Selasa, 29 Jun 2010

SELAMAT TINGGAL SALAHALDIN ......

29hb.Jun 2010,  buat kali terakhir saya membawa isteri dan semua anak-anak ke Salahaldin International School (SIS). Sebenarnya 5 anak saya yang bersekolah sejak setahun yang lalu di sini sudah mula bercuti panjang pada minggu lalu lagi. Hari ini, saya dan ibubapa lain dijemput pihak sekolah untuk menerima keputusan peperiksaan penggal akhir pengajian anak masing-masing.

Keputusan Aufa dan Muhammad saya ambil di sebuah bilik di tingkat bawah yang disediakan khas untuk keputusan peringkat menengah , sementara 3 adik mereka yang lain - Mujahid, Ziyad dan Mubarak - di bilik lain di tingkat satu SIS bagi peringkat sekolah rendah.


 Alhamdulillah, secara keseluruhan nampaknya anak-anak saya mampu juga bersaing dengan pelajar-pelajar di sini. Sukatan pelajaran yang lebih tinggi daripada apa yang mereka perlu hadapi di Malaysia, di samping 'penggredan' yang terlalu jauh bezanya dengan sistem yang digunapakai di negara kita, rupanya mampu juga mereka harungi sepanjang hampir setahun mereka di sekolah berkenaan. Bayangkan markah setinggi 60 baru lulus, sedangkan kalau di tempat kita, mereka sudah mendapat gred B! 

Saya dan isteri menggunakan kesempatan hari terakhir bagi sesi ini untuk berjumpa dengan beberapa orang guru di sini, terutamanya guru-guru kelas anak-anak saya untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih di  atas ilmu dan didikan mereka. Berjumpa dengan Miss Rima, guru kelas Ziyad, cukup membuatkan saya dan isteri merasa sangat sedih dan terharu...siap dibekalkan setiap pelajarnya sekeping CD dan sebuah buku catatan kenangan..memang beliau seorang guru prihatin, penyayang dan kreatif !

    
 
 
Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Miss Samia, guru kelas Mubarak, yang tidak putus-putus memuji anak saya itu..Alhamdulillah,melihat kepada prestasinya, Mubarak memang jelas meningkat dibandingkan dengan keputusan penggal sebelumnya. Saya juga 
sempat disapa Mr Gurhan, guru kelas Muhammad yang nyata gembira kerana Muhammad akan kekal di SIS sesi depan. Terkejut juga pihak pentadbiran SIS bila saya maklumkan keputusan saya menghantar isteri dan anak-anak yang lain pulang ke Malaysia hujung tahun ini.




Demikian perjalanan hidup....Tahniah anak-anakku....

Ahad, 27 Jun 2010

MESYUARAT SAMBUTAN PELAJAR BARU SESI 2010/2011

Tanggal 27hb Jun 2010, Ahad jam 10.30 pagi, saya dan lain-lain Pegawai HEP Negeri termasuk Atase JAKIM Ustaz Abdullah Mat di samping rakan-rakan pegawi JPMK menghadiri Mesyuarat Sambutan Pelajar Baru sesi 2010/2011yang diadakan di Bilik Mesyuarat ARMA. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Pengarah JPMK Prof.Dr.Jamil Hashim. Turut bersama dalam mesyuarat ini Pengerusi BAKAN dari negeri Perlis.

 


 
Mesyuarat memutuskan program dicadangkan akan berlangsung dalam tiga sesi iaitu 26, 27 September dan 15 Oktober 2010 yaing akan diadakan di Dewan ARMA. Program sehari suntuk itu akan diisi dengan taklimat-taklimat yang akan disampaikan pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dibantu Atase JAKIM serta Pegawai-Pegawai Negeri.

Jumaat, 25 Jun 2010

PERJUMPAAN - KELUARGA - KALI KE 5

24 Jun 2010, malam Jumaat yang berkat, seusai solat Maghrib, saya bersama rakan-rakan Pegawai HEP Negeri seperti Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Pahang termasuk Pengarah DMS Prof Madya Dr. Hasan Basri serta keluarga masing-masing berhimpun di kediaman Pegawai HEP Pahang untuk menyempurnakan perjumpaan KELUARGA kali ke 5 seperti yang diputuskan dalam perjumpaan yang lalu yang selamat diadakan dengan jayanya di kediaman Pegawai HEP Johor. Pegawai HEP Sabah Us Sabli dan Pegawai HEP Melaka En.Roslan tidak dapat bersama kerana sibuk melayan rombongan kerajaan negeri masing-masing yang baru tiba dari tanahair.

Perjumpaan kali ini sebenarnya penuh makna bagi saya dan isteri kerana  telah diraikan dengan potongan kek dan cenderamata dari KELUARGA kerana baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17 pada 2 Jun yang lepas. Turut diraikan Us.Hj.Kamal Pegawai HEP Terengganu yang menyambut hari lahir baru-baru ini selain Us.Hj.Abdul Halim Pengerusi KELUARGA sendiri yang juga baru menyambut kelahiran cahayamata. Turut diraikan sebenarnya, Pegawi HEP Melaka yang akan berlepas pulang ke Malaysia besok setelah menamatkan tugas beliau di sini. Sayangnya, beliau tidak dapat bersama atas komitmen lebih penting dengan rombongan kerajaan negeri.




Selain hidangan  secara potluck yang disediakan keluarga masing-masing seperti biasa, saya tumpang mengadakan sedikit kenduri kawarik yang dimasak sahabat lama saya Ustaz Halim sutuh, kakitangan di pejabat Pegawai HEP Pahang yang memang terkenal pakar sup kaki kambing itu. Selesai solat Isya' berjemaah di surau Asrama Pahang, majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi KELUARGA dan diikuti majlis tahlil yang disempurnakan oleh Pegawai HEP Terengganu sebelum yang hadir dijemput menjamu selera. Mengakhiri majlis malam itu, diadakan acara potong kek dan penyampaian cenderahati kepada semua yang diraikan.














Untuk tujuan rekod, beberapa orang ahli KELUARGA akan pulang bercuti panjang di Malaysia termasuk Peg.HEP Pahang sekeluarga, Peg.HEP Terengganu sekeluarga dan juga Pengarah DMS dan keluarga. Perjumpaan kali ke 6 pula belum diputuskan. Kepada Us. Farid Pegawai HEP Pahang yang sudi menjadi tuan rumah, terima kasih daun keladi dan diucapkan selamat bercuti!!..Beliau akan pulang bercuti pertengahan Ramadhan nanti.

Khamis, 24 Jun 2010

MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN, AGENSI DAN PEGAWAI-PEGAWAI NEGERI


 
 
 


 
24 Jun 2010, saya menghadiri Mesyuarat Antara Agensi KBMK yang kali ini diadakan di Rumah Malaysia jam 10 pagi yang dipengerusikan En.Shaiful Anuar Hj Muhammad selain turut diadakan selepas itu dengan Majlis Perpisahan untuk En. Roslan Abu Samah, Pegawai HEP Melaka yang akan berlepas pulang ke Malaysia pada 25 Jun 2010 kerana tempoh perkhidmatan beliau di Mesir telah tamat.

Hampir semua Ketua-Ketua Agensi dan Pegawai HEP Negeri hadir dalam mesyuarat kali ini. Turut hadir buat kali pertama dalam mesyuarat antara agensi ini adalah Pengarah DMS Prof Madya Dr Hasan Basri yang telah memperolehi status HBS di bawah KBMK selain En.Muhaimin Pegawai HEP Perak yang  baru dihantar oleh Kerejaan Negeri Perak ke sini. Majlis disudahi dengan penyampaian cenderamata kepada En Roslan Pegawai HEP Melaka dan jamuan makan tengah hari.

Rabu, 23 Jun 2010

SEHARI DI DMAK - 22 Jun 2010

MESYUARAT KONVOKESYEN GRADUAN MALAYSIA UNIVERSITI ALAZHAR 2010

Jam 10 pagi saya menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kuasa Usaha Sementara KBMK En Saiful Anuar selain turut dihadiri Pengarah JPMK Prof.Madya Dr Jamil, Pegawai-pegawai JPMK dan Pegawai-pegawai HEP Negeri.

