Khamis, 5 November 2009

PENUTUPAN DAURAH LUGHAH ARABIAH

Tanggal 5hb.November 2009, saya meraikan pelajar-pelajar baru yang telah mengikuti daurah lughah arabiah selama lebih kurang tiga minggu yang berjalan di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha' di bawah seliaan langsung Mudir Lisanul Arab Ustaz Muhammad Saiyyid. Program dianjurkan Unit Sambutan Penuntut Baru bagi sesi pengajian 2009/2010.



 


Saya cukup berbangga melihat pelajar-pelajr baru sesi ini yang begitu bersemangat bertutur dalam Bahasa Arab. Selain mendengar ucapan wakil pelajar, saya juga berpeluang menyaksikan sketsa dalam Bahasa Arab yang disampaikan pelajar lelaki dan perempuan yang telah mempersembahkannya dengan baik. Setelah mendengar ucapan sdr.Tim. YDP MKKK dan ucapan Mudir Markaz Lisanul Arab, saya dijemput menyampaikan ucapan perasmian penutupan Daurah dengan rasminya.













Majlis berakhir dengan penyampaian sijil, hadiah kepada pelajar-pelajar disusuli sesi bergambar serta jamuan. Bagi pihak PKPK, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program penuh makna ini. Kepada anak-anak pelajar baru...Alfun Mabruk!!! Wa Hayya Bil Arabiyyah...!!

Tiada ulasan: