Selasa, 5 Januari 2010

TAKLIMAT PEKELILING PENJAWAT AWAM LUAR NEGARA

Salam rindu dari kejauhan..

Tanggal 4hb.Januari 2010, saya dan lain-lain 9 Pegawai HEP Negeri termasuk dua Pembantu Kewangan dari Selangor Darul Ehsan dan Terengganu Darul Iman telah mengikuti satu sesi taklimat yang disampaikan sendiri oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, En.Saiful Anuar Mohammad. Program yang dianjurkan Unit Akademik Dan Latihan Kelab Keluarga Pegawai Negeri Mesir (KELUARGA) ini, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Rumah Negeri Sembilan. Turut bersama mengiringi En.Saiful Anuar pada petang itu, En.Iskandar Setiausaha Ketiga KBMK.

Program bermula dengan ucapan aluan Pengerusi KELUARGA Ustaz Abdul Halim Saljadi sebelum En. Saiful Anuar dijemput memberikan ceramah dan penjelasan berkenaan pekeliling yang berkaitan penjawat awam di luar negara. (PERATURAN KHIDMAT LUAR NEGERI)- Pekeliling Bil.2 Tahun 1994. Banyak perkara yang diperincikan oleh beliau pada petang itu dan ia menjadi lebih mudah dengan bantuan LCD. Selain itu, beliau juga turut melayani banyak pertanyaan yang dikemukakan oleh kebanyakan yang hadir pada petang itu.


Pengerusi Majlis, Ustaz Hanif Pegawai HEP Johor

Ucapan aluan Ustaz Halim Saljadi Pengerusi KELUARGA

En.Saiful Anuar Mohammad KUasa Usaha Sementara KBMK


En.Iskandar membantu melancarkan ceramah
Majlis terpaksa ditangguhkan untuk solat Asar sebelum disambung dengan makan tengah hari yang agak lewat selain sesi soaljawab yang terus diadakan pada waktu yang sama. Majlis berakhir dengan penyampain cenderamata dan sesi bergambar.


Makan tengah hari "nasi ayam istimewa"

Tiada dalam gambar, En.Daud, Pembantu Kewangan Negeri Selangor
Bagi pihak KELUARGA, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada KBMK khususnya kepada En.Saiful Anuar selaku penceramah juga kepada Tuan Hj. Zain Pegawai Negeri Sembilan selaku tuan rumah selain kepada Tuan Hj.Ahmad Kamal selaku Pengerusi Unit Akademik Dan Latihan KELUARGA yang mengambil inisiatif segera menganjurkan program yang penting ini.

Tiada ulasan: