Sabtu, 2009 November 14

MALAM AKHIR BERSAMA AYAHANDA..

3 comments
Save to del.icio.us 0 hits!

Salam rindu dari kejauhan...

Tanggal 13hb November 2009, tinggal berbaki semalam cuma untuk saya lalui di tanah air sebelum berangkat kembali ke Mesir. Awal-awal lagi saya dah bersetuju dengan Mama untuk balik dan tidur di kampung bersama Ayah. Lalu, di celah-celah rindu pada anak isteri di Lembah Nil yang makin marak menyala, saya memandu pulang ke kampung bersama Mama tercinta.


Ayah Ibu yang selamanya tak akanku terbalas jasa mereka!!

Malam itu, saya puas berbual panjang dengan Ayah dan Mama....hanya bertiga.! Maklumlah pada usia emas Ayah yang dah mencapai hampir 85 tahun dan juga Mama yg dah hampir mencecah 70 tahun, tentu saja banyak perkara yang berlegar-legar di kotak pemikiran saya...Entah bila pula saya akan dapat terbang kembali bertemu Ayah dan Mama tercinta.


 Bangga jadi anak Ayah!!


 
 Pelukan akhir seorang Ayah..


 
 Mengucup dahi Ayah yang lagi Guruku..

Pagi Sabtu, sebelum balik bersiap-siap di rumah saya sendiri di Alor Setar, saya wida' dengan Ayah, Mama, Ummi dan keluarga di kampung, memohon ampun maaf, memperbaharui wasiat dan pesan...Bila saya memeluk ayah buat terakhir kalinya, Ayah saya yang nampak makin kecil tubuhnya berbanding dulu itu...bergenang air matanya! Nampak benar-benar pasrah pada pertemuan dan perpisahan yang segalanya ditentukan Allah..


Mencium tangan yang membesarkan diri ini dari sebesar tapak tangan...

 
 Mengucup dahi Mama kandungku..


 
 Mengucup dahi Ummi - isteri kedua Ayah


 
Bersama anak sulung Ummi - adik Norsyafinah
Moga kita dapat jumpa lagi !!

Khamis, 2009 November 12

KE WISMA DARUL AMAN, MAIK DAN JHEAIK

0 comments
Save to del.icio.us 0 hits!

Salam rindu dari kejauhan...

Tanggal 12hb November 2009, Khamis saya diminta En.Helmi SU Sulit Kanan MB ke pejabatnya untuk menyelesaikan urusan berkaitan sumbangan lembu sempena Hari Raya Korban dari pejabat YAB MB. Sekitar jam 10 pagi, saya dan Fairuz ke Pejabat YAB Dato Seri MB bertemu En.Helmi.


Di bilik En Helmi


Ucapan terima kasih dan menerima amanat akhir



Salah satu gambar pemandangan yang cantik di Wisma Darul Aman

Saya telah diserahkan wang tunai sekitar RM10 ribu untuk nilai dua ekor lembu di Mesir. Sebenarnya, semasa bertemu YAB Dato' Seri MB kelmarin, saya dah maklumkan kepada beliau bahawa harga lembu makin mahal di Mesir berdasarkan laporan yang diterima dari "orang lama Kedah di Mesir" iaitu Pak Tam Syaari. Setelah membuat perakuan terima di hadapan En. Helmi dan disaksikan pembantu tadbir saya, Fairuz, saya dibawa masuk sekali lagi bertemu YAB Dato' Seri MB bagi tujuan mengucapkan penghargaan terima kasih dan menerima amanat akhir beliau untuk pelajar Kedah di Mesir khasnya dan di Timur Tengah (Jordan, Syria) amnya.

Keluar dari Wisma Darul Aman, saya dan Fairuz berkejar ke Money Changer untuk menukar ringgit Malaysia ke Dolar Amerika sebelum terus ke Majlis Agama Islam Kedah. Saya sempat bertemu Setiausaha Baitul Mal dan beberapa rakan lama di MAIK sebelum naik ke tingkat atas untuk kunjungan hormat kepada YDP MAIK SS Dato' Syeikh Uzir bin Baharom. Saya harap SS Dato' dapat pertimbangkan bantuan yang dipohon...


Tuan Syeikh Fakhrulrazi Yob - Setiausaha Baitul Mal MAIK



 Bersama SS Dato' Syeikh Uzir Baharom YDP MAIK dan sdr. Fairuz

Di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, saya membuat kunjungan hormat bertemu Ybhg. Dato' Pengarah Dato' Kharuddin bin Zain selain bertemu mesra dengan Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JHEAIK Tuan Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim dan rakan-rakan lama di Bahagian Pendidikan JHEAIK.


Bersama Ybhg.Dato' Pengarah JHEAIK
  

Di bilik Tuan Syeikh Ismi, Pendaftar Sekolah Agama JHEAIK



Kenangan bersama rakan-rakan lama di Bahagian Pendidikan JHEAIK



Petang terakhir di YINK



Petang itu, sebelum keluar ofis, saya minum petang dengan Tn Hj. Zuhdi di biliknya sambil mendengar arahan dan pesanan-pesanan akhir beliau.

Rabu, 2009 November 11

BERTEMU YAB DATO' SERI MB

2 comments
Save to del.icio.us 0 hits!

Salam Rindu dari kejauhan

Jam 2 petang, sebaik tamat kuliah agama di Bangunan Sultan Abdul Halim, saya masuk semula ke ofis. Jam 5 petang ini saya dijadual bertemu YAB MB. Rencana awal untuk ke sana dengan Tn.Hj. Zuhdi Pengurus  Besar YINK tak berlaku kerana beliau mempunyai urusan lain. Akhirnya setelah masuk ke biliknya dan menerima beberapa pesanan dari beliau, saya bertolak ke Blok baru Wisma Darul Aman  ditemani pembantu tadbir saya yang pulang bercuti di Kedah, sdr. Fairuz.


"Orang berbudi..,kita berbahasa.".Bersama En.Helmi SU Sulit Kanan MB


Kebetulan petang itu YAB MB agak lama dalam mesyuarat Exco yang memang diadakan pada setiap Rabu. Setelah agak puas juga berbual dengan SU Sulit Kanan MB dan Peg. Khas Agama MB serta beberapa rakan lain di pejabat MB, saya dipelawa minum di bilik sebelah. Baru minum seteguk dua, saya diberitahu kakitangan pejabat MB, "Dato Seri MB dah masuk ke biliknya". Kelam kabut...

Dalam pertemuan dengan beliau, saya jelaskan berkenaan keadaan pelajar perubatan tajaan YINK yang dibawa pulang dan bagaimana latarbelakang kejadian kemalangan yang melibatkan pelajar berkenaan. Jangkaan bahawa pertemuan pasti singkat dan ringkas kerana Dato' Seri MB letih sebab lama dalam mesyuarat Exco nyata meleset apabila laporan ringkas berkenaan peperiksaan pelajar al-Azhar yang saya beri nampak tidak memuaskan hati beliau. Dato' Seri MB minta dokumen yang saya bawa sebagai backup maklumat...siap teliti satu satu!


YAB Dato' Seri MB Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak

 
Bilik YAB MB di blok baru Wisma Darul Aman

Selepas dihidang dengan secawan lagi kopi dan minum bersama Dato' Seri MB, saya meminta jasa baik  Dato' Seri MB untuk mendapatkan sumbangan lembu sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Dato' Seri MB Ustaz Azizan tanpa banyak soal mengarahkan SU Sulit Kanan beliau En.Helmi supaya memberikan dua ekor lembu sempena Hari Raya Korban kepada saya. Sebelum pulang, saya menyerahkan "tanda ingatan" anak-anak Kaherah kepada Dato Seri' MB.


