Ahad, 1 Ogos 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN DI MANSURAH - 29 JULAI 2010

Tanggal 29 Julai 2010. saya dan rakan-rakan Pegawai HEP Negeri ke Mansurah untuk bersama menjayakan "Sehari Bersama Pelanggan" yang dianjurkan JPMK di Hotel Ramada salah sebuah hotel yang agak besar di sana.

Bertolak dari Kaherah sekitar jam 10.00 pagi, saya dan Peg HEP Pahang, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan mengambil jalan menyusur gigi Sungai Nil sebelum terpaksa meredah kesesakan di jalan berhampiran Stesen Keretapi Bawah Tanah Shoubral Khemah. Laluan lebuh raya yang memang terkenal sesak dengan kenderaan menyebabkan hampir dua jam lebih juga untuk sampai ke sana.  Sampai di Mansurah, perut pun sibuk menyanyi....dapat makan tengahari di sebuah Restoran Indon yang dikatakan paling sedap di tengah bandar Mansurah cukup merujakan sekali. Resepi Ayam Bakar Kuah Kacang dan Ayam Penyet serta sup selain nasi memang sungguh menyelerakan.


 

Sampai di Hotel Ramada, rakan-rakan dari JPMK dah bersiap.sedia diketuai Pengarahnya Prof Madya Dr Jamil. Selain dua Atasenya di Kaherah En.Zulkifli dan En,Khairi. turut bersama Puan Zakiah Atase khas JPMK di Iskandariah. Pihak JPMK menyediakan kemudahan  untuk semua pelajar di Mansurah yang tak perlu ke Kaherah untuk membuat pengesahan dan sebagainya dari pihak JPMK. Begitu juga pihak Kedutaan yang turut bersama pada hari itu menyelesaikan masalah pelajar khasnya berkaitan pasport dan visa. Dua pegawainya En Iskandar dan En Ahmad Wasif dihantar untuk tujuan berkenaan. Pelajar-pelajar yang hadir dan para tetamu disediakan sedikit juadah oleh pihak JPMK.









Turut bersama Pegawai JPA, En Azam dan Atase Agama KBMK Ustaz Abdullah selain pegawai HEP Negeri yang sedia melayani sebarang pertanyaan dan cuba membantu khasnya dari kalangan anak-anak negeri masing. saya sempat bertemu wajah dengan enam anak negeri Kedah yang kesemuanya dari bidang perubatan. Kecuali seorang yang memang telah memperolehi biasiswa JPA, 5 yang lain sedang mencari penaja. Saya menjelaskan kepada mereka tentang pinjaman YINK, bantuan zakat Jabatan Zakat Negeri serta prosedur yang berkaitan. Seorang pelajar lelaki persendirian dari Sungai Petani yang baru menerima keputusan peperiksaan tahun satunya dengan ceria memberitahu saya bahawa dia memeperolehi pangkat MUMTAZ!  Tumpang bangga walau bukan anak saya sendiri....Tahniah!!! Tahniah Sahli...Tahniah juga buat anak-anak yang lain yang berkongsi kejayaan mereka dengan saya...


Malam itu, saya sampai ke rumah hampir tengah malam setelah sehari suntuk di Mansurah.....

Tiada ulasan: