Isnin, 2 Ogos 2010

AQIQAH DI RUMAH MALAYSIA - MOHANDISEEN

31 Julai 2010, saya sekeluarga mendapat jemputan melalui email, untuk menghadiri majlis kenduri aqiqah puteri sulung Encik Saiful Anuar Mohammad, Kuasa Usaha Sementara, bertempat di Rumah Malaysia, Mohandiseen. Saya mengajak Ustaz Fared, Pegawai HEP Pahang sekeluarga untuk pergi menaiki kereta saya sahaja bagi mengelakkan masalah mencari tempat parking nanti.


Jemputan mula memenuhi ruang majlis seusai solat Jumaat di masjid berhampiran. Hampir kesemua pegawai KBMK, JPMK dan pegawai-pegawai negeri hadir bersama keluarga termasuk juga dari MPOB, Matrade dan Petronas. Turut memeriahkan majlis, pegawai-pegawai dari Alex, seperti Puan Zakiah Zaidon, Ustaz Ishak, dan Encik Idris yang datang membawa keluarga masing-masing. Majlis dimulai dengan selawat beramai-ramai diketuai Us Hanif Pegawai HEP Johor, manakala  Ustaz Ishak, pegawai MARA yang datang dari Alex, membacakan doa selamat.






 
En Saiful menumbangkan seekor kambing biri-biri atau dikenalli di sini dengan kharuf  yang besar. Seronok melihat peminat-peminat kambing seperti Us. Farid yang cukup bersemangat melayan kambing dan tulang-tulangnya. Walaupun hati ini bimbang mengenangkan sehari dua ini saya memang kerap melayan kambing, saya tetap jadi semangat melihat rakan-rakan yang ramai meminati spesis yang makin mahal itu.

 
Terima kasih banyak En Saiful, semoga anakanda yang diraikan akan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah selalu hendaknya...bahagia dan bertuah dunia akhirat.

Tiada ulasan: