Rabu, 30 September 2009

LAWATAN KE PIRAMID DAN FAIYUM

Walaupun saya begitu berharap dapat melayani kesemua ahli rombongan yang hadir menjadi tetamu Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir khususnya Ybhg. Dato pengarah JHEAIK, namun bila Dato' Kharuddin sendiri yang mengarahkan saya untuk bersama rakan-rakan dari YINK dan Us. Ridwan dari Jabatan Zakat, saya tiada pilihan. Walaupun kini saya dipinjam ke YINK, hakikat bahawa saya seorang pegawai di JHEAIK dan akan pulang menyambung khidmat bakti saya nanti di JHEAIK memang siapa pun tak dapat nak nafikan.

"Syeikh..anta pi tengok depa, saya apa tak pa..ada Syeikh Ismi.." lebih kurang kata Dato' merujuk Tn. Syeikh Ismi yang juga mempunyai kemahiran berbahasa Arab. Hasilnya, Ybhg. Dato' keluar dengan Syeikh Ismi serta ahli-ahli rombongan lain yang tinggal bersama di Rumah Tamu, Asrama Darul Aman 3 dan saya pula keluar dengan rakan-rakan YINK dan Jab. Zakat yang tinggal di Rumah Tamu, Asrama Darul Aman 2 di Haiyyu 'Asyir.

Teruja dapat tunggang kuda!


Antara Piramid di Giza


Boleh pilih antara kuda dan unta!


 Enam buah Piramid..



Terkenang perjuangan para sahabat RA dahulu


Tinggalan Firaun..."Jangan jadi Firaun!!"


Dengan Avanza pejabat serta dipandu sdr. Fahmi Idris saya keluar menemani En. Zaki, Us. Ridwan dan lain-lain ke Ahram atau Piramid sebelum ke Faiyum. Piramid sangat terkenal di Mesir dan terletak tidak jauh dari Kaherah. Saya dan teman-teman lain sempat menyewa kuda yang menjadi sebahagian tarikan serta kemudahan untuk para pelancong yang melawat Piramid. Dengan bayaran LE30 seorang, kami dapat menunggang sendiri dengan diringi seorang juru pandu. Masing-masing cukup teruja dapat meninjau Piramid yang menyimpan sebahagian sejarah kekejaman dan kezaliman Firaun Laknatullah dari tengah padang pasir yang cukup luas.

Nelayan di Tasik Qarun


Aktiviti menjual ikan tasik di tepi jalan


Santai bermain bola sepak pantai


mengeringkan Lemon atau limau kasturi untuk tujuan perubatan


Tasik Qarun...sejauh mata memandang..


Tengah padang pasir..ada air terjun..

Setelah makan tengah hari di sebuah restoran makan segera di Giza, kami meneruskan perjalanan melawat Faiyum yang terkenal kerana menyimpan rahsia khazanah Qarun dalam tasiknya yang cukup luas. Perjalanan pergi balik hari itu lebih 200 km. cukup menberikan pengalaman kepada ahli rombongan khususnya perjalanan pulang dari Faiyum ke Kaherah yang mendebarkan kerana terserempak banyak kali dengan kenderaan seperti kereta, lori dan motorsikal yang sengaja tidak menyalakan lampu di jalan yang memang tidak mempunyai lampu jalan itu! Menakutkan!!

Selasa, 29 September 2009

MAJLIS HARI RAYA DAN MAJLIS PERPISAHAN EN. MOHD PUZI DAHMAN

28hb.September2009 setelah mendapat restu Ybhg. Dato' Pengarah JHEAIK, saya dan keluarga bergegas ke Rumah Malaysia (Kedutan TYT Duta Besar) di Mohandisen. Saya hanya sampai setelah majlis separuh jalan bermula kerana masalah kesesakan jalanraya yang luar biasa disebabkan perlawanan bolasepak yang melibatkan Mesir. Saya melihat semangat patriotik rakyat Mesir yang cukup tinggi..


Meja Utama


Antara yang hadir



Meja paling hujung ..dekat pintu!

Majlis pada malam ini sebenarnya dua dalam satu. Majlis anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ini diadakan sempena Sambutan Aidil Fitri 2009 dan juga sempena pertukaran Kuasa Usaha Sementara En. Mohd Puzi Dahman ke Wisma Putera.


En. Mohd Puzi Dahman berucap buat kali terakhir dengan ditemani isteri tersayang

 
En. Mohd Puzi memotong kek sambil disaksikan En. Saiful Anuar dan Prof. Madya Dr. Jamil

Setelah hadirin menjamu selera dengan pelbagai judah seperti nasi berlauk, satay, kuih dan biskut raya selain buah-buahan, hadirin mengikuti ucapan termasuk oleh Pengarah JPMK, ucapan Kuasa Usaha Sementara yang baru selain ucapan terakhir dari En Mohd Puzi Dahman. Setelah acara potong kek, semua hadirin dipersilakan naik ke bahagian atas kediaman TYT Duta untuk sesi bergambar kenangan.


Kenangan bersama Pegawai Kanan KBMK, JPMK dan isteri-isteri pegawai



Bersama Pegawai dan kakitangan Lelaki

 
Kenangan terakhir bersama En. Mohd Puzi Dahman dan isteri

Kepada Encik Mohd Puzi Dahman yang sudah 5 tahun menabur bakti dan budi di bumi Mesir ini...Walau tak lama kita bersama, tapi, banyak juga yang saya perolehi...."Selamat Meneruskan Perjuangan!!"..."Kalau ada sumur di ladang, bolehlah hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita bertemu lagi!!"

Ahad, 27 September 2009

LAWATAN PENGARAH JHEAIK

Selang sehari setelah ke lapangan terbang menyambut rombongan pelajar baru yang diketuai Tuan Syeikh Ismi Anuar, saya sekali lagi ke sana bersama Syeikh Ismi bagi menyambut kedatangan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman JHEAIK Ybhg. Dato' Kharuddin bin Zain yang tiba dari Amman Jordan.


Kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebaik tiba dari Amman

Ybhg. Dato' sampai bersama dengan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud LMM yang baru iaitu Tuan Syed Isa serta mantan SU LMM Encik Zaid. Turut mengiringi mereka pemilik Razihan Holidays sendiri iaitu Hj. Razihan. Ybhg. Dato' sebenarnya mengetuai rombongan menghantar lebih 30 pelajar Kedah yang melanjutkan pelajaran mereka ke Jordan.





"Belajar sungguh-sungguh, balik tolong Kedah!!"

Selain Ybhg. Dato' dan ahli rombongan dibawa melawat sekitar Kaherah dan Fayyuom, kita juga telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Ybhg. Dato'. Kehadiran semua pelajar baru dalam majlis tersebut telah digunakan sepenuhnya oleh Ybhg. Dato' untuk menasihati pelajar-pelajar termasuk yang mengambil jurusan perubatan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang selain menjaga perilaku ketika berada di negara orang.
 

Makan malam kabab, kuftah dan merpati sumbat nasi di Farhat Restaurant


Syukur Alhamdulillah...!



 Restoran betul-betul di gigi air



Ikan dan udang bakar



Perjalanan mengambil masa sejam...angin sepoi-sepoi bahasa



Menikmati ais krim dan menghirup teh yang disediakan



Bersama rakan YINK dan Zakat



Panaroma indah Sungai Nil



Kapal Persiaran mewah



Sebuah lagi kapal



Sebuah Hotel Mewah di gigi Nil 

Ybhg. Dato' dan lain-lain ahli rombongan turut diraikan oleh Mr. Manyalawi dengan makan malam  di Restoran Farhat yang terkenal di pinggir Kaherah dan juga di sebuah Restoran Seafood di gigi Nil. Semua begitu teruja dapat peluang mengelilingi "Jazirah" atau pulau semula jadi yang mengambil masa kira-kira sejam pada waktu malam yang indah dan meriah dengan bot-bot serta kapal pesiaran di samping panorama kerlipan lampu dari bangunan hotel di tepi Sungai Nil yang cukup terkenal itu.


Bergambar ramai kenangan sebelum berangkat pulang...

Ybhg. Dato' berangkat pulang bersama lain-lain ahli rombongan termasuk Tn. Syeikh Ismi, En. Zaki dan rakan-rakan dari YINK serta Ustaz Riduan Pen. Setiausaha Jabtan Zakat Negeri pada 30hb.September2009 dengan menaiki Kuwait Airways.

Sabtu, 26 September 2009

KETIBAAN PELAJAR BARU

Tanggal 25hb September 2009, sejumlah 69 pelajar baru menjejakkan kaki kali pertama ke bumi Mesir ini dengan diketuai Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, Tuan Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim. Selain beliau, turut serta dalam rombongan itu termasuk seorang pegawai dan dua kakitangan Yayasan Islam Negeri Kedah selain Penolong Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah yang turut datang menghantar untuk kali pertama 4 pelajar perubatan tajaan Jabatan Zakat Negeri. Turut menjadi urusetia ialah Ketua Unit Sekolah Agama di Bahagian Pendidikan JHEAIK, En. Ismail atau Cikgu Mail.


Sesak bersama mereka yang menyambut kepulangan sanak saudara dari Umrah


Bersama pimpinan persatuan MKKK dan PMRAM


Bersama SU agung dan Pengarah USMB

 
Bersama HEWI MKKK dan PMRAM


Teruja



Bakal Doktor...




AlUlamak Warasatul Ambiyak


Mujahidah Fil Lah



Ustaz Ridwan Penolong Setiausaha Jab. Zakat Negeri Kedah
Tn.Syeikh Ismi, En. Siraj Pendaftar AQ dan Cikgu Mail


 Kenangan di Cairo Air Port




Exco MKKK bertungkus lumus memasukkan beg ke dalam bas

 
Beratur menaiki bas ke Haiyyu Sabiek

 
  Bersama pegawai pengiring depan Asrama Darul Aman 3


Oleh kerana ID atau kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir untuk kegunaan saya masih belum siap, maka saya tak dapa masuk ke dalam untuk menguruskan rombongan. Suasana di lapangan terbang hari itu cukup sibuk...penuh dengan pengunjung. Kebetulan beberapa penerbangan berturut-turut sampai membawa ramai jemaah Mesir yang pulang dari menunaikan ibadah Umrah.


Silakan Boss...!

 
Bilhana wa sshifa


 
Selamat sampai di Madinat Nasr - Haiyyu Sabiek

 
Syil yabnii...syil..jazakumullah!

 
Asingkan banin dan banat...

 
Bergambar kenangan bersama semua urusetia

 
Bergambar bersama pengiring pelaja  dan siswi-siswi baru

Tiba di Asrama Darul Aman 3, semua pelajar dihidangkan makan tengahari di Dewan manakala para pegawai pengiring diberikan jamuan di Rumah Pegawai. Kepada semua yang terlibat khususnya Urusetia Sambutan Pelajar Baru 2009, Penasihat, YDP dan Exco MKKK, HEWI dan juga PMRAM, abah ingin mengalungkan syabas dan tahniah di atas komitmen anda semua. Terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa dan pertolongan yang dihulurkan. Semoga Allah mengganjari kalian semua dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti dandikurniakan  ilmu melimpah ruah yang berkat....! Aameen.