Ahad, 3 Januari 2010

BERUBAH ATAU REBAH...

Salam rindu dari kejauhan..

Akhirnya musim imtihan atau peperiksaan pun tiba ...Setelah bergelut dengan kelas pengajian di bilik-bilik dan dewan-dewan kuliah sebelum ini hampir setiap hari kecuali pada hari cuti, semua siswa dan siswi Al-Azhar kini sedang bersiap sedia buat hari-hari terakhir dengan sepenuh daya dan tumpuan untuk menghadapi peperiksaan Semester Pertama ini.

Tidak berapa hari saja lagi, imtihan yang ditakuti sebahagian pelajar dan dinanti detiknya oleh sebahagian yang lain pasti tiba jua.! Ia ditakuti oleh mereka yang tidak bersedia untuk bertemunya kerana miskin persiapan dan papa ilmu pengetahuan yang dicurah oleh para pensyarah saban hari di universiti. Imtihan pula dinanti-nanti detiknya oleh mereka yang kaya dengan persedian dan mewah dengan persiapan ilmu curahan pensyarah dalam pengajian mereka selama ini. Mereka ini tidak sabar-sabar untuk masuk ke Dewan Peperiksaan bagi menghambur dan melepaskan segalanya dari ilmu pengetahuan yang banyak itu.....

Sehari dua ini adalah minit-minit akhir untuk berubah...Berubah sepenuhnya....Untuk melakukan pecutan akhir dan pusingan 360 darjah.... Bagi yang mudawamah dan muwazhabah selama ini, masalah hampir tiada untuk memberikan yang terbaik dalam imtihan. Mudawamah dan muwazhabah bermaksud konsisten, istiqamah dan berdisiplin dalam waktu belajar dan mengulangkaji pelajaran. Tetapi, bagi mereka yang malas dan culas, yang jarang menjenguk bilik dan dewan kuliah, mereka inilah kumpulan yang pasti bermasalah dalam imtihan nanti....andai kumpulan Mudawamah dan Muwazhabah melakukan pecutan akhir dengan bijak, kumpulan ini pasti CEMERLANG! Dan....bagi kumpulan yang malas dan  culas pula, andai mereka benar-benar insaf dan berubah, mereka tetap masih lagi punya waktu untuk sekurang-kurangnya BERJAYA dalam imtihan itu nanti.

Mereka tiada pilihan lain sebenarnya...BERUBAH atau REBAH !!!!

SELAMAT MENEMPA KEJAYAAN..!!!!

Tiada ulasan: