Jumaat, 15 Oktober 2010

REHLAH KE MATRUH - SIWA

Tanggal 11, 12, 13 dan 14 Oktober 2010, saya membawa keluarga bercuti jauh dari kesibukan kota Kaherah bersama beberapa rakan pegawai HEP Negeri yang lain seperti En Yahya HEP Wilayah Persekutuan, Us Hanif HEP Johor dan Us Abdul Halim Saljadi HEP Selangor. Masing-masing membawa isteri dan anak-anak selain beberapa pelajar yang bertindak menjadi penunjuk arah dan pemandu ganti.

Selain oghang ghumah dan anak-anak saya yang akan pulang terus atau 'end of tour' pada awal Januari ini, Us Hanif dan Us Halim juga akan pulang ke Malaysia bersama keluarga masing-masing pada bulan Disember nanti. 

Matruh adalah bandar pelancongan gigi pantai Laut Mediterranean yang dikatakan cukup unik. Selain jauh dari pencemaran, laut Matruh sangat jernih dengan pelabagai warna. Saya dan lain-lain bertolak sekiar jam 2 pagi dan sampai di sana lebih kurang jam 8 pagi setelah menempuh perjalanan mendebarkan melalui kawasan padang pasir yang cukup luas dan sunyi sejauh 500 km. Alhamdulillah, lebuh raya yang cantik dan jarang sangat dengan kenderaan menyebabkan 'oghang ghumah' boleh mengambilalih tugas pemandu ketika saya sudah tidak berdaya lagi.





 

 

 
 
 


 




 
Sebenarnya Matruh bandar pelancongan yang sibuk dan mahal pada musim panas dan sebahagian bandarnya 'mati' bila masuk musim sejuk. Oleh kerana, saya dan lain-lain ke sana pada awal musim sejuk terdapat saki baki pelancong arab yang menyewa apertmen di kawasan yang kami sewa dengan harga yang murah. Ketika saya sampai di sana, restoran-restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut, Macdonald dan lain-lain sudah pun ditutup.

Alhamdulillah sebab Matruh punya semua yang diperlukan dari barang dapur, ikan, ayam, buah-buahan, sayuran sampailah ke barang-barang berjenama ciplak yang sangat berkualiti. Saya dan arakan-rakan lain memang dah bersiap dengan periuk karan yang dibawa dari Kaherah kerana masing-masing nak masak and makan. Lebih sedap dan lebih jimat.















Dari Matruh saya dan lain-lain mengambil perjalanan 600km Matruh-Siwa- Matruh. Siwa, sebuah pekan kecil yang berada di bawah paras laut, pekan terakhir tak jauh dari sempadan Libya. Siwa adalah umpama sebuah lembah yang menjadi syurga kurma dan zaitun...Buminya sangat subur sedangkan tiada Sungai Nil di situ. Siwa sebenarnya diairi dengan makmurnya oleh mata air yang sangat banyak. Di Siwa saya dan lain, singgah di rumah seorang Imam di sebuah masjid di sana, Syeikh Idris yang kebetulan bekas lulusan Azhar Damanhur. Makanan tengahari yang dimasak secara 'potluck' di Matruh dihidang dan dimakan sama-sama di rumah Syeikh Idris. Menjelang maghrib, kami bertolak pulang merempuh perjalanan lebih 300km  untuk bermalam di Matruh.

Pagi terakhir, sekitar jam 9..semua dah tak sabar-sabar untuk pulang ke Kaherah. Sebelum berlepas pulang, semua ahli rombongan mengambil gambar kenang-kenangan di Matruh . Dalam perjalanan pulang, saya dan alain-lain singgah makan tengahari secara 'potluck' di satu kawasan hijau berhampiran sebuah masjid.








Alhamdulillah setelah lebih 6 jam memandu, rombongan akhirnya sampai di kota Kaherah dengan selamatnya. Ketika itu hari sudah lama malam.........

Tiada ulasan: