Jumaat, 6 Ogos 2010

PERASMIAN ASRAMA SABAH DI ISKANDARIAH 5 OGOS 2010

Sekitar jam 8.30 pagi, saya berkonvoi bersama beberapa rakan Pegawai HEP Negeri seperti Pegawai HEP Pahang, Selangor dan Johor ke Iskandariah kerana menghadiri jemputan pejabat Pegawai HEP Sabah yang mengadakan Majlis Perasmian Asrama Sabah di sebuah hotel lima bintang di sana. Sebenarnya, saya mengambil keputusan pada saat akhir untuk ke sana, disebabkan peluang bertemu wajah dengan lain-lain pegawai dari KBMK, JPMK, Agensi dan juga Pegawai HEP Negeri untuk menjemput mereka "muka ke muka" hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama YAB MB Kedah Darul Aman yang akan berlangsung pada 8hb Ogos nanti.

Perjalanan lebih 200km, memecut melalui lebuhraya padang pasir terbuka buat kali pertama untuk kereta yang agak berusia, cuma baru dibeli, nampaknya cukup mencabar. Dengan pin bumper belakang yang tiba-tiba tercabut, pengikat cermin depan yang terangkat ditiup angin hinggalah tayar depan baru ditukar sebulan yang lalu, tiba-tiba pancit.., cukup menguji kesabaran. Alhamdulillah 'ala kulli hal...Syukur banyak pada Allah yang selamatkan saya sekeluarga di lebuh raya 4 lorong ketika tayar itu pecah tiba-tiba!! Alhamdulillah, berkat berkonvoi, Ustaz Halim yang menyedari saya menghadapi masalah sanggup mengundurkan keretanya dan membantu saya menukarkan tayar. Sebelum sampai di Iskandariah, saya sempat singgah di Qaryah Asad.












Setelah sepetang saya berpusing di Bandar Iskandariah mencari tayar 215 - 55 - R17, akhirnya setelah
hampir  jam 5, saya pulang kehampaan ke rumah tumpangan sebelum berkejar pula ke hotel tempat majlis diadakan sesudah meninggalkan anak-anak saya di sana.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, kurang 2 minit sebelum YAB Ketua Menteri dan VVIP lain masuk, saya dan isteri sempat mencelah masuk. Majlis berlangsung meriah....Tak sangka pulak dapat jumpa kawan-kawan lama dari Sabah. Pengarah JASA Sabah dan Pengurus Besar Pusat Zakat Sabah yang dulunya belajar bersama di sini. Setelah majlis berakhir, saya yang memang penat, terus menyambung pencarian tayar bersaiz luar biasa itu dengan Mr.Ali seorang warga Mesir yang memang tinggal di Iskandariah. Mr. Ali adalah orang bertanggungjawab menguruskan kemasukan kereta saya semasa tiba dari Jepun di Pelabuhan Iskandariah tempohari. Bahkan, dialah yang memandu kereta itu ke Kaherah sebelum menyerahkannya kepada saya. Setelah jam "berhimpun" saya dihantar pulang Mr.Ali yang sama-sama lelah dengan saya kerana tayar dicari dihampir semua kedai tayar di Iskandariah tidak ditemui. Saya keluar semula dengan ditemani isteri menukar tayar simpanan dari depan ke belakang di sebuah kedai tayar berhampiran, sambil menerima nasihat supaya memandu dengan kelajuan yang rendah ketika pulang ke Kaherah besok. Malam itu, saya hanya dapat melepkan mata ketika jam mennjukkan lebih 1.30 pagi.









Bangun awal pagi, saya keluar dari rumah tumpangan sekitar jam 9 pagi dan kemudian saya tawakkal pulang ke Kaherah dengan menggunakan tayar simpanan. Sejak awal pagi, pantai di iskandariah sesak dengan pengunjung. Anak-anak saya terpaksa berpuas hati dengan hanya menyaksikan suasana itu dari jauh. tanpa peluan mencecahkan kaki pun ke laut Mediteranean itu. Bandar Iskandariah kelihatan meriah dengan teksi berwarna hitam kuning. Sepanjang perjaalanan, saya hanya mampu berdoa dan mengharap agar perjalanan selamat.





 
Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Kaherah setelah menempuh perjalan penuh debaran.....Segala puji bagi Allah SWT....!

Tiada ulasan: