Sabtu, 7 November 2009

PULANG LAGI


Salam rindu dari kejauhan…
Waktu saya mula mencatat di lap top peribadi saya ini, pesawat yang membawa saya dan saudara Syamsul Bakri, pelajar perubatan tajaan Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman yang kemalangan di Zaqaziq lebih tiga mingga lalu, telah lama meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.  Pesawat ini hanya berlepas sekitar jam 1.30 pagi atas sebab teknikal walaupun jadual penerbangan asalnya adalah pada pukul 12.15 pagi tadi.
Demikian ketetapan Allah…! Kita hambanNya hanya mampu merancang, DIA yang menentukan segalanya. Di saat saya kira keluarga saya di Kaherah cukup memerlukan saya, saya ditakdirkan terpaksa terbang lagi pulang ke Malaysia. Waktu saya keluar ke air port, kecuali tiga anak lelaki saya yang boleh diketegorikan sihat iaitu Mohammad, Ziyad dan Mubarak,…yang lain-lainnya termasuk isteri saya, semuanya sedang berada dalam “zon demam panas”. Anak saya yang paling kecil Ahmad, ketika saya membawnya ke klinik panasnya mencapai 40 darjah celcius.

 Iman...demam bertukar musim..


 Mereka yang demam..!


 Ahmad tak nak lepas dari dakapan..

Sebak membayangkan beban yang terpasa ditanggung isteri saya sendirian menghadapi rengekan dan karenah anak yang sakit sedang si ibu sendiri juga sedang sakit…Semoga Allah berikan kesembuhan pada seisi keluarga saya yang terpaksa saya amanahkan kepada anak-anak buah saya di sana. Anak kecil saya Ahmad meraung..dengan sedu sedannya dan enggan melepaskan pelukannya ketika saya menciumnya buat kali terakhir tadi….,seolah-olah dia tahu saya akan melangkah benua dan berpisah darinya…
Saya yakin, ujian ini penuh dengan hikmah dariNya…Sesungguhnya saya bersyukur atas segalanya….Waktu saya menulis ini,.sdr. Syamsul yang saya panggil Syam, kelihatannya tiada masalah walaupun hakikatnya Allah jua yang Maha Tahu. Syam mengalami keretakan tulang belakang C1. Oleh kerana sebarang pergerakan  boleh menyebabkan kecederaan dialaminya bertambah, semua pergerakan  dilakukan dengan cukup hati-hati…Alhamdulillah, dengan kebenaran  Pengurus Besar  Yayasan Islam Kedah, saya dibenarkan membawa Syam pulang dengan menaiki Business Class seperti disyorkan doktor.  Syam mendapat perkhidmatan kerusi roda sehingga ke pesawat dan dia adalah orang pertama yang melangkah masuk ke pesawat. Pendek kata, memang tepat cadangan doktor pakar di Hospital Universiti Zaqaziq supaya Syam sekurang-kurangnya pulang dengan Business Class.

Ramai yang datang dari Zaqaziq

 Mereka yang datang berikan sokongan dan doa...setiakawan!!


 Di hadapan Gate sebelum masuk ke pesawat di Cairo Air Port


Penuh pengharapan agar selamat dalam perjalanan..
Kerusi yang boleh direndahkan di bahagian kepala dan ditinggikan di bahagian kaki serta dipanjangkan di bahagian tengah menjadikan kita seolah-olah memperolehi sebuah katil di atas kapal terbang. Paramugari EgyptAir yang selalunya kedekut dengan senyuman dan tak pernah ingin bertanya apa yang kita perlukan, berubah pula wataknya dalam kabin ini. Mereka jadi mesra dan cukup friendly…Boleh minta tolong ambilkan gambar kita lagi! Sepanjang perjalanan, penumpang dihidangkan dengan makan malam dan makan pagi.  Padanlah harga tiketnya mahal kerana layanannya berbaloi!

 Memang selesa...


 Makan malam...Cairo - Kuala Lumpur

 Makan pagi..Cairo - Kuala Lumpur


 
 Mengisi masa yang panjang...

Pesawat ini dijangka sampai ke KLIA pada jam 5.20 petang waktu Malysia iaitu terlewat kira-kira 1.30 jam. Terbayang adik saya, yang menanti di  sana…tentu dah lenguh melangut kat KLIA tu!

 Bumi bertuah dari udara..


  Waktu mendarat di KLIA

Setelah sampai Syam segera disambut petugas Lapangan Terbang KLIA yang menanti dengan kerusi roda di muka pintu. Setelah melalui pemeriksaan Imegresen Malaysia yang cukup mesra melayan,  saya mengiringi Syam ke Lounge menanti penerbangan seterusnya ke Alor Setar. Apabila saya gagal menggunakan telefon tangan kerana simkadnya yang sudah luput tempoh, saya menghubungi isteri di Kaherah melalui internet...melalui Skype, isteri yang saya hubungi memberitahu, adik saya sekeluarga dah lama menanti. Hampir jam 7 petang saya buru-buru keluar dan naik di tingkat 5 bertemu adik dan keluarganya. Alhamdulillah sempat juga bertemu bertanya khabar mereka. Adik saya seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia juga lepasan Universiti Al-Azhar satu masa dulu.


Bersama satu-satunya adik lelaki di Lembah Kelang!!


 Business class untuk penerbangan domestik


Hidangan malam...Kuala Lumpur - Alor Setar

Saya  kemudiannya berlepas dengan pesawat Mas mengikut jadual pada jam 8 malam. Dilayan dengan begitu baik dan mesra. Setelah dihidangkan makan malam yang ringkas, pesawat mendarat dengan selamtnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 9.55 malam. Syam diiring keluar sampai ke pintu kereta keluarganya dengan kerusi roda. Selain disambut oleh kedua ibu ayah dan kelurganya yang rata-rata menitiskan air mata melihat keadaannya, turut berada di lapangan terbang, En. Zulkifli Hasan Pegawai Kanan di YINK.  Saya dijemput oleh ibu, abang dan kakak sekeluarga pulang ke rumahnya.


Bersama ayah, ibu dan keluarga Syam, En Zulkifli Hasan juga bonda serta kakak Hamidah

Demikian sebuah ketetapan!




4 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

Salam Syeikh. Ana pernah rasa 2 kali naik buissness class ni. Sekali dgn Brunei Airways, sekali lagi dgn Qatar Airways, waktu bawak group umrah dulu. Memang rasa tak mau turun! Punya lah syokkkkk! Pramugari layan cukup mantop.....Di doakan Syams segera sembuh.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam sahabat...Besar ertinya doa dari tok guru macam anta...moga Syams cepat sembuh dan balik untuk hadapi peperiksaan bulan Disember nanti....La ni kita tengah adjust bagi lewat sikit dia punya exam..

PRO ISLAM berkata...

Ustaz dok pi mai Mesir-Malaysia, macam kami Aloq Setaq-Kuala Lumpur saja. Selamat pulang, semoga Allah menyembuhkan musibah yg menimpa Syams. Agaknya dah berapa kali dok balik mai takat dok sana?.

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Salam sahabat ProIslam...Semuanya satu ketetapan Allah jua....Setakat ini ana balik Malaysia dalam tugas 3 kali sejak ke Mesir bulan Mei hari tu...Alhamdulillah 'ala kulli hal wa bihi tatimmus solihat.