Khamis, 22 April 2010

JAMUAN KESYUKURAN..

Tanggal 20 April 2010, setelah tertunda beberapa kali di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, akhirnya jamuan kesyukuran yang saya  rancang sekian lama untuk meraikan AJK terlibat yang menjayakan Majlis Lawatan YTM Tunku Bendahara dan YABhg Toh Puan Bendahara Kedah berjaya diadakan. Majlis telah diadakan di Pejabat Sementara MKKK di Asrama Darul Aman 1, Haiyyu Sabiek, Madinat Nasr, Kaherah.

Walaupun tidak semua AJK yang bertungkuslumus menjayakan majlis Diraja itu dapat hadir, namun sekurang-kurangnya mereka telah dimaklum dan dijemput untuk diraikan dengan jamuan makan malam yang boleh dikira cukup istimewa malam itu. Siangnya dengan ditemani pengarah program Saudara Zahran dan Syahid, saya membeli beberapa kilo udang besar dan juga 10 kilo sotong selain bahan-bahan masakan yang lain di Souq Thamin. Sebelum itu Zahran sudah pun membeli 7 ekor ayam. Oghang ghumah saya menyumbang masakan gulai udang manakala Ketua Penasihat MKKK Us Bakar dan pasukannya menyiapkan sotong bakar dan sotong goreng tepung. Kak Long Balkis dan rakan-rakannya pula menyiapkan ayam masak marah yang istimewa. Nasi minyak pula dimasak petang itu oleh salah seorang Exco MKKK iaitu Saudara Syahid.

 
 

 



Malam itu, setelah didahuli ucapan aluan yang disampai Pemangku YDP MKKK Us. Nazrul saya memberikan sedikit ucapan ringkas bagi menyatakan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anak-anak buah yang telah bersama saya selama ini. Tanpa mereka saya penuh yakin bahawa majlis itu pasti tidak akan berjaya. Mewakili kerajaan, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua di samping mendokan agar semua yang terlibat dan semua anak-anak Kedah di sini akan berjaya dalam imtihan semester dua yang semakin hampir menjelang tiba...




Terima kasih semua...Terima kasih daun keladi!!

Selasa, 20 April 2010

PERASMIAN ASRAMA KEDUA JOHOR DAN BARBAQUE PARTY DI SIS - 17 APRIL 2010

PERASMIAN ASRAMA KEDUA JOHOR OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM.




 













BARBAQUE PARTY DI SALAHALDIN INTERNATIONAL SCHOOL







Sabtu, 17 April 2010

SIS SPORTS DAY

Tanggal  15 April 2010, saya membawa oghang ghumah serta dua anak kecil saya menyertai menyertai Pegawai HEP Pahang dan isterinya ke Salahaldin International School Sport Day yang diadakan di Olympic Center Maadi For National Teams. Para waris pelajar dipelawa pihak sekolah hadir memberikan sokongan kepada aktiviti anak-anak di samping berpeluang ikut serta dalam acara tertentu.

Padang bolasepak di pusat sukan Maadi hari itu menjadi cukup meriah kerana dipenuhi pelajar-pelajar lelaki . Satu padang bolasepak untuk orang dewasa itu dibahagi empat oleh pihak sekolah. Empat pengadil bertugas dengan lapan pasukan bermain dalam satu masa. Teruja anak-anak lelaki saya bermain di tengah kelompok anak-anak Arab dan Turki yang sebaya tetapi bersaiz lebih besar...Pelajar-pelajar perempuan pulak diasingkan dan acara untuk mereka diadakan dalam dewan tertutup. Hanya perempuan sahaja dibenarkan berada dalam dewan berkenaan sewaktu acara berlangsung.











Saya sempat turut bermain ping pong bersama Peg HEP Pahang melayan pelajar Arab SIS yang mendapat tempat 1 dan 2 dalam pertandingan ping pong SIS hari itu. Anak saya Muhammad sekadar berpuas hati di tempat ke3 dan Mujahid pula mendapat saguhati. Semua pelajar yang menyertai acara-acara sukan yang dipertandingkan telah diberikan siji penyertaan oleh pihak SIS. Sebelum pulang, saya sempat juga bergambar kenangan dengan beberapa orang guru dan juga Pengarah SIS, Mr.Syaukat..



 
Congratulation SIS...juga buat semua anak-anak tersayang yang cuba buat yang terbaik!

Khamis, 15 April 2010

SEMARAK TAMAN-TAMAN SYURGA....

Ketika saya berada di Syria bersama rombongan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman baru-baru  ini,  saya telah diberitahu pembantu tadbir saya Fairuz yang telah dihubungi dari Kaherah memohon kelulusan mengadakan kuliah yang akan disampaikan Fadhilatus Syeikh Muhammad Ibrahim Alkittani ulamak yang tersohor dari Iskandariah. Fadhilatus Syeikh Jamal Farouk yang telah pun memulakan siri kuliahnya pada setiap malam Jumaat di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha' telah berjaya mendapat persetujuan Syeikh Muhammad Ibrahim ke Rumah Kedah dua minggu sekali kerana kebetulan Syeikh Muhammad Ibrahim yang datang jauh dari Iskandariah ada kuliah maghrib di Iskan Thullab dekat sini. Kebenaran diberi demi melihat anak-anak Kedah khasnya dan Malaysia amnya mengambil istifadah sebanyak mungkin dari kehadiran para masyayikh / dakatirah ini. Kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan...

