Ahad, 1 November 2009

PERJUMPAAN PELAJAR PERUBATAN MANSURAH

Salam rindu dari kejauhan...

Tanggal 31hb.Oktober 2009 saya ke Bandar Mansurah yang terletak hampir dua jam perjalanan dari Kaherah dengan ditemani YDP MKKK, YDPah HEWI serta seorang AJKT angkat dan dua exco HEWI Kedah. Turut bersama rombongan adalah pembantu tadbir pejabat pegawai iaitu sdr. Hasbullah Mokhtar yang akan pulang ke Malaysia pada 16hb Noovember depan setelah menamatkan pengajiannya dengan cemerlang di tahun akhir. Sdr. Hasbullah bertindak sebagai pemandu van Avanza pada perjalanan terakhir kalinya ke Mansurah itu.


HEWI dan siswi perubatan Mansurah

 
Antara pelajar lelaki yang hadir
 
Perjumpaan dengan pelajar-pelajar tahun satu dan dua perubatan yang datang dengan sebuah agen itu telah diatur oleh Persatuan Perubatan Mansurah. Hampir 50 pelajar Kedah hadir pada malam itu dan kecuali seorang pelajar tajaan Mara dan seorang lagi JPA, selebihnya tidak mendapat mana-mana bantuan....Saya kagum melihat kesungguhan dan semangat anak-anak Kedah ini. Namun, saya cukup bimbang masalah kewangan akan membantut pembelajaran mereka nanti.




Menerima cenderahati dari Persatuan Perubatan Mansurah


Bersama Pimpinan MKKK, PPM, Mandub Perubatan Kedah dan sdr.Hasbullah.

Malam itu , anak-anak Kedah ini diberikan taklimat tentang peluang-peluang memperolehi bantuan kewangan untuk survival dalam pengajian mereka di bidang yang yurannya memang mahal ini. YDP MKKK, sdr. Hanafi juga ikut menjelaskan tentang zakat dari Jabatan Zakat serta pihak-pihak lain yang dapat membantu. Borang ahli MKKK juga diagihkan selain taklimat pengisian borang zakat diberikan.

Majlis diakhirii dengan sesi soal-jawab dan penyampaian cenderamata dan jamuan malam.

Tiada ulasan: