Jumaat, 1 Januari 2010

LAWATAN YTM TUNKU BENDAHARA KEDAH DAN YABHG.TOH PUAN BENDAHARA KEDAH 25 -27 DISEMBER 2009

Salam rindu dari kejauhan....




Setelah bersiap sedayanya dengan penuh debaran melaksanakan arahan YAB MB Dato' Seri Ustaz Azizan dan  Pengurus Besar YINK Tuan HJ Mohd. Zuhdi yang mengarahkan supaya saya menyambut, meraikan seterusnya mengatur pertemuan YTM Tunku Bendahara Kedah dengan pelajar-pelajar Kedah di Mesir ini... setelah beberapa kali pertemuan dengan pihak KBMK samada En. Fauzi Ketua Canseri sebelum kepulangannya ke Malaysia ataupun En. Iskandar Setiausaha Ketiga yang menyambung kerja En. Fauzi maupun bersama En. Saiful, Kuasa Usaha Sementara sendiri...,dan setelah beberapa kali pertemuan rasmi dan tidak rasmi dengan AJK di kalangan pelajar serta banyak kali juga menghubungi En. Sobri Pembantu Peribadi kepada YTM Tunku Bendahara maupun Puan Marduwati Pem. Peribadi kepada YABHG Toh Puan Bendahara, akhirnya 25hb tiba juga...


Pagi Khamis 24hb saya berbincang panjang buat kali terakhir dengan Kuasa Usaha di biliknya. Pulang dari KBMK saya terus ke Dewan Malaysia Abbasiah (ARMA) lokasi majlis Ramah Mesra diadakan untuk melihat susunatur awal dewan yang diurus pekerja Mesir di bawah kawal selia Penyelia Asrama (ARMA) Us. Harun. Saya juga langsung menyerahkan surat perlantikan sebagai Pengerusi Majlis kepada Us.Harun yang juga seorang warga Kedah di Mesir ini serta berbincang tentang protokol sebagai pengerusi yang finalnya hanya dapat diberi setelah rombongan tiba.Naik  pula ke Kafetaria ARMA bertemu pengusahanya yang sudah menyatakan kesanggupan awal menyediakan santapan DiRaja...confirm.!



Malam Jumaat, hampir semua AJK di kalangan pelajar di bawah salah seorang exco MKKK, Us. Zahran berkumpul di ARMA. Semua cukup teruja bertungkuslumus membuat persiapan dewan untuk memberikan yang terbaik dalam majlis nanti. Pagi Jumaat, kain rentang dan backdrop yang direka khas oleh Us.Muslim yang memang sudah dikenali dengan sentuhan hebatnya siap dan segera dibawa ke ARMA oleh Unit Persiapan untuk dipasang di bahagian belakang pentas dan di Kafeteria ARMA.



Backdrop di bilik santapan

Bersama Us Zahran dan sebahagian AJK Unit Persiapan



Banting di pintu masuk Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah
 

Jam 9 pagi saya dan isteri bersama Fairuz, Pem.Tadbir pejabat PKPK bertolak ke airport. Walaupun saya boleh memandu sendiri, sengaja saya minta seorang pelajar paling cekap dengan selok belok jalan di Kaherah iaitu Us. Nik menjadi pemandu pada hari itu kerana sebaik selesai urusan di airport, saya akan bergegas ke Hotel Sofitel di Jazirah Zamalek untuk menanti rombongan YTM Tunku di sana.



Saya sampai di airport sekitar 9.30 pagi. Walaupun rombongan YTM Tunku hanya akan sampai sekitar 11 pagi, saya perlu sampai lebih awal kerana mesti terlebih dahulu menguruskan pas khas masuk ke bahagian dalam airport, kawasan sebelum perlepasan Imigresen. Sekitar 10.30 pagi En.Iskandar dan pembantunya dari KBMK En.Ahmad Waseef sampai dan saya masuk ke bahagian dalam airport bersama mereka.



Bersama isteri dan Us Fairuz Pembantu Tadbir
Bersama En.Iskandar dan En.Ahmad Waseef


Sebahagian pimpinan pelajar di airport

Setelah beberapa ketika menanti, Alhamdulillah akhirnya, YTM Tunku dan ahli rombongan sampai dengan selamatnya. Berdebar kali pertama bertemu YTM Tunku, namun kemesraan YTM Tunku dan YABHG Toh Puan serta lain-lain ahli rombongan menghilangkan sedikit sebanyak rasa gugup saya. YTM Tunku jelas kelihatan begitu mesra rakyat bertanya khabar pimpinan MKKK dan rakyat jelata yang menanti di luar sebaik keluar dari airport. Baginda juga tidak kisah menaiki bas yang disediakan pihak travel yang menguruskan rombongan ke hotel.


