Isnin, 30 Ogos 2010

BERBUKA DI RUMAH MALAYSIA - 28 / 8 / 2010

Tanggal 28hb Ogos 2010, saya sekeluarga dan lain-lain rakan pegawai HBS serta teman-teman dari Agensi-agensi Malaysia di sini hadir memenuhi jemputan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar malaysia Kaherah (KBMK) En Shaiful Anuar Muhammad yang mengadakan Majlis Ifthor di "Rumah Malaysia" iaitu kediaman rasmi TYT Duta Besar Malaysia di sini. Boleh dikatakan hampir kesemua jemputan hadir bersama keluarga masing-masing dengan pelbagai juadah berbuka dalam Majlis Ifthor berkonsepkan "Potluck" itu.

 
 




Selain berbuka, solat jamaah Maghrib dan Isya', juga turut diadakan solat sunat Tarawih berjamaah dan juga Tazkirah. Solat Tarawih dan sesi Tazkirah dipimpin Atase Agama KBMK iaitu Ustaz Abdullah Mat.






Kepada YBhg. En Shaiful diucapkan Jazakumullah Khairan Kathiran. Semoga Allah SWT memberkati kita semua dan mengganjari amalan kita dengan pahala berlipatkali ganda di bulan suci lagi mulia ini.

Tiada ulasan: