Isnin, 4 Januari 2010

43..SEDARLAH WAHAI DIRI!!!

Salam rindu dari kejauhan..

Tanggal 3hb Januari 1967 di sebuah katil Wad Bersalin di Hospital Alor Setar,  Kedah Darul Aman, lahirlah seorang putera..iaitu anak lelaki sulung kepada pasangan Haji Ahmad Haji Ibrahim dan Hajjah kalsom Haji Itam lalu dia diberi nama ..."Yusoff Bin Haji Ahmad". Dan hari ini genaplah sudah umur saya 43 tahun...Ya Allah..bantulah hambaMU untuk terus mengingatiMU di setiap detik hidup ini..mensyukuri segala nikmat pemberianMU dan bantulah hambaMU Ya Allah dalam melaksanakan tanggungjawab yang ENGKAU pikulkan di bahu ini sebagai khalifahMU...Allahumma Aaameen.

Buat kali pertama ,setelah lebih empat puluh tahun saya berpeluang menyambut hari lahir, saya  bertemu dengan sambutan yang sebegini meriah....Apa tidaknya, kalau selalu saya anak beranak sahaja yang akan buat sambutan kecil-kecilan sehingga orang lain pun tak perasan, tetapi kali ini...kat Mesir ini, Subhanallah...saya rasa sangat dihargai oleh anak-anak kat sini..

Tak sangka sungguh, tanpa dirancang ...ramai-ramai mereka turun ke rumah saya...bawa masakan dan kek untuk meraikan hari lahir Abah mereka ini secara beramai-ramai. Satu dua tiga hari gak ghumah saya dihadiahkan kek hari lahir...Oghang ghumah saya sekadar buat "mee bandung" dan sediakan "air minum", manakala yag lain dibawa oleh anak-anak kat sini...Dah bawa kek-kek bawa pulak "mee kari"..



 

 



Malam tu, selain anak-anak perempuan yang ghamai turun, saya juga jemput beberapa anak-anak lelaki untuk turut serta merasa juadah sempena kenduri hari lahir tanpa dirancang rapi itu...

  
 



 

 

 

 

 


Abah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas ingatan anak-anak semua yang bersusah payah menyediakan kek dan lain-lain untuk hari lahir Abah walaupun dalam keadaan hampir imtihan ini. Abah, Mama dan keluarga doakan semoga semua anak-anak sekalian akan dikurniakan ganjaran pahala berlipatganda di akhirat dan memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti.....

Pada diri...Sedarlah bahawa bertambah umur itu bererti bertambah dekatnya kamu dengan lubang kubur kamu..dengan detik mati kamu!! Apakah kamu sudah bersedia untuk ke sana..? Telah cukupkah amalan kamu..? Bagaimana anak-anak dan isteri kamu..? Apakah mereka sudah kamu pastikan mampu meredah samudera kehidupan yang penuh pancaroba ini kiranya kamu dijemput pergi nanti?? Sedar dan insaflah sebelum terlambat....Bahawa ramai yang sudah yang tertipu dengan fatamorgana dunia yang dilihat serba indah dan mengasyikkan ini.!






Tiada ulasan: