Salam rindu dari kejauhan...
Awal tahun baru-baru ini, tetiba saya dihubungi waris rakan sekelas Aufa menjemput saya sekeluarga ke rumahnya di Doqqi. Sebenarnya, sejak kali pertama saya bertemu ketika mula mendaftar anak-anak di Salahaldin International School, saya dapat rasakan bahawa yang hebat bertutur Bahsa Arab Fusha dan banyak membantu saya ketika itu bukan orang sebarangan. Telahan saya tepat kerana waris rakan anak saya ini rupanya full profesor suami isteri dalam bidang kejuruteraan di Universiti Banha salah sebuah universiti di Mesir ini.
Saya dan isteri bersama Prof.Dr.Ir.Ibrahim dan Prof.Dr.Ir.Hana'
Dua Ibu bersama puteri mereka Aufa dan Eya
Apabila Prof.Dr.Ir.Ibrahim dan isterinya Prof.Dr.Ir.Hana' berbesar hati menjemput saya sekeluarga ke rumah mereka, maka tentulah saya lebih-lebih lagi berbesar hati. Kebetulan pula ketika itu ada tamu dari Malaysia di rumah tamu mereka di tingkat 9 bangunan milik mereka yang sudah dijual habis kepada pembeli-pembeli kecuali rumah kediaman sendiri di tingkat 3 itu. Rupanya Dr.Ibrahim dan Dr.Hana' pernah belajar di Uni. Dundee dan mengenali ramai kenalan rakyat Malaysia di sana. Ketika itulah mereka telah berkawan baik dengan Prof.Madya Dr.Ir.Fadhil Ketua Jab. Fakulti Kejuruteraan Uni.Petronas yang datang bercuti bersama isteri dan seorang anaknya di Kaherah. Dr.Fadhil sudah lima hari menginap bersama keluarganya di rumah tamu itu. Turut bersama beliau, anak-anak dan menantunya yang sedang belajar di sini.
Seronok dapat berkenalan dengan keluarga Dr.Ibrahim yang nampaknya hanya memada dengan dua orang puteri itu iaitu Eya, gred 9 sekelas dengan Aufa dan Malak gred 1. Dr. Fadhil pula sebenarnya punya keluarga yang cukup besar dengan 12 orang anak, di mana 3 anak beliau sedang belajar di Al-Azhar. Isteri beliau seorang isteri dan ibu yang cukup hebat kerana semuanya dilakukan sendiri di rumah sedangkan dalam waktu yang sama beliau adalah juga seorang guru Kimia yang dedikasi di sekolah. Bayangkan betapa gagah dan gigihnya beliau..
Bersama Dr.Ibrahim dan Prof Madya Dr.Ir Fadhil
Oghang ghumah bersama Dr.Hana' dan isteri hebat Dr.Fadhil
Malam itu, saya makan malam bersama tetamu lain di Rumah Tamu milik Dr.Ibrahim sambil berbual-bual...Setelah agak lama sembang-sembang, Dr.Ibrahim yang cukup minat dengan projector pasang wayang pacak gambar katun di tengah rumah ..Apalagi seghonok sakan anak saya Iman yang kebetulan dapat kawan hampir sebaya dengannya....Sebelum pulang, saya di bawa keluar mengambil angin di taman rekaan mereka kat tingkat 9 tu...
Melayan projector Dr.Ibrahim...
Dr.Ibrahim dan projectornya
Mendengar ceghita lama kisah gigihnya mereka menuntut ilmu sehingga sampai dapat full profesor, tertanya-tanya diri...bila lagi nak sambung ngaji..??
2 ulasan:
sambung ustaz sambung...
huhu..alang2 ustaz dok kat mesir dah tu
terima kasih banyak atas semangat yang diberi...semoga ia menjadi kenyataan...aameen.
Catat Ulasan