"Kasih sayang" anak-anak Kedah Mesir untuk YAB MB

 
Bersama YB Dato HJ.Taulan Rasul

Saya terserempak dengan YB Dato' Hj.Taulan Rasul Exco Agama dan Pendidikan negeri sewaktu keluar dari lif. Rupanya kisah berkenaan pelajar perubatan tajaan YINK yang saya bawa pulang juga telah diketahui beliau walaupun tidak secara detail. Serba ringkasnya, saya terangkan latar belakang kejadian kepada beliau.


Haji Zubir yang gigih...


Pulang dari Wisma saya langsung ke Farmasi Zubir di Pokok Sena untuk mendapatkan bekalan ubat kolestrol untuk dibawa pulang ke Mesir. Pemiliknya, Hj.Zubir adalah sahabat saya, seorang anak kampung yang dulunya susah, namun di atas kesabaran dan kegigihan belajar dari bangku sekolah rendah hinggalah sampai ke menara gading...,akhirnya beliau hari ini menjadi seorang ahli farmasi yang berjaya.

KE MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

0 comments
Save to del.icio.us 0 hits!

Salam rindu dari kejauhan....

Hari keempat di Malaysia, Rabu..,saya menolak dengan baik untuk bersarapan di rumah kak Hamidah untuk memastikan perut saya kosong sekurang-kurangnya 10 jam. Tujuan berbuat demikian kerana saya dah siap dalam jadual tiap kali balik ke tanah air untuk ke Farmasi Utara, tempat biasa saya melakukan pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dan kolestrol. Hampir enam bulan saya di Kaherah, Alhamdulillah tekanan darah dan gula saya masih stabil, cuma kolestrol saya melepasi tahap normal...hu..hu..:(


Lebih baik tahu dari tak tahu...(dalam banyak2 farmasi, kat sini yang bila kita dicucuk tak berapa rasa sakit)


Keluar dari Farmasi Utara, saya ke Maktab Mahmud Alor Setar, sekolah lama saya dan isteri...belajar dan mengajar satu masa dulu. Hajat membuat kunjungan hormat bertemu Pengetua barunya yang masih muda, Syeikh Syafie Ismail, namun beliau dimaklumkan sedang mengikuti kursus di Genting Highland. Seronok kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang hanya tinggal beberapa orang itu....Manakala kebanyakan guru Maktab Mahmud Alor Setar sekarang adalah 'orang baru'.


 Aku pernah belajar di sini....


 
Aku pernah mengajar di sini...



Bersama Teacher Munirah (kak iparku) dan Ustazah Nasriah (sahabat baik isteriku)



 Gigih dan dedikasi..(Bilik Guru Puteri)



 
 Bersama guru paling senior..Ustat Man..


 
Guru Bahasa Inggeris warga India Mr.Nala..

 
Bilik Guru Putera..
 
 
Bersama rakan-rakan lama Us.Jamil Mohammad (mantan Pengetua Maktab Mahmud Yan), Cikgu Ramli, Cikgu Hamidon dan Cikgu Zaki

Jam 1 petang, time rehat pejabat...saya singgah di tingkat 12 Bangunan Sultan Abdul Halim menggantikan Ybhg.Ustaz Hafez Mustafa dalam slot kelas agama. Sebelum saya berhijrah ke Kaherah dulu, saya memang regular setiap Selasa dengan kakitangan di bangunan itu.



Melepas rindu..
 
 
satu-satunya lelaki...di hujung dalam gambar!!

 
Mereka yang setia..

Hampir enam bulan selepas saya berhijrah, nampaknya yang bertambah masih golongan hawa dalam kelas agama di situ, manakala golongan lelaki masih "malu-malu" seperti dulu. Hari itu hanya seorang lelaki di tengah-tengah puluhan wanita!!!

Video

About Me

Komuniti

Ilmu dan Masyarakat

Hits

Berita Harian : Nasional

Al-MuttaqinTV

Pengikut