Sabtu, 28 Ogos 2010

ZIARAH PELAJAR SAKIT DI ISKANDARIAH

Tanggal 27 Ogos 2010, saya bersama isteri dengan ditemani Akhi Zahran Pemangku YDP MKKK, serta Akhi Suhaib Ar Rumi dan 3 orang banat HEWI berlepas ke Iskandariah sekitar jam 9 pagi untuk menzirahi seorang pelajar perempuan 'banat Kedah' yang sedang sakit di sana Turut bersama dalam kereta yang saya pandu sendiri pergi balik ke bandar pelancongan terkenal di Mesir itu, Pak Din seorang warga Negara Indonesia yang dikatakan mahir dalam ilmu perubatan berkaitan  makhluk halus. Terdahulu Akhi Zahran ke Haiyyu Asyir menjemput Pak Din dengan motornya.

Tiga jam memandu dengan kelajuan standard 110 km - 120 km sejam, saya sampai ke sana dengan selamatnya. Ukhti Khatijah Ahmad, Mandubah Iskandariah terpaksa ke sebuah masjid tidak jauh dari rumah yang dituju iaitu "Bait Ithar Hanani" kerana saya tersilap masuk lorong. Saya sangat simpati melihat keadaan pelajar yang kelihatan hampir hilang ingatan dan kerasukan jin  itu. Terkejut mendengar suara garau keluar dari mulutnya....... cukup untuk difahami ada benda asing dalam tubuh kasarnya. Sesekali dia menjadi ramah dan ketawa keanakan dan dalam waktu yang lain dia lansung tidak boleh bercakap walau sepatah....Yang keluar adalah suara "harimau" . Pendek kata, dalam tubuh kasarnya banyak dengan jin-jin yang menumpang...




Pak Din berikan air yang didoakannya pada banat yang sedang hebat diuji ini. Hampir dua jam  juga saya di rumah yang dikatakan banyak jin itu. Sebelum melangkah pulang, sekali lagi Pak Din melakukan rawatan terhadap pesakitnya. Rawatan di tempat tidur dalam bilik pesakitnya itu turut  ditemani 'oghang ghumah' dan ahli-ahli bait yang lain.
 

Jarak kurang lebih 250 km dari Iskandariah ke Haiyyu Sabiek menyebabkan perjalanan pulang tiga jam mengheret saya dan lain-lain berbuka puasa dalam perjalanan. Alhamdulillah kerana sebelum keluar dari Iskandariah saya sempat membeli 'nasi mandi' di salah sebuah 'Hadhramot" di sana. Pengalaman berbuka puasa di tepi lebuh raya Alexandria - Cairo cukup indah untuk dikenang.




Sama-samalah kita doakan agar pelajar ini segera kembali pulih.

2 ulasan:

halim nasir berkata...

Ya ALLAH! Kasihani dia Ya ALLAH....Kasihani kedua ibu bapanya Ya ALAH, wahai Zat Yg Maha Pengasih dan Penyayang. Sembuhkan dia Ya ALLAH...

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin....
Kita tengah usahakan untuk bawa pelajar ni balik dan mendapat rawatan lanjut dia sana. Pohon didokan agar Allah permudahkan segala urusan....