Tanggal 14 April 2010, saya meraikan kehadiran awal Fadhilatus Syeikh Ibrahim Alkittani yang diiringi Fadhilatus Syeikh Jamal serta beberapa pembantu di Rumah Tamu. alhamdulillah kerana jamuan makan malam yang disediakan mencukupi untuk semua ahli rombongan. Malam itu, kuliah Fadhlatus Syeikh Muhammad Ibrahim turut disertai Fadhilatus Syeikh Jamal dan juga fadhilatus Syeikh Usamah yang sampai ketika kuliah baru sahaja bermula. Saya lihat ramai anak-anak Kedah yang turun bersama para ulama yang besar ini. Terdapat juga bukan anak-anak Kedah yang turut mengambil istifadah. Kuliah Syeikh Muhammad Ibrahim diadakan sebulan dua kali iaitu pada Selasa minggu ke 2 dan ke 4.


 
 
 
 
 

Selain kuliah mingguan yang disampaikan Fadhilatus Syeikh Jamal pada setiap malam Jumaat selepas solat isya, sedang berlansung juga kuliah mingguan setiap Isnin selepas maghrib yang disampaikan oleh Fadhilatus Syeikh Asyraf Hasaneen dan kuliah selepas solat Isya yang disampaikan Fadhilatus Syeikh Saad Jawish. Akan berlangsung juga kuliah Fadhilatus Syeikh  Dr. Ahmad Mamdouh dari Darul Ifta' pada Khamis selepas maghrib.

Selain kuliah-kuliah yang disampaikan masyayikh Arab, sedang berlangsung juga kuliah-kuliah yang disampaikan masyayikh Melayu seperti kuliah Baba Nan dan Baba Li dari silsilah ulama Patani selain kuliah Ustaz Nazrul Pemangku YDP MKKK sendiri. Selebihnya sedang berjalan dengan rancaknya juga sekarang ini, kelas-kelas tutorial yang dipimpin oleh ustaz-ustaz berpengalaman ..kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tak berapa lama lagi. "Oghang ghumah" saya juga tak ketinggalan menyumbang ilmu untuk membantu anak-anak di sini....

Syukur pada Allah dan tahniah pada semua yang telah bersatu hati menjayakan program-program pengajian yang diadakan di Rumah Kedah ini. Semoga kita terus semarak dengan majli-majlis ilmu....



Rabu, 14 April 2010

KURSUS PRA PERKAHWINAN DI CAIRO - 14 APRIL 2010

Sejak bertugas di sini hampir setahun, inilah kali pertama Kursus Pra Perkahwinan Islam yang menggunakan modul yang dikeluarkan JAKIM diadakan di sini. Cakap-cakap Pegawai HEP Johor Ustaz Hanif untuk menganjurkannya, akhirnya menjadi kenyataan bila beberapa pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor berkunjung ke Kaherah.

Saya bersama Ustaz Abdul Halim Saljadi Peg. HEP Selangor selain Ustaz Hanif PEG HEP Johor sendiri, yang mempunyai tauliah ceramah dalam kursus-kursus seperti itu di Malaysia dulu turut sama menjayakannya. Ternyata sambutan yang diberikan siswa dan siswi di sini sangat memberangsangkan. Hampir 300 peserta memenuhi ruang Dewan Asrama Malaysia Abbasiah tempat berlangsungnya kursus tersebut.





Saya menyampaikan dua tajuk modul iaitu Akidah dan Akhlak Islamiah yang disatukan dengan Hubungan Dalam Keluarga. Terkenang waktu-waktu sibuk tiap hujung minggu semasa di Malaysia satu masa dulu, saya antara Pegawai Agama JHEAIK yang hampir tak ketinggalan menjadi fasilitator kursus Pra Perkahwinan ini. Selepas ceramah, saya berkesempatan bergambar dengan rombongan dari Jabatan Agama Islam Johor yang kebetulan hadir di ARMA pada sesi petang itu.



Semoga perkongsian yang diberikan dapat membuka satu lagi dimensi baru minda siswa siswi Al-Azhar di sini khasnya dalam seni-seni hubungan antara suami isteri ...Bait Muslim..Baiti Jannati!!

Isnin, 12 April 2010

KEPULANGAN SEORANG HANZALAH

Tanggal 11 April 2010 seorang pelajar yang sama--sama tinggal di Asrama Darul Aman 3 dan merupakan salah seorang imam tahfiz di sini, akhirnya mengambil keputusan pulang ke tanah air. Hanzalah yang secara kebetulan dilahirkan seorang ibu yang berbangsa Cina dan berkemampuan berbahasa Cina itu dijadual berlepas ke China dalam tempoh dekat ini. Seperti yang dijelaskan ibunya kepada saya, tujuan Hanzalah ke sana selain menyebarkan ilmu khususnya ilmu Al-Quran, juga adalah untuk mendalami ilmu taichi .

Petang  keberangkatannya, Hanzalah yang bertandang ke rumah saya buat kali terakhir diraikan dengan jamuan mee bandung oleh mamanya di sini. Selain doa agar beliau yang juga murid kesayangan Syeikh Asyraf Hasaneen yang juga merupakan satu-satunya pelajar dari Malaysia setakat ini yang tamat dan mendapat ijazah dari syeikh dalam bacaan dan hafazan Al-Quran dalam satu masa itu terus istiqamah dan berjaya dalam menuntut ilmu, saya juga nasihatkannya agar dia juga turut mengajar di samping belajar. Saya diberitahu Syeikh Asyraf bahawa Hanzalah juga mendapat ijazah dari beliau kerana khatam  dalam Ilmu Hadis seperti Alarbaeen Lil Imam Al-Azhari Syeikh Saleh Al-Jaafari dan juga Alarbaeen Lil Imam An-Nawawi RA.





Menurut ibunya, Hanzalah akan melanjutkan pelajaranya ke Madinah selepas pulang dari China. Buat Hanzalah, selamat maju jaya...semoga berjaya menjadi Ulama Ulul Albab....