 

 
MESYUARAT GERAK USAHAWAN 2

Jam 2 petang, selepas jamuan makan tengah hari yang disediakan  di Kafeteria ARMA, saya dan lain-lain termasuk Pengarah DMS Prof Madya Dr Hasan Basri masuk ke Bilik Mesyuarat  ARMA yang terletak betul-betul di bawah Kediaman Warden ARMA Us. Harun. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JPMK Prof Madya Dr Jamil yang menggantikan En.Saiful yang terpaksa bergegas pulang ke KBMK untuk satu lagi urusan rasmi.






Mesyuarat berakhir sekitar jam 4 petang.

Isnin, 21 Jun 2010

MALANG TIDAK BERBAU...HATI-HATI ANAKKU!!!

Tanggal 21 Jun 2010, sekitar jam 4 petang ketika baru je berehat-rehat di hari yang panasnya mencapai 43c, saya dikejutkan dengan riuh rendah anak-anak saya di bawah ," Banat Kedah terlibat dalam kemalangan jalan raya "!!

"Yallah!!! jerit Arab Mesir seorang tukang kasut yang menjadi saksi kejadian ketika saya menjengok ke bawah dari balkoni rumah. Cepat-cepat saya turun diikuti anak-anak saya yang dah pulang dari sekolah mereka. Anak saudara saya Khairi segera bawa banat Kedah yang dalam perjalanan pulang dari peperiksaan itu ke sebuah hospital di Rabaah ditemani beberapa banat lain.

Memang "simpang empat" sebelum sampai ke Asrama Darul Aman 3, tempat kejadian itu adalah simpang yang cukup terkenal dengan "kerap berlaku kemalangan". Alhamdulillah...pelajar berkenaan yang kebetulan tidak menggunakan tali pinggang keledar itu hanya mengalami kecederaan ringan di kepala dan dikedua-kedua tangannya itu hanya dirawat sebagai pesakit luar, manakala rakan-rakannya yang menjaadi penumpang belakang teksi yang dinaiki mereka tidak mengalmi sebarang kecederaan.


 
 



Semoga semua anak-anak di sini, khasnya di Haiyyu Sabeik dan amnya di mana jua berada dapat mengambil langkah lebih berhati-hati. Pakailah tali pinggang keledar...Ingatlah orang tersayang!!

Khamis, 17 Jun 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN....16 / 06 / 2010

Setelah terperangkap dalam zon penantian yang cukup panjang dan melelahkan, akhirnya kereta yang saya pesan sekian lama dari Jepun untuk kegunaan saya di sini dan "tanda mata" untuk dibawa pulang ke tanah air nanti sampai juga!! Alhamdulillah bihi tatimmus solihat..

Toyota Estima Aeras model 2002 bukanlah lagi sebuah kereta baru, namun bagi sebuah keluarga bersaiz besar 2 + 7 = 9 seperti keluarga saya, ianya cukup lumayan. Kalau di Malaysia, saya kira harganya masih lagi mencapai 100k. Yang pasti, saya cukup bersyukur kerana mendapat kemudahan memiliki sebuah kereta yang begini selesa dengan harga yang rendah jauh lebih murah berbanding harga sebenar di negara kita.


 

Semoga Allah SWT selamatkan tiap perjalanan dan berkati baki kehidupan yang masih tinggal dalam hidup yang sementara ini. 

Rabu, 16 Jun 2010

AHLAN WA SAHLAN GROUP UMRAH KEDAH DARUL AMAN

5 Jun 2010 - Group Us. Talal Pengetua M.Mahmud Merbok dan Us Fauzi Yahya Pensyarah UITM Merbok



6 Jun 2010 - Group Tn.Hj Rani dan Tok Guru Hj Jab Kepala 20




7 Jun 2010 - Group Ustazah Hjh Nazrah Yusoff Pensyarah IPDA










11Jun 2010 - Group Tuan Hj Ishak Bendahari Masjid Sultanah