Ahad, 8 Ogos 2010

TIM. PEG. KEWANGAN NEGERI DAN KPP JKR KEDAH PULANG..

7.00 pagi 8/8/2010, saya ke hotel penginapan Datin Sepiah Timbalan Pegawai Kewangan Negeri serta Tuan Haji Rosli Ketua Penolong Pengarah Bangunan Jabatan Kerja Raya menjemput mereka makan pagi di rumah saya. Bang Ya yang turut check out dari hotel yang sama terus ke "rumah tamu" asrama, sementara saya membawa Datin Sepiah dan Tn Haji Rosli serta dua anak gadis Datin Sepiah singgah ke Asrama Darul Aman 1 di Awal Sabeik untuk lawatan singkat di situ. Saya sempat membawa masuk mereka ke salah satu rumah banat di situ sebelum saya mengiringi Datin Sepiah dan Tn Haji Rosli meninjau sehingga ke bumbung bangunan.






Bang Ya saya jemput untuk turut sama bersarapan di rumah saya pagi itu, selian Tn Haji Rosli dan Datin Sepiah  serta anak-anak gadisnya. Selesai sarapan, Mr. Manyalawi sampai untuk menyelesaikan proses serah terima serta turun tanda tangan projek baik pulih bangunan Asrama Darul Aman 2 di 'Asyir dengan Tn Haji Rosli.. Selesai bergambar kenangan, saya segera menghantar semua ahli rombongan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
Buat semua para tetamu, semoga berpuas hati dengan layanan yang telah diberi dan semoga kita dapat bersua lagi, Insyaallah.

Tiada ulasan: