Selasa, 3 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Malam 1hb Ogos, saya mencari masa meskipun kepenatan setelah seharian sejak awal pagi menyelesaikan urusan bersama Bang Ya dan rombongan Pejabat Pegawai Kewangan Negeri dan Jabatan Kerja Raya, untuk bersama En Saiful Kuasa Usaha Sementara KBMK hadir dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2010 yang dianjurkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM di Dataran Haiyyu 'Asyir.

Dataran malam itu meriah dengan anak-anak Malaysia yang turun beramai-ramai termasuk dari semua Muhafazah. Ia juga bersempena sambutan 80tahun PMRAM. Turut memeriahkan majlis malam itu, termasuklah En. Hazam Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, Pegawai HEP Pahang, Us Farid dan Pegawai HEP Selangor Us Halim selain Presiden PMRAM dan barisan pimpinannya yang lain.



Perarakan pada malam itu dengan kibaran bendera dari kontijen setiap negeri dan Muhafazah dengan iringan lagu-lagu patriotik, cukup untuk menggambarkan semangat cintakan negara di kalangan semua peserta. Setelah ucapan perasmian En.Saiful, ramai yang teruja dengan pertunjukan motor berkuasa tinggi, tea kwan do dan nasyid yang cukup menghiburkan dari kumpulan Al-Wadi PMRAM. Satu bendera Malaysia yang cukup besar dilepaskan dan dikibarkan dari atas bumbung bangunan Asrama Selangor dengan diikuti tembakan bunga api antara yang turut dipertontonkan kepada para tetamu malam itu. Majlis malam itu diakhiri dengan jamuan malam di Rumah Terengganu.















MERDEKA  ! MERDEKA  !  MERDEKA  !

Tiada ulasan: