Rabu, 11 November 2009

BERTEMU YAB DATO' SERI MB

Salam Rindu dari kejauhan

Jam 2 petang, sebaik tamat kuliah agama di Bangunan Sultan Abdul Halim, saya masuk semula ke ofis. Jam 5 petang ini saya dijadual bertemu YAB MB. Rencana awal untuk ke sana dengan Tn.Hj. Zuhdi Pengurus  Besar YINK tak berlaku kerana beliau mempunyai urusan lain. Akhirnya setelah masuk ke biliknya dan menerima beberapa pesanan dari beliau, saya bertolak ke Blok baru Wisma Darul Aman  ditemani pembantu tadbir saya yang pulang bercuti di Kedah, sdr. Fairuz.


"Orang berbudi..,kita berbahasa.".Bersama En.Helmi SU Sulit Kanan MB


Kebetulan petang itu YAB MB agak lama dalam mesyuarat Exco yang memang diadakan pada setiap Rabu. Setelah agak puas juga berbual dengan SU Sulit Kanan MB dan Peg. Khas Agama MB serta beberapa rakan lain di pejabat MB, saya dipelawa minum di bilik sebelah. Baru minum seteguk dua, saya diberitahu kakitangan pejabat MB, "Dato Seri MB dah masuk ke biliknya". Kelam kabut...

Dalam pertemuan dengan beliau, saya jelaskan berkenaan keadaan pelajar perubatan tajaan YINK yang dibawa pulang dan bagaimana latarbelakang kejadian kemalangan yang melibatkan pelajar berkenaan. Jangkaan bahawa pertemuan pasti singkat dan ringkas kerana Dato' Seri MB letih sebab lama dalam mesyuarat Exco nyata meleset apabila laporan ringkas berkenaan peperiksaan pelajar al-Azhar yang saya beri nampak tidak memuaskan hati beliau. Dato' Seri MB minta dokumen yang saya bawa sebagai backup maklumat...siap teliti satu satu!


YAB Dato' Seri MB Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak

 
Bilik YAB MB di blok baru Wisma Darul Aman

Selepas dihidang dengan secawan lagi kopi dan minum bersama Dato' Seri MB, saya meminta jasa baik  Dato' Seri MB untuk mendapatkan sumbangan lembu sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Dato' Seri MB Ustaz Azizan tanpa banyak soal mengarahkan SU Sulit Kanan beliau En.Helmi supaya memberikan dua ekor lembu sempena Hari Raya Korban kepada saya. Sebelum pulang, saya menyerahkan "tanda ingatan" anak-anak Kaherah kepada Dato Seri' MB.


"Kasih sayang" anak-anak Kedah Mesir untuk YAB MB

 
Bersama YB Dato HJ.Taulan Rasul

Saya terserempak dengan YB Dato' Hj.Taulan Rasul Exco Agama dan Pendidikan negeri sewaktu keluar dari lif. Rupanya kisah berkenaan pelajar perubatan tajaan YINK yang saya bawa pulang juga telah diketahui beliau walaupun tidak secara detail. Serba ringkasnya, saya terangkan latar belakang kejadian kepada beliau.


Haji Zubir yang gigih...


Pulang dari Wisma saya langsung ke Farmasi Zubir di Pokok Sena untuk mendapatkan bekalan ubat kolestrol untuk dibawa pulang ke Mesir. Pemiliknya, Hj.Zubir adalah sahabat saya, seorang anak kampung yang dulunya susah, namun di atas kesabaran dan kegigihan belajar dari bangku sekolah rendah hinggalah sampai ke menara gading...,akhirnya beliau hari ini menjadi seorang ahli farmasi yang berjaya.

2 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Makan ubat kolestrol tu syeikh, biaq cayaq darah, merah muka, baru tambah berseri. He he he........

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam...Tu lah sahabat oi...makan kambing, kabab, kuftah bla..bla..peluh tak dak..syukran jazilan aas nasihat dan doa..