YTM Tunku Bendahara beramah mesra dengan pimpinan pelajar

YTM Tunku Bendahara dan YABHG Toh Puan Bendahara
Bersama En.Iskandar dan En.Sobri Pem.Peribadi YTM Tunku
 

Bersama pimpinan pelajar di hadapan bas yang disediakan pihak travel

YTM Tunku menginap di Sofitel sebuah hotel yang terletak di bucu pulau di tengah Sungai Nil, sebuah hotel antarabangsa yang cukup ketat kawalan keselamatannya. Dari bilik hotel ini kita boleh melihat pemandangan yang cukup indah. Sebaik saya sampai, En. Saiful Kuasa Usaha Sementara dan isteri dah lama menanti. Tengahari itu, YTM Tunku perkenan kami semua makan tengahari bersama. Junjung Kasih Tunku....





 

 

 

 
Berbincang dengan En Saiful Kuasa Usaha Sementara

Selesai makan tengahari dengan sedikit nasi Arab, Mushroom Soup dan Jus Epal walaupun pelbagai juadah disediakan,  sebelum balik dari hotel, saya berbincang dan mengambil petua akhir dari Pem. Peribadi YTM Tunku Bendahara En.Sobri dan Pem.Peribadi YABHG Toh Puan Bendahara, Puan Marduwati tentang tatacara dan protokol majlis. Saya banyak mendapat panduan dari mereka dan kemesraan mereka cukup banyak membantu....Saya juga menunjukkan teks ucapan saya malam nanti dan juga teks doa yang akan dibaca oleh Pemangku YDP MKKK nanti untuk disemak selain membetulkan perkataan dan susun letak VIP yang akan disebut oleh Pengerusi Majlis. Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya untuk saya...





 

 

 

 

 


 

 

 

 


 
Berbincang dengan En Sobri dan Puan Marduwati


Bergambar kenangan bersama YTM Tunku Bendahara, Ybhg. Datuk Wira Ku Nahar, Ybhg. Datuk Dr. Feng dan En Saiful Kuasa Usaha Sementara KBMK

 

6.30 malam, Dewan Besar ARMA melimpah dengan kira-kira 300 orang anak-anak Kedah yang cukup segak pada malam itu. Memang saya minta pelajar lelaki berpakain lounge suite dan perempuan pula memang selalu berpakaian sopan sesuai dengan majlis. 6.40 malam saya bersama isteri dan Pengarah JPMK yang juga datang dengan isteri, Penyelia ARMA dan isteri serta pimpinan MKKK / HEWI menyambut kedatangan lain-lain rombongan yang tiba dengan bas.



Sabar menanti..
 
Penuh tertib di dalam dewan
 
Sebahagian siswi yang hadir meraikan..

AJK Unit Sambutan di pintu masuk DMAK

 Menanti tetamu...


Silakan...silakan (PA YABHG Toh Puan dan lain-lain sampai dengan bas)


6.55 YTM Tunku Bendahara dan YABHG Toh Puan sampai dengan kenderaan rasmi TYT Duta Besar. Manakala En.Saiful dan isteri menaiki sebuah Marcedez lain tiba bersama. Sebaik mengangkat sembah menyambut ketibaan YTM Tunku, rombongan terus diarak ke dalam dewan. Pada malam itu, saya melihat anak-anak Kedah, rakyat jelata yang menanti dengan sabar ketibaan YTM Tunku cukup teruja dan puas dapat melihat wajah YTM Tunku Bendahara Kedah dan juga
YABHG Toh Puan Bendahara serta YTM Tunku Harunarrasheed Putra serta lain-lain ahli rombongan. Masing-masing walaupun pertama kali mengikuti majlis Raja seperti sudah biasa dalam majlis penuh istiadat ini...khusyuk dan cukup tertib.



