Khamis, 7 Januari 2010

IMAN DAN AHMAD....

Salam rindu dari kejauhan...

Iman dan Ahmad dua anak kecil saya yang cukup rapat. antara satu  sama lain. Kerapkali bila seorang tak sihat, yang seorang lagi pasti ikut meraikan...Dan, kali ini, saya benar-benar melihat kedua-duanya cukup teruji khasnya si kakak Iman yang nampak begitu ta'banah...demam panas, batuk, selesema dan sakit kerongkong...Kesian saya tengok oghang ghumah yang tak menang tangan melayan rengekan dua anak kecil kesayangan ini..

Kedua-duanya jadi hilang selera makan. Satu dua suap dah tak nak. ...Saya jadi risau bila dua tiga hari makan ubat pun masih belum menunjukkan tanda mahu benar-benar sembuh. Sudahlah terpaksa berjuang tiap kali kedua-duanya diberi makan ubat....Punyalah bercinta nak pujuk supaya mereka makan ubat...Dah makan elok-elok, muntah pulak..Memang kena banyak bersabar sungguh!!.

Bila tengok keadaan macam tak nak berubah, saya bawa kedua-duanya ke sebuah klinik di Haiyyu Thamin. Doktor bertugas maklumkan Iman dah jatuh berat badan...Patutlah nampak kurus sangat...Panasnya pula mencapai 40 darjah, manakala adiknya Ahmad cuma 38 darjah. Terkedu saya bila doktor maklumkan bahawa cara saya jelum anak dengan air sejuk tu salah. Sepatutnya kata dia, musim sejuk ni kita kena jelum menggunakan muyah dafiah atau air suam..hu hu...patutlah...



 

 


Genap seminggu Iman mengidap demam. Ahmad pula bermula agak lambat dari kakaknya, lalu sembuh pun agak lambat . Bila hari pertama saya bawa Iman kembali ke sekolahnya, terkejut cikgu-cikgu melihat wajah Iman yang kecut...Semoga Iman dan Ahmad akan kembali ceria dan lalu makan semula macam dulu-dulu..

Bismillahi Ssyafi...Isyfi..Ya Rabb!

5 ulasan:

Ust Halim Nasir berkata...

InsyaALLAH, disembuhkan ALLAH....yg penting, pak tu kena ada selera......he he he.....

Syeikh Yusoff Haji Ahmad berkata...

Aameen..kalau pak dah hilang selegha..masalah besaq tu ustaz.. :)

Ust Halim Nasir berkata...

Tak bertambah la ummat Muhammad saw.... he he he:)

PRO ISLAM berkata...

Semoga ALLAH SEGERA MENYEMBUHKAN Ahmad dan Iman, amin. Begitulah adanya kalau anak2 sakit atau demam,kita ibu/bapa lah yang paling susah hati.

PRO ISLAM berkata...

Salam.
Ustaz, awat lama tak up date blog. Sebok kut sejak balik Kedah. Saya harap dapat pi dengar satu kuliah lagi sebelum ustaz balik bertugas di Mesir.