nuruddin yang berangkat pulang ke Indonesia setelah hampir sebulan di Mesir. Sepanjang berada di sini Syeikh Nur dan isteri tinggal di Rumah Tamu Asrama Darul Aman 3 dan mengajar anak-anak rantau Asia Tenggara khasnya dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura pelbagai disiplin ilmu pada setiap selepas Asar dan selepas solat Tarawih.

Beberapa hari sebelum kepulangan beliau, saya telah menjemput beliau bersama pimpinan MKKK dan kakitangan ofis saya ifthor bersama. Turut ifthor bersama -sama pada petang itu termasuklah Ustaz Man Syria. Syeikh Nur naik ke rumah saya sebaik habis menyampaikan kuliah yang berlangsung di Dewan At Tasamuh Wal Ikha', manakala isteri Syeikh Nur pula turun dari tingkat 11, tingkat yang menempatkan Rumah Tamu. 



Hari terakhir kuliah Syeikh Nur...ramai anak-anak murid yang diulit kesayuan kerana terpaksa berpisah dengan guru yang dikasihi. Ramai yang menanti di perkarangan asrama untuk bersalaman dan berpelukan dengan Syeikh Nur buat kali terakhir. Syeikh Nur dan isteri kemudiannya, saya hantar sendiri ke airport bersama isteri dengan diiringi dua tramco / van yang sarat dengan murid-murid rapat beliau.







Bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah, Yayasan Islam Kedah serta anak-anak Kedah di sini, saya ucapkan  berbanyak-banyak terima kasih kepada fadhilatus Syeikh Nur atas kesudian memilih Rumah Kedah sebagai tempat berhenti sekaligus tempat menyampaikan kuliah sepanjang berada di sini. Hanya Allah SWT yang berhak membalas segala jasa dan budi yang telah Tuan Syeikh curahkan..Semoga Allah panjangkan usia fadhilatus Syeikh Nuruddin dan kita dapat jumpa lagi.. Aameeen.

Selasa, 7 September 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MKKK KALI KE 43 - 5 SEPTEMBER 2010


Tanggal 26 Ramadhan 1431 Hijriah bersamaan 5 september 2010,  telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) buat kali ke 48 bertempat di Dewan Asrama Malaysia Abbasiah. Saya telah diminta pada awalnya membuat perasmian penutupan yang dijadualkan berlangsung pada sebelah petang atau malam, tetapi oleh kerana Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Dr.Jamil Hashim yang sepatutnya membuat perasmian pembukaan tidak dapat hadir, saya telah mengambil tanggungjawab berucap untuk kedua-dua sesi, pembukaan dan penutupan. Lagipun, inilah kehadiran terakhir saya sebagai Pegawai HEP Kedah Timur Tengah dalam Mesyuarat Agung MKKK ini. Tahun hadapan waktu-waaktu begini, kalau umur panjang Insyaallah, saya sudah pun berada di tanah air.


PemangkuYDP MKKK Us Zahran menyematkan bunga

Bersama Pengarah program dan PemangkuYDP MKKK

Antara ahli ikhwah yang hadir

Ucapan aluan Pengarah program - Us Shazril Hanis

Ucapan aluan Pemangku YDP MKKK

Ucapan Perasmian

Hadiah, sijil dan cenderamat

Terima kasih atas jasa yang telah disumbang > Us Hasan Basri

Pemangku YDP MKKK menerima cenderamata

HEWI pun tidak dilupakan

Tahniah !!! Raisah baru menerima cenderamata

Bersama AJKT sesi 2009 / 2010

Bersama HEWI sesi 2009 / 2010

Bersama HEWI sesi 2010 / 2011

Bersama AJKT / AJK Pelaksana dan Pengarah serta JK Pilihanraya

Bagi pihak Kerajaan Negeri dan YINK, Abah ingin merakamkan sekali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh saf pimpinan yang lalu yang telah memberikan segala kerjasama kepada PHEPKTT dalam menjayakan segala perancangan bersama yang telah diatur sepanjang sesi lalu. Kepada AJKT dan HEWI yang telah diberikan mandat dalam pemilihan kali ini, diucapkan tahniah atas kepercayaan yang diberikan ahli-ahli. Semoga amanah yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin. 

Kepada semua ahli-ahli MKKK dan anak-anak Kedah di sini, Abah mengajak kesemuanya untuk kembali merapatkan saf, melupakan khilaf, maaf memaaf dan bersatu dengan pimpinan untuk sama-sama memanfaatkan kehadiran kita di sini, melakukan sebanyak-banyak mungkin kebaikan dan kebajikan, menimba ilmu tanpa jemu dan lesu di samping gagah mencipta kejayaan cemerlang dalam pelajaran di peringkat universiti. Semoga semua ahli MKKK akan cemerlang dalam akademik, keilmuan, syaksiah dan kepimpinan sebelum pulang ke ribaan masyarakat suatu hari nanti dengan penuh keyakinan.

Rabu, 1 September 2010

SOLAT HAJAT KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KBMK 2010

30hb Ogos 2010, saya membawa keluarga ke Asrama Pelajar Johor Rabaah untuk Program Ifthor dan Solat Hajat Sempena Kemerdekaan 2010 yang dianjurkan Pejabat Pegawai HEP Johor Mesir. Turut kelihatan hadir bersama termasuklah Timbalan Peg.HEP MARA, Peg.HEP Terengganu, Selangor, Sabah, Perak dan Melaka selain anak-anak Johor sendiri. Ketika saya sampai, Ustaz Hanif Pegawi HEP Johor sedang memimpin bacaan Yasin dan doa. Selesai berbuka dengan kurma dan sedikit kuih, para jemaah solat Maghrib berjemaah dan diikuti solat Hajat Kemerdekaan. Para tetamu jemputan kemudiannya dijamu makan berat di "rumah tamu" di tingkat bawah.








Selesai solat Isya' dan Tarawih di "Masjid Fatimah Az Zahra'" bersama rakan-rakan pegawai serta anak-anak, masing-masing kemudian membawa keluarga menuju Asrama Melayu Abbasiah (ARMA) untuk bersama para jemputan yang terdiri dari kalangan pegawai dan kakitangan KBMK, JPMK, MARA, JPA, Pegawai-Pegawai HEP Negeri, MPOB, MATRADE dan PETRONAS serta keluarga masing-masing di samping anak-anak Malaysia di sini dalam Sambutan Kemerdekaan 2010 yang diadakan di sana.


 





 

 
Majlis malam itu meriah dengan disisi bacaan ayat-ayat suci Al Quran, ucapan Kuasa Usaha Sementara KBMK, ucapan Pengarah JPMK, persembahan sajak, persembahan silat, tayangan slideshow kemerdekaan selain nyanyian lagu patriotik serta laungan  "merdeka" pada jam 12 tengah malam. Hadirin juga seronok mendapat "jalur gemilang" percuma serta disediakan jamuan malam yang menyelerakan. Bila jauh di luar ni..,.memang terasa lebih sayang kita kepada negara....


Apapun, semoga kita semua memahami akan erti kemerdekaan yang sebenar dalam hidup seorang muslim...iaitu apabila kita benar-benar menjadi hamba Allah SWT yang tunduk dan menyerahkan diri kepada ketetapan dan ketentuanNYA. Kita bukan hamba nafsu...kita bukan hamba dunia dan kita bukan hamba manusia...!!! Kita dilahirkan merdeka sebagai hambaNYA yang mulia dengan Islam dan Iman yang akan selamanya menjadi penyelamat kita di dunia maupun di akhirat nanti....