YTM Tunku Bendahara bersalaman dengan pimpinan pelajar
 
 YABHG Toh Puan Bendahara disambut pelajar perempuan

Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum saya dijemput menyampaikan ucapan aluan. Saya melihat YTM Tunku mengangguk kepada dua AJK Protokol, anak Kedah yang muncul dari belakang pentas dan serentak mengangkat sembah pohon keizinan YTM Tunku untuk memindahkan meja yang digunakan qari dan digantikan dengan rostrum yang akan saya gunakan.Teringat majlis istiadat yang saya ikuti di tanah air. Selepas ucapan YTM Tunku, saya dijemput Pengerusi Majlis sekali lagi untuk mengadap YTM Tunku untuk menyampaikan sijil-sijil penghargaan. AJK Protokol siswa bangun mengiringi mantan YDP MKKK menerima sijil dari YTM Tunku sebelum AJK Protokol siswi bangun mengangkat sembah bersama wakil HEWI menerima sijil dari YTM Tunku yang saya lihat tak jemu-jemu melemparkan senyuman.



Pentas utama Dewan Malaysia Abbasiah
 
Ucapan aluan menjunjung kasih..
 
 Tunku Bendahara menyampaikan titah ucapan
 
Junjung kasih Tuanku...
 

YTM Tunku menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil HEWI
 

Saya kemudian dipanggil mengadap untuk menerima sumbangan dari YTM Tunku bagi pihak pejabat PKPK sebelum sekali lagi mengadap untuk menyerahkan cenderamata tanda ingatan daripada pihak rakyat jelata di Republik Arab Mesir ini kepada YTM Tunku. Acara dewan malam itu berakhir dengan bacaan doa yang disampaikan dengan cukup tertib oleh Pemangku YDP MKKK Ustaz Nazrul sebelum YTM Tunku dan YABHG Toh Puan serta lain-lain VIP dibawa ke Kafeteria ARMA untuk majlis santapan.



Penyampaian cenderamata kepada YTM Tunku Bendahara
 

Us Nazrul membaca doa penutup majlis..Alhamdulillah..Amin...

Selesai santapan, YTM Tunku dan YABHG Toh Puan telah berkenan menandatangani buku lawatan sebelum mengambil gambar kenang-kenangan bersama pegawai-pegawai KBMK, JPMK dan juga pimpinan pelajar.



Majlis santapan di kafeteria ARMA
Jamuan VIP
 
YTM Tunku Bendahara menandatangani buku lawatan
YABHG Toh Puan Bendahara menandatangani buku lawatan
Bersama YTM Tunku Bendahara, YABHG Toh Puan Bendahara, YTM Tunku Harunarrasheed dan pegawai2 KBMK dan JPMK
Bersama pimpinan pelajar

27hb.Disember, rombongan YTM Tunku berlepas pulang melalui Terminal 2 menggunakan Penerbangan Emirates melalui Dubai. Saya bersama En. Saiful Kuasa Usaha Sementara KBMK, En Iskandar dan En Ahmad Waseef menghantar YTM Tunku dan rombongan sehingga ke pintu masuk Balai Berlepas, sementara beberapa orang pimpinan pelajar, Fairuz dan isteri saya  hanya berpuas hati sekadar berada di bahagian luar.


Kepada YTM Tunku dan YABHG Toh Puan, semoga pihak patik serta patik-patik di sini telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dengan sebaik-baiknya dalam melayani YTM Tunku dan rombongan. Di atas segala kekurangan dan kesilapan, patik-patik di sini  sembah ampun dan maaf.....Junjung Kasih dan Ampun Tuanku....


Gambar-gambar dari : Paparahi dan Fairuz. - Tq :)


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan syabas kepada Tuan Syeikh serta semua warga anak-anak Kedah Darul Aman yg telah berjaya merealisasikan lawatan YTM. Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara dengan penuh adat dan protokol yg sewajarnya dan acara tersebut begitu hebat dan hampir setaraf seakan akan majlis yg dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, tahniah sekali dan semuga usaha dan sumbangan yg dibuat akan mendapat keberkatan serta hidayah dr Allah s.w.t., insyaallah, semuga hubungan dapat diteruskan dan terus cekal dengan daya kepimpinan yg ada, sambutlah salam dari kami semua ahli rombongan buat warga Kedah Darul Aman di Perlembahan Nil semuga terus sukses dan beroleh kejayaan, terima kasih - mohd. sobri

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam En.Sobri...
Saya dan semua warga Kedah di sini amat2 berterima kasih di atas segala bantuan, pertolongan serta tunjuk ajar dlm memahami adat istana dan protokol yang telah diberikan oleh En.Sobri dan Pn.Mardu..Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNYA untuk kita semua.Semua anak-anak Kedah di sini merasa cukup bertuah kerana dilawati YTM Tunku Bendahara dan YABhg Toh Puan dan semua rombongan..Semoga kita dapat jumpa lagi di lain masa..Insya Allah.