Jumaat, 24 Julai 2009

PING PONG PERSAHABATAN ANTARA PILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI NEGERI

Salam rindu dari kejauhan..


23hb Julai 2009 - Khamis, bermula jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, berlangsung sukan ping pong persahabatan antara pilihan pegawai-pegawai kebajikan negeri termasuk pegawai-pegawai di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Bersama pegawai-pegawai negeri dan kedutaan yang turut serta

Kebetulan hari tersebut adalah hari cuti umum di Mesir sempena Revolution Day, maka ia telah memungkinkan kehadiran hampir semua pegawai ke kejohanan ini. Pegawai Sabah yang sudah lima tahun berkhidmat di sini, Us. Sabli telah diamanahkan sebagai ketua urusetia. Beliau memang dikenali cukup mahir dalam acara ini dan beliau juga pegawai yang paling lama bertahan sebagai pegawai kebajikan anak negeri di Mesir ini.


Pilihan Kedah Darul Aman

Sukan untuk ukhuwwah tapi buat yang terbaik!

Setelah diundi, pilihan Kedah telah ditakdirkan berada dalam satu kumpulan dengan negeri-negeri "giant killer" dalam acara ini di sini iaitu Sabah dan Terengganu selain Pahang dan Wilayah Persekutuan. Manakala dalam kumpulan B, pasukan-pasukan yang turut serta termasuklah pilihan Kedutaan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.


Sebelum perlawanan perseorangan dengan Pegawai Pahang

Kalau tidak kerana kalah dengan Pahang dan Sabah, sudah tentu Kedah akan melangkah lebih jauh. Dalam kejohanan sukan ping pong yang bertujuan merapatkan ukhuwwah antara pegawai-pegawai yang sedang bertugas di sini selama hampir sehari suntuk ini, negeri Pahang Darul Makmur telah muncul Johan mengalahkan pilihan pertama kejohanan iaitu Sabah.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, di situ kita buat yang terbaik!!!


4 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Salam dari SP. Teringat waktu mengaji Engineering di Australia dulu, ana lah juara ping-pong di kalangan member2 di waktu itu. Habis semua mat saleh ana pukui. Final pun dgn mat saleh. Ana pukui straight set! Kalau ana ada di Mesir la ni, boleh kita fight. Aloq Staq lwn SP. He he he.....

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Subahanallah...Tumpang ana kat sini, mailah singgah kat bumi ambiya' ni..kot2lah anta pi umrah melalui sini. Serghonoklah kalau leh beljaq main ping pong dari anta sahabat. yg budak kecik dalam pasukan tu anak ana...Muhammad.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ust Halim Nasir berkata...

InsyaALLAH, kalau diizin ALLAH, kita fight sampai titisan peluh yg